EVENT

Julie’s Love Letters – Keriangan Diraikan , Kasih Sayang Terjalin

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Julie’s Love Letters – Keriangan Diraikan , Kasih Sayang Terjalin |Titipkan luahan kasih anda bersama Julie’s bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina melalui kempen murni anjuran Julie’s ” What’s Your Love Letter?- Titipkan Luahan Kasih Anda” yang mana memberi peluang kepada anda menulis surat atau wartikah kepada insan yang anda kasihi sekian lama. Julie’s ingin memberi galakan kepada semua orang untuk mengirim salam mesra kepada orang ramai dengann   ” What’s Your Love Letter?- Titipkan Luahan Kasih Anda” dan menyambut musim perayaan Tahun Baru Cina dengan nilai kasih sayang dan kemesraan sesama keluarga.

Alangkah indah sekiranya hidangan kuih-muih dan hadiah-hadiah mahal khas dibeli pada musim perayaan diserikan lagi dengan luangan masa emas anda bersama ahli keluarga dan sahabat handai. Biskut Julie’s Love Letters, juga tidak harus dilepaskan sebagai santapan pada hari keriangan sambutan Tahun Baru Cina

Launching of Julie’s Kempen

Luahkan Kasih Sayang bersama Julie’s

Julie’s baru-baru ini telah melancarkan kempen ” What’s Your Love Letter?- Titipkan Luahan Kasih Anda”. Pengurus Kanan Jualan Julie’s Malaysia Mr Denis Swee Jing Wei -Julie’s berniat untuk meneruskan tradisi tahunan ini kerana ingin mengalakkan orang ramai meluahkan kasih sayang mereka dengan cara yang agak istimewa iaiitu melalui penulisan wartikah dimana zaman kini agak susah dijumpai. Membawa harapan bahawa orang ramai mengambil insiatif untuk mengambil berat serta berkongsi kasih sayang antara satu sama lain dan seterusnya berupaya membina masyarakat yang lebih prihatin .

“Bilakah kali terakhir anda menggunakan pen untuk menulis sesuatu? Senatiasa terlepas peluang untuk berkongsi suka dan duka anda bersama ahli keluarga? Tiada keberanian untuk meluahkan perasaan terpendam terhadap pasangan ataupun keluarga? Ini merupakan detik masa yang sesuai untuk anda mengetengahkan orang yang tersayang dan bukannya semata-mata fokus pada telefon bimbit”

“Bagi merayakan Tahun Baru Cina pada tahun ini, kami telah merekabentuk beg istimewa keluaran  Julie’s edisi bersempena dengan biskut Julie’s Love Letters 700 gm. Di dalam beg tersebut turut diselitkan bersama Love Note untuk anda menulis warkah kasih untuk orang ramai sebagai tanda penghargaan oleh anda kepada mereka. “

Menangi Rantai Tangan Emas 24k

Tahun ini Julie’s Love Letters telah melancarkan peraduan “What’s Your Love Letter?”. Senang sahaja untuk memasuki peraduan ini,

  • beli dua tin biskut  Julie’s Love Letters 700 gm (8Jan hingga 11Feb 2018).
  • Tuliskan mesej cinta anda tidak melebihi 20 patah perkataan pada Love Note yang disediakan.
  • Isikan maklumat peribadi anda
  • Lampirkan resit pembelian
  • Hantar melalui pos atau masukkan Love Note anda dalam beg bertuah Fudai di gerai promosi yang ada di pasaraya yang berdekatan
  • 50 mesej cinta yang paling kreatif dan menyentuh perasaan akan berpeluang untuk memenangi rantai tangan emas 24k .10 Pemenang bertuah akan di pilih pada setiap minggu

Mengikut tradisi Cina, setiap kediaman akan dihiasi dengan perkataan (fu) yang membawa maksud kerahmatan sewaktu sambutan Tahun Baru Cina dengan harapan akan membawa kerahmatan kepada keluarga. Sebagai anda penghargaan kepada orang ramai atas sokongan berterusan yang telah diberikan selama ini, Julie’s akan menjelajah ke seluruh Malaysia untuk menghantar FU ataupun kerahmatan kepada semua. Jangan lepaskan peluang untuk membawa kejutan ini balik ke rumah .