EVENT

Kemeriahan Ramadhan di eCurve Bersama Kanak-kanak Badan Kebajikan Siti Khadijah

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi, eCurve mengambil kesempatan untuk meraikannya bersama anak- anak yatim yang kurang berkemampuan dari Badan Kebajikan Siti Khadijah, Kota Damansara. Seramai 20 kanak-kanak bersama penjaga mereka diraikan dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan di pusat beli-belah itu.

Ramadhan di eCurve Bersama Kanak-anak Badan Kebajikan Siti Khadijah

Dimulakan dengan kunjungan ke CP Arcade di eCurve, keseronokan jelas terpancar di wajah tetamu-tetamu muda itu diikuti gelak ketawa kegembiraan apabila mereka diberi peluang untuk mencuba pelbagai permainan arked dan video. Mereka kemudiannya dibawa ke ruang Centre Atrium di pusat beli-belah berkenaan yang memaparkan landskap Timur Tengah berbentuk 3D yang kreatif, sekali gus menarik perhatian mereka.

Ramadhan di eCurve Bersama Kanak-anak Badan Kebajikan Siti Khadijah

Kemeriahan berterusan menjelang waktu petang. Tetamu jemputan dipersembahkan dengan Pertunjukan Muzikal Raya yang berkonsepkan tarian dari Timur Tengah oleh sekumpulan penari berbakat, lengkap dengan kostum berwarna-warni. Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Pusat eCurve berkata, “Ia merupakan satu penghormatan bagi eCurve untuk berkongsi kemeriahan sambutan Hari Raya bersama anak-anak dari Badan Kebajikan Siti Khadijah. Melihatkan wajah kegembiraan mereka pastinya mengingatkan kami tentang makna sebenar Aidilfitri.

Ramadhan di eCurve Bersama Kanak-anak Badan Kebajikan Siti Khadijah

Kami berharap dengan aktiviti, persembahan dan kejutan yang disediakan khas pada hari ini akan memeriahkan sambutan perayaan mereka pada tahun ini.” Acara keraian petang itu diteruskan lagi dengan pemberian sumbangan dan duit Raya kepada setiap kanak-kanak khas daripada pihak pengurusan eCurve. Para tetamu kemudiannya dibawa ke restoran Ayam Penyet AP untuk menikmati sajian buka puasa.

Ramadhan di eCurve Bersama Kanak-anak Badan Kebajikan Siti Khadijah

Bertemakan Aidilfitri Bersama Bintang, kempen Hari Raya eCurve diadakan sejak 10 Jun sehingga 10 Julai 2016. Para pengunjung pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat persembahan daripada artis-artis kegemaran mereka pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 5 petang. Jangan lupa saksikan penghibur terkenal seperti Ayda Jebat dan Black yang bakal membuat penampilan istimewa di Centre Atrium eCurve! Selain itu, sepanjang tempoh kempen berlangsung, pengunjung yang membuat perbelanjaan bernilai RM200 dan ke atas dalam maksimum dua resit pada hari yang sama akan layak menebus segulung alas kaki dari Turki dan sampul Raya edisi khas sumbangan eCurve. Setiap penebusan tersebut tertakluk pada terma dan syarat sementara stok masih ada.

Ramadhan di eCurve Bersama Kanak-anak Badan Kebajikan Siti Khadijah

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sambutan Hari Raya di eCurve, layari

Website eCurve

Facebook eCurve

Hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan eCurve di talian 03-7725 0277,

#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #eCurve #badankebajikansitikhadijah