EVENT

Kejar Kerjaya atau Tukar Lampin, Yang Mana Satu Pilihan Anda?

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kejar Kerjaya atau Tukar Lampin

Kejar kerjaya atau tukar lampin yang mana satu pilihan anda? Kalau ikut zaman sekarang keberangkalian kejar kerjaya rasanya di mana jika terjadi apa apa nanti di masa hadapan kerjaya mungkin dapat membantu kelak. Wanita berkahwin lambat bukan kerana takut tapi terlampau sibuk mengejar kerjaya untuk jaminan kewangan sebagai penyediaan sebelum menimang cahayamata. Ini adalah antara sebab mengapa ramai pasangan menghadapi kesukaran untuk hamil.

3

 

KP berpeluang untuk turut serta falam perbincangan “Kejar kerjaya atau tukar lampin?” dimana Saringan Kesuburan di sebut sebagai langkah pertama yang penting untuk lelaki mahupun wanita. Memahami erti kesihatan kesuburan antara satu faktor yang perlu di ambil kira sebelum ianya terlewat. Atilia Haron antara salah seorang panel yang hadir berkongsi pengalaman beliau dalam mencuba untuk hamil. Beliau juga menggalakkan para pasangan yang baru berkahwin untuk menjalani saringan kesuburan. Pada yang sudah mempunyai cahaya mata dan ingin turut serta menjalani saringan boleh juga dimana ianya sedikit sebanyak dapat membantu kelak dalam merancang keluarga

Kejar Kerjaya atau Tukar Lampin

Antara panel yang terlibat dalam diskusi ini ialah dari kiri Dr. John Peek (Pengurus Besar Kualiti, Makluamt dan Sains, Fertlity Associates New Zealand), Dr. Mary Birdsall (Pengurusi dan Pakar Kesuburan, Fertility Ssociates New Zealand), Dr. Arasu Muthusamy (Pengarah Perubatan, Fertility Associates Malaysia) dan Atilia Harun (Penyanyi R&B popular di Malaysia).

Kejar Kerjaya atau Tukar Lampin

“Sepanjang usia dewasa saya, saya tidak bimbang mengenai kesuburan, Status kesuburan seseorang itu bukan sesuatu yang dibincangkan secara terbuka. Kini, setelah saya dan suami mencuba untukk tempoh yang agak lama, saya sedar sudadh tuba masanya untuk mendapatkan bantuan. Anda boleh memfokus kepada kerjaya anda dan turut mempunyai anak, jadilah bermual dengan saringan kesuburan ” kata Atilia

Kejar Kerjaya atau Tukar Lampin

 

Saringan Kesuburan

Kejar Kerjaya atau Tukar Lampin

Sebenarnya saringan kesuburan hampir sama dengan saringan kesihatan biasa. Dengan melakukan saringan ini secara tak langsung membantu anda untuk merancang masa depan – berkerjaya sambil mempunyai anak. Dengan “biological clock” dapat membantu dari segi kesuburan sesrorang dengan lebih cepat. Ianya adalah ujian yang menganggar apa yang dikenali sebagai “simpanan ovari” dengan mengira bilangan folikel telur yangs edang terbentuk pada sesuatu masa. Bagi lelaki pula analisis semen mengkaji jumlah sperma, bentguknya, dan kebolehannya bergerak. Untuk pengetahuan semua bukan dengan satu ujian sahaja semua maklumat dan data dikira lengkap. Di sini Fertility Associates Malaysia mengambil tempat menawarkan ujian-ujian ini sebahagian dari pakej saringan kesuburan. Jangan risau semestinya setiap ujian yang dilakukan bakal mendapat khidmat nasihat dari pakar kesuburan.

Kejar Kerjaya atau Tukar LampinPada hari yang sama, perkongsian dari 2 wanita yang berkongsi tentang kisah peribadi hinggalah ke perjalanan kehamilan mereka bersama ahli panel-panel yang lain.

Kejar Kerjaya atau Tukar Lampin

‘Saya mengalami kanser payu dara dan ingin hamil. Dengan adanya khidmat nasihat dari pihak Fertility Associate, mereka telah membantu saya dari mula hinggalah saya hamil dan selamat melahirkan bayi yang comel ini. Saya menggalakkan wanita mendapatkan nasihat dan menjalani Saringan Kesuburan sebaik sahaja ingin cuba untuk hamil. Ia mudah dan membantu meningkatkan peluang anda dalam jangka panjang. Jangan tunggu hingga sudah terlewat.” – Fatemeh JalilvandKejar Kerjaya atau Tukar Lampin

“Saya sudah mencuba beberapa kali tetapi tetap tidak boleh hamil. Ada ketika nasihat doktor mengatakan yang saya memang tidak boleh hamil. Tapi apabila saya ke Fertility Associates Malaysia secara tak langsung mereka membantu dan berjaya untuk hamil tapi tidak lama di mana saya keguguran. Masih tidak berputus asa, saya mencuba dan akhirnya kami selamat melahirkan bayi sebagai penyambung zuriat kami. “Mengambil langkah pertama tidak sukar – kakitangan di Fertility Associates benar-benar membantu dalam perjalanan kami.” – Laavanya Gopal Krishna

Kejar Kerjaya atau Tukar Lampin

Kata-kata Semangat

“kita jangan ada perasaan putus harapan, bahkan kita harus bangkit mencuba”

“kita perlu mendapatkan rawatan dan nasihat dari pakar kesuburan”.

Inilah kata-kata semangat yang dipegang dan digunakan untuk memastikan apa yang di kehendaki dapat.

Kejar Kerjaya atau Tukar Lampin
Pakar-pakar perubatan dari New Zealand  turut menekankan bahawa terdapatnya banyak kemajuan dalam bidang kesuburan. “Saya menggalakkan wanita untuk mengambil tindakan ke atas kesuburan mereka sebaik sahaja mereka mencapai usia subur. Mula lebih awal dan jalani saringan supaya anda memahami kesuburan anda dan juga pilihan-pilihan yang ada, sama ada memerlukan rawatan kesuburan atau tidak untuk hamil,” Dr. Mary Birdsall (Pengerusi dan Pakar Kesuburan, Fertility Associates New Zealand).
Kejar Kerjaya atau Tukar Lampin

Fertility Associates Malaysia kini ingin membantu dan mempersiapkan wanita dengan peralatan canggih, pengetahuan, rawatan dan sokongan tidak berbelah bahagi untuk membantu mereka yang bermasalah. Tidak kira untuk mereka yang baru berkahwin ataupun sudah berkahwin belum lagi mendapat rezeki  Ini terutama untuk mengetahui status kesihatan kesuburan pasangan (lelaki dan perempuan) sebagai persediaan untuk masa hadapan mereka.

 

Samada kita merancang untuk memulakan keluarga segera atau lambat lagi, dengan hanya melalui ujian kesuburan yang dijalankan dapat membantu kita merancang untuk mendapatkan zuriat memandangkan setiap manusia adalah berbeza dari segi tahap kesuburan yang dimiliki oleh mereka.

Inginkan maklumat lanjut

Fertility Associates Website

Fertility Associates Facebook

Email: info@fertilityassociates.com.my

 

Kejar Kerjaya atau Tukar Lampin