EVENT

Juara Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang di Menangi Oleh Pelajar Dari Johor

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Juara Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang

Peraduan Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang Finale telah diadakan di AEON Shah Alam dan telah dimenangi oleh pelajar dari Johor iaitu  Muhammad Falihin Jasmi beruisa 27 tahun. Finalis dari lima zon Malaysia turut berentap menyajikan dan mempersembahkan hidangan mereka dengan menggunakan Nestlé Natural Set Yogurt untuk menentukan siapa juara  Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang. Juara memenagi set hadiah utama pengubahsuaian dapur bernilai RM25 000

“Saya sangat teruja; kemenangan ini di luar jangkaan saya. Ibu saya tentu akan berasa bangga, dan ibu merupakan dorongan saya sepanjang peraduan ini. Nestlé Natural Set Yogurt merupakan pengganti yang hebat dalam semua hidangan saya kerana produk ini memberikan konsistensi yang lebih ringan dan tekstur yang lebih lembut. Apabila saya pulang ke Muar, saya berharap untuk mengejutkan ibu saya dengan pengubahsuaian dapur apabila ibu saya pulang dari Mekah” Kata Falihin sejurus dinobatkan sebagai juara pada hari pertandingan akhir.
Juara Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang
Tiga hidangan yang dicipta telah menggunakan yogurt untuk menggantikan santan dan juga krim untuk memberikan hidangannya sentuhan yang ringan dan mempunyai variasi fusion kepada hidangan kegemaran tempatan
Juara Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang
Kerabu Malaysian dengan Yogurt
Bebola Ayam Percik,
Chia Seed Yogurt Gula Melaka

Adegan memasak di Finale

Juara Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang Juara Nestlé Natural Set Yogurt Masak & MenangSAMSUNG CAMERA PICTURES

Juara Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang

Peringkat akhir itu diadakan di Aeon Shah Alam, di mana lima pemenang zon dipilih untuk bersaing gelaran Juara Masak & Menang dan hadiah utama pengubahsuaian dapur bernilai RM 25,000. Setiap peserta dikehendaki menyajikan hidangan yang menggunakan Nestlé Natural Set Yogurt untuk menggantikan ramuan yang berlemak tinggi seperti santan, mayonis, krim dan mentega, dan menggabungkan tema 1 Yogurt, 3 Rasa.  Peraduan Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang dianjurkan untuk memberikan penggemar masakan platform untuk mempersembahkan kreativiti mereka dalam menghasilkan juadah yang menggunakan Nestlé Natural Set Yogurt sebagai pengganti ramuan yang berlemak tinggi seperti santan, mayonis, krim dan mentega

Sedikit informasi tentang Nestlé Natural Set Yogurt

Nestlé Natural Set Yogurt, pengganti fleksibel untuk ramuan berlemak tinggi, adalah sumber kalsium rendah lemak yang mempunyai kultur hidup serta tidak mempunyai gula tambahan.
Juara Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang Seti ap 100g Nestlé Natural Set Yogurt hanya mengandungi 1.6g lemak, dan dihasilkan secara segar untuk memastikan keseimbangan tekstur yang kental dan lembut yang merupakan ciri-ciri yogurt berkualiti serta meningkatkan bau aroma daripada mana-mana hidangan
Juara Nestlé Natural Set Yogurt Masak & MenangSAMSUNG CAMERA PICTURES

Ini merupakan persaingan yang sengit antara semua pemenang zon, kreativiti dan dedikasi mereka benar- benar terserlah; ia sangat menarik melihat betapa dalam minat mereka dalam bidang masakan. Dari segi masakan,rasa adalah sangat penting, dan pemenang-pemenang kami sudah melakukan kerja yang hebat dengan menggunakan Nestlé Natural Set Yogurt dalam resipi mereka sebagai pengganti kepada ramuan berlemak tinggi, menjadikan hidangan mereka lebih ringan dan sihat, kata Chef Nicholas Pang, Chef Korporat Profesional Nestlè, dan juga salah satu pengadil Peraduan Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang
Juara Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang Juara Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang Juara Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang
Taibee Bin Hamdan, pemenang tempat kedua dari Zon Malaysia Timur yang memenangi pengubahsuaian dapur bernilai RM10,000, menyajikan hidangan yang hebat dengan menggunakan produk
yang lazim di negeri kelahirannya Sarawak, seperti terong asam dan udang kara untuk menghasilkan hidangan yang istimewa –
Bubur Pedas Yogurt Warisan Bondo Lambaian,
Puding Bertimpak Prun Yogurt bersama Nata de Coco, dan
Terong Lempah Udang Yogurt Bertapak Masak.
Juara Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang
Wakil dari Zon Utara, Haninahlah Binti Abdul Kadir berada di tempat ketiga, dengan hadiah pengubahsuaian dapur bernilai RM5,000. Haninahlah mempersembahkan hidangan
Ayam Puri Yogurt,
Kerabu Mangga Yogurt Utara,
Puding Pengat Pisang dengan Yogurt.
Manakala Zon Tengah dan Pantai Timur masing-masing diwakili oleh Nina Zareena Binti Zainal Abidin dan Norliza Binti Mohamed
Juara Nestlé Natural Set Yogurt Masak & Menang
.