EVENT MOVIE/TEATER

Konsert “Anuar Zain & You” Di Panggung Anniversari, 21 Januari 2017

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

ingat tau temujanji 21 januari 2017, Panggung Anniversari konsert “Anuar Zain & You”

Pada peminat Anuar Zain, jangan lupa untuk pastikan yang anda tidak terlupa tarikh keramat 21 Januari 2017 tau. Pada tarikh tersebut bakal diadakan Konsert Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You yang akan bermula pada pukul 8 malam sebagai acara pembuka tirai 2017. Persembahan istimewa dari Anuar Zain ini juga merupakan kesinambungan promosi album terbaru Anuar Zain.Konsert "Anuar Zain & You" Di Panggung Anniversari, 21 Januari 2017

Melihat kepada rekod Anuar sebagai penyanyi lelaki paling diminati banyak wanita sehingga ada yang sanggup menangis dan sering ‘diterkam’ dalam banyak persembahannya, Adam optimis “Anuar Zain & You” akan menjadi persembahan pembuka tahun 2017 yang paling diingati kelak.

Yonder Music

Siapa yang tidak kenal dengan Yonder Music dimana ianya baru sahaja sukses dengan Konsert Dato Siti Nurhaliza & Friends 2016 baru- baru ini. Menurut Pengarah Urusan Yonder Music, Adam Kidron, pihak mereka teruja untuk merealisasikan persembahan istimewa ini yang dijangka akan mendapat sambutan luar biasa di kalangan peminat.

“Saya pertama kali diperkenalkan dengan muzik Anuar Zain oleh seorang rakan yang patah hati. Dia memainkan lagu Sedetik Lebih berulang kali sehingga saya sendiri tertarik dengan Anuar. Kini, saya pula yang sedang mabuk dengan lagu Andainya Takdir.” katanyaKonsert "Anuar Zain & You" Di Panggung Anniversari, 21 Januari 2017

“Jadi besar harapan saya agar kolaborasi ini berjaya mencapai matlamatnya. Saya sendiri berbesar hati untuk membawakan “Anuar Zain & You” kepada semua peminat dalam suasana yang lebih intimasi, sesuai dengan judul persembahannya,” ujar Adam mengenai siri Yonder Music Live bersama Anuar Zain.

Bagi Anuar sendiri, beliau berbesar hati untuk menghiburkan peminatnya dalam skala besar dan bersifat mesra. Beliau yang masih di dalam rangkaian promosi album terkininya di gedung Mydin terpilih seluruh negara menyifatkan persembahan yang bakal dilangsungkan di Panggung Anniversari ini sebagai satu lokasi pertemuan empat mata yang mengujakan baginya.Konsert "Anuar Zain & You" Di Panggung Anniversari, 21 Januari 2017

“Besar harapan saya agar persembahan yang dirangka ini akan berjalan lancar dan menjadi medan kasih sayang dan silaturahim saya dengan peminat.Terima kasih kepada pihak Yonder Music yang sudi berkolaborasi sekali gus merealiasikan “Anuar Zain & You” ini,” ujar Anuar.

“Anuar Zain & You”Konsert "Anuar Zain & You" Di Panggung Anniversari, 21 Januari 2017

“Anuar Zain & You” bakal dilangsungkan selama 90 minit bermula jam 8 malam. Pada malam itu nanti para pengunjung akan didendangkan dengan 14 lagu hit beliau. Keseluruhan pengisiannya adalah dari  Anuar Zain Network. Persembahan kali ini mendapat sentuhan Sze Wan sebagai pengarah muzik dimana seramai 14 pemuzik, di samping Jennifer Thompson yang bertindak sebagai pengarah persembahan

Tiket “Anuar Zain & You”

Tiket-tiket persembahan istimewa Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You boleh didapati di Ticket Charge Website bermula daripada 9 Disember 2016

Kategori tiket Yonder Music Live Series – Anuar Zain & You

VVIP (Zon A) – RM888
VIP (Zon B) – RM788
Cat 1 (Zon C) – RM588
Cat 2 (Zon D) – RM488
Cat 3 (Zon E) – RM388

Konsert "Anuar Zain & You" Di Panggung Anniversari, 21 Januari 2017Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi diantara mereka yang menyaksikan “Anuar Zain & You”. Jangan kecam tak bukan selalu dapat bergambar berdua dengan abang Anuar kan !!!