EVENT News

Lighting Hopes This Deepavali Kempen Anjuran MYDIN & Raviraj Sdn Bhd

oleh

Asaslamualaikum dan Salam Sejahtera

Lighting Hopes This Deepavali Kempen Anjuran MYDIN & Raviraj Sdn Bhd |Lighting Hopes This Deepavali, majlis Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dimana ia melibatkan 62 cawangan MYDIN di seluruh negara bermula dari 18 Oktober hingga 31 November 2018.

44554521_2176859022348689_5440878331648016384_n - Copy

Majlis CSR ini diadakan untuk membantu golongan kurang bernasib baik agar mereka dapat bersama-sama meraikan Deepavali dan sempena tema tahun ini Lighting Hopes This Deepavali

Dalam majlis yang dihadiri oleh Kumpulan Pengarah MYDIN dan Enrico serta Pengarah Urusan Raviraj Sdn Bhd, V. Rajendran Velayudhan Nair. MYDIN dan Raviraj telah menjemput penghuni dari Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Kirtash di Rawang sebagai wakil daripada empat rumah jagaan untuk bersama-sama meraikan sambutan Hari Deepavali dan kempen Lighting Hopes This Deepavali

Setiap pembelian produk Raviraj di mana-mana cawangan MYDIN, RM0.30akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan seperti Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Kirtash di Rawang, Pusat Jagaan Sinar Ceria di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Pertubuhan Kebajikan Vivekananda di Rembau, Negeri Sembilan dan Yayasan Seribu Harapan Malaysia di Shah Alam, Selangor.

Raviraj Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 1991 pernah memenangi banyak anugerah sejak ia ditubuhkan antaranya Anugerah Superbrands pada tahun 2006. Kejayaan syarikat pembungkusan semula, pengimportan, pengeksportan, kontrak pembungkusan dan pengedaran ini telah menjadi inspirasi bagi mencapai tahap yang lebih tinggi dalam pengiktirafan jenama.

Ia juga menjadi syarikat pengeluar makanan India yang pertama menerima ISO 22000 pada tahun 2005. Dengan menggabungkan HACCP, GMP dan pensijilan HALAL yang dimilki, Raviraj pernah memenangi Anugerah Jenama Terbaik MIB pada tahun 2015 dan Anugerah Kecemerlangan Sumber Manusia 2014 “Kecemerlangan Pemenang Perak dalam Kesejahteraan Tempat Kerja”. Antara produk yang diedarkan adalah Enrico’s, Hi Top Tea, Pancha, Keywee, My Kaapie, Mapilai, Lif-On,SpiceVeg, Soyamate, Surabi, Adishtam, Hi Cup Tea, SugarLif dan banyak lagi.

Moga kempen Lighting Hopes This Deepavali anjuran bersama MYDIN dan Raviraj Sdn Bhd mendapat sambutan yang menggalakkan untuk anak- anak ini merasai Deepavali walaupun tidak bersama lagi dengan ahli keluarga mereka yang tersayang. Sumbangan yang sedikit ini mungkin memberi keceriaan dan kebahagiaan buat mereka.