EVENT

KL Carnival Bukit Jalil , Berniaga Dari Dalam Kontena?

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berniaga Dari Dalam Kontena !!! Macam mana tu ??

KL Carnival Bukit Jalil salah satu carnival terbesar yang bakal di adakan di mana ianya mengamalkan konsep berniaga dari dalam kontena. Ye !!! Dari dalam kontena !!!. Berkesempatan untuk menjadi salah seorang tetamu pada majlis ramah mesra baru-baru ini anjuran pihak pengursan KL Carnival Entertainment Shopping Bazaar Sdn,Bhd, tidak dilepaskan. Ianya diadakan bagi menghargai pengamal media tempatan dalam mempromosikan penjenamaan semula bazaar berkenaan.klcarnival4

Majlis beramah mesra berlangsung di tapak KL Carnival di Bukit Jalil telah di hadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KL Carnival Sdn Bhd iaitu En Mohd Rustam Haji Roshandin dalam majlis ramah mesra bersama media tempatan. KL Carnival Bukit Jalil bakal beroperasi 365 hari selama 5 tahun dari jam 6 petang hingga 2 pagi.

kl carnival

persembahan yang bakal di persembahkanklcarnival2

Sebanyak 500 parking bay secara percuma disediakan on site dan pengunjung juga dibenarkan parking di stadium hockey (3min berjalan) dan juga stadium bukit jalil (6-7min berjalan). Bagi anda yang ingin berniaga di sini KL Carnival menyediakan kadar sewa semurah rm43 sehari bagi kontena dan rm450-rm650 bagi khemah pula.klcarnival1

Turut memeriahkan majlis, barisan artis tempatan dan personaliti tanah air yang menjadi residen artis KL Carnival. Antara yang menghadirkan diri ialah Amira Othman, Shiha Mentor, Tahirah Sirat, Ramona Zarnzam, Ziha AF, Alif AF, Shidee, Joey BPR, Maria Tunku Sabri, Sharifah Zarina, Man Raja Lawak, serta Reyhana Yunus dan ramai lagi yang akan hadir bagi menyokong usaha KL Carnival. Selain diserikan dengan kehadiran residen artis, pengamal media juga berpeluang meninjau ruangan jualan yang mula beroperasi pada 24 Mac 2017.klcarnival3
Dengan pelaburan sebanyak RM5,000 000.00, KL Carnival Entertainment Shopping Bazar yang berkonsepkan ‘Kontena Market’ dengan lebih 300 kontena dan 300 khemah ini bakal menjadi bazar yang menggunakan konsep kontena terbesar di Asia. Pemindahan ke lokasi baharu ini sekaligus dapat membantu rakyat Malaysia yang ingin mencari pendapatan tambahan serta mampu merancakkan ekonomi dan industri pelancongan negara.

 Konsep KL Carnival yang diketengahkan
kl+carnival+bukitjalil_visual concept1
berniaga dari dalam kontenakl+carnival+bukitjalil_visual concept
Sebelum ini, peniaga di KL Downtown Night Market hilang punca pendapatan selepas tapak niaga yang telah beroperasi 10 tahun di Bandar Tun Razak terpaksa ditutup kerana projek pembangunan. Untuk maklumat lanjut layari
Website KL Carnival : http://www.klcarnival.com
Facebook KL Carnival : https://www.facebook.com/klcarnival/
Hubungi KL Carnival (sewa tapak ): 03-42882844 /016 6777016
Pesanan dari En Mohd Rustam sebelum berakhir majlis ini