EVENT

Koleksi Rina Salleh Clothing Terbaru – Beat of La Donna

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Di beri kesempatan untuk turut serta menyaksikan peragaan koleksi terbaru Rina Salleh Clothing iaitu Beat of La Donna semestinya tidak dilepaskan. Rekaan dan koleksinya sesuai untuk para muslimah tidak kisah untuk mereka yang berkerjaya atau pun tidak. Jenama Rina Salleh Clothing memperkenalkan busana muslimah yang sangat mementingkan penjagaan aurat, namun rekaan tetap mengekalkan keanggunan dan esklusif. Antaranya seperti jubah, baju kurung, blaus, skirt, selendang dan banyak lagi.

Rina Salleh Clothing Terbaru - Beat of La Donna

Sedikit informasi tentang Rina Salleh Clothing

Jenama Rina Salleh mula menceburi pada tahun 2009 dan sewaktu itu ianya melalui Friendster, laman media sosial yang terkenal ketika itu. Dengan sambutan dan galakkan di atas rekaannya, Rina Salleh mengambil langkah ke hadapan pada tahun 2010 dengan menubuhkan laman web untuk memudahkan urusan jualan dan pembelian secara online : Website Rina Salleh

Dengan permintaan yang tinggi, Rina Salleh mengukuhkan jenamanya dengan membuka butik yang pertama di Seksyen 7 Shah Alam pada 1 Disember 2012 untuk para pembeli yang ingin melihat sendiri hasil rekaannya.

Yang lebih menarik, terdapat rekaan Rina Salleh Clothing yang sesuai buat ibu-ibu yang sedang menyusukan anaknya. Jadi, secara tidak langsung pakaian koleksi Rina Salleh ini juga praktikal buat semua tidak kira buat gadis dan juga ibu-ibu yang suka bergaya

Rina Salleh Clothing Terbaru - Beat of La Donna

Cetusan idea dalam setiap rekaan adalah bermula dengan gaya yang diminati oleh pengasasnya iaitu Puan Norazrina Mohd salleh. Namun dengan memahami kehendak pasaran yang banyak mempertengahkan beberapa gaya hijabista yang lebih trendy, Rina Salleh tidak ketinggalan memperkenalkan siri rekaan yang diminati kebanyakan pelanggannya. Antara rekaan terkini dari koleksi Beat of La Donna Rina Salleh yang digayakan oleh peragawati.Rina Salleh Clothing Terbaru - Beat of La Donna

Antara rekaan dan koleksi terbaru

Hawa Suit

Set jubah berseluar seakan pallazo yang elegan gayanya terutama dari segi potongan nampak esklusif di pinggang.
Rina Salleh Clothing Terbaru - Beat of La Donna

Dania Kurung

Inginkan fesyen dengan memakai baju kurung moden?? Cuba yang ini di mana kurung moden tetapi potongan tetap longgar di bahagian pinggang. Dikemaskan dengan gaya tali pinggang bersama aksesori bunga.  Kurung dengan 2 lapisan di hadapan memberi kelainan yang terdapat di pasaran

Rina Salleh Clothing Terbaru - Beat of La Donna Scarlett Dress

Motif pada fabrik lebih kepada kerawang bunga. Elegan dan anggun terutama buat pemakai yang tahu menggayakan busana ini dengan gaya tudung yang lebih hijabista.Rina Salleh Clothing Terbaru - Beat of La Donna

Rhianna Dress

Jubah potongan lurus dengan cetakan porselin majolica china klasik yang sesuai digayakan untuk semua acara. Sesuai wanita yang meminati citarasa klasik tapi tetap kelihatan anggun mengikut peredaran zaman.Rina Salleh Clothing Terbaru - Beat of La Donna

Alice Kebaya

Masih ingatkah lagi dengan kebaya? Salah satu pakaian zaman tradisional dulu tahun 60an atau 70an. Masih mengekalkan rekaan kebaya lama cuma yang membezakan ialah fabrik, warna dan cara pemakai menggayakannya. Gaya kain yang kembang serta potongan kebayanya yang tidak melekat di badan adalah antara sebab patut dimilikiRina Salleh Clothing Terbaru - Beat of La Donna

Roselyn Dress

Jubah potongan lurus, tapi didatangkan dengan warna yang kontra. Gabungan warna yang dipertengahkan menampilkan ciri-ciri berani bagi pemakainya pada setiap jubah,
Rina Salleh Clothing Terbaru - Beat of La Donna

Rania Dress

Corak bunga berantai potongan lurus jubah ini
Rina Salleh Clothing Terbaru - Beat of La Donna

Jadi macamana, teruja tak… !!! Bukan itu sahaja koleksi ini juga boleh di jadikan sebagai pakaian raya nanti . Banyak yang menarik dan tertarik di mata KP. Apa lagi nak kena terjah ke Butik Rina Salleh nie. Oh ye, kalau yang bukan berada di kawasan Shah Alam dan ingin juga membeli, apa kata ke

RINASALLEHCLOTHING SHAH ALAM

5, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Tuesday – Sunday ( Monday OFF)

10am – 7pm

03 – 5524 2049

RINASALLEHCLOTHING JOHOR BAHRU

35, Jalan Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.

Tuesday – Sunday ( Monday OFF)

10am -7pm

07-2446067

RINA SALLEH CLOTHING BANGI

3 – 37 – 01 JALAN MEDAN, PUSAT BANDAR 8A, BANGI SENTRAL, BANDAR BARU BANGI, 43650 BANGI, SELANGOR.

Tuesday – Sunday ( Monday OFF)

10am – 7pm

SUBOUTLET RINASALLEHCLOTHING

MODVIER BANGSAR

MAGENTA PULAU PINANG

FEMMES ALOR SETAR

MALEEQA EXCLUSIVE
Jangan lupa layari