Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jom Sertai Peraduan Dutch Lady “Mak Kata, Saya Anak Bijak” |”Mak Kata , Saya Anak Bijak” betul ke Mak???  Sebagai seorang ibu, umi, mama, mahupun mak semestinya pelbagai persoalan, nasihat, panduan ingin dikongsikan pada anak agar mereka mempratikkan dan bila berjaya dengan pesanan kita ingin sahaja diberitahu kepada satu dunia “Itulah Anak Aku, Anak Aku Bijak”. Tiada kata dapat menggambarkan apabila setiap pesanan atau nasihat diikuti pula buat cucu dan kemudian cicit. Buat mereka yang sudah bergelar ibu atau mak pastinya memahami apa yang ingin KP kongsikan atau ceritakan.KP dan mak tidak pernah bergambar sekali

“Mak Kata, Saya Anak Bijak”

KP dan mak jarang berjumpa oleh kerana tugas mak sebagai jururawat orthopedik didalam kem askar menyebabkan masa yang ada amatlah singkat. .Jadi sebelum mak pergi berkerja mak pastinya akan meninggalkan pesanan buat KP sewaktu KP bersekolah

  • Sarapan pagi wajib diambil jangan lupa
  • Makan tengahari ambil makanan berat
  • Jangan lupa cuci tangan sebelum makan
  • jangan lupa siap kerja sekolah
  • jangan bergaduh dengan adik beradik

“Mak Kata, Saya Anak Bijak”

Apabila KP melangkah ke zaman kolej atau universiti

  • jangan bangun lambat rejeki tak masuk nanti
  • jangan balik lambat keselamatan di luar tidak tahu bagaimana
  • buat assignment jangan lupa makan dan minum
  • waktu periksa – pastikan makan, minum dan tidur cukup

Tetapi bila KP melangkah alam perkahwinan pesanan mak sudah bertukar sedikit

 “Mak Kata, Saya Anak Bijak”

  • Apabila sudah ada suami dan anak-anak , bahagilah masa seadanya
  • Anak-anak harta dunia dan akhirat, jagalah mereka sebaik yang boleh
  • Anak-anak mencerminkan diri anda jadi dimana di waktu kecil ada yang mengikut perangai kita sewaktu kecil
  • Jangan melarang apa yang anak nak buat melainkan ianya berbahaya
  • Pastikan makanan yang diberikan adalah dari sumber yang halal & berkhasiat
  • Biarlah mereka melalui zaman kanak-kanak agar ada memori untuk dikongsi bila mereka mempunyai anak nanti

 “Mak Kata, Saya Anak Bijak”

Ini adalah antara nasihat yang masih kekal di dalam ingatan KP hingga ke hari ini. Memandangkan KP sekarang sudah bergelar ibu , mama , umi ataupun mak, secara tak langsung nasihat-nasihat ini KP kongsikan bersama anak-anak. KP inginkan mereka ingat setiap nasihat KP hingga ke generasi yang seterusnya. Nasihat yang masih lagi kekal walau semasa menaip entri ini

  • Sarapan pagi wajib ambil kerana itulah tenaga di pagi hari. Tanpanya mungkin akan lemah mahupun malas
  • jangan bangun lambat nanti rejeki lambat masuk jadi bagaimana ingin berjaya
  • jangan sesekali menderhaka pada ibu ayah mahupun orang yang lebih tua
  • apa sekali tugasan yang di buat jangan sekali lupakan solat , dan makanan yang berkhasiat semestinya ini membantu untuk menjadi lebih bijak
  • sayangilah adik beradik kerana merekalah keluarga kita disaat suka , duka dan juga dunia akhirat

 “Mak Kata, Saya Anak Bijak”

Bagi Scha Alyahya, seorang hos TV, model, pelakon dan juga ibu kepada Lara Alana yang baru berusia dua tahun, tiada apa yang lebih penting daripada melihat anaknya membesar dengan gembira.

“Sebagai seorang anak, nasihat ibu saya merupakan sesuatu yang paling berharga sewaktu saya membesar. Saya melihat ibu sebagai contoh kepada segala perkara yang saya lakukan, dan saya turut memastikan orang lain di sekeliling saya mengetahui apa yang ibu katakan! Ibu saya selalu berkata, ‘Rupa cantik terletak pada budi pekerti. Kita perlu sentiasa cuba untuk melihat kebaikan dalam semua orang’. Malah pada hari ini, dia tidak pernah mengatakan sesuatu yang buruk tentang seseorang dan saya cuba untuk mengikuti sifat ibu saya. Inilah satu-satunya nasihat yang saya ingat sampai bila-bila masa.”

 “Mak Kata, Saya Anak Bijak”

“Kini sebagai ibu kepada Lara, saya cuba untuk menyemai sifat yang sama seperti yang dilakukan oleh ibu saya sebelum ini. Lara telah menyambut hari lahir yang kedua pada bulan Julai lepas, dan saya berharap anak saya yang sudah mula dikenali ramai sejak lahir lagi boleh menunjukkan contoh
yang baik kepada kanak-kanak yang lain. Kehidupan sebenarnya adalah satu proses pembelajaran yang panjang. Kita mungkin mengajar anak-anakuntuk menjadi insan yang baik, tetapi kadangkala mereka yang mengajar kita tentang kebaikan,”

 “Mak Kata, Saya Anak Bijak”

Atas kesedaran tentang betapa pesanan ibu kita sangat membantu dalam pembesaran serta mengilap kebijaksanaan anak-anak kita, Dutch Lady telah menganjurkan Peraduan “Mak Kata, Saya Anak Bijak” untuk membolehkan para ibu berkongsi pesanan mak kata yang lucu, menarik atau mengharukan di mana berkaitan dengan kepetahan, kepintaran dan daya imaginasi anak-anak mereka.Sembilan pemenang bersama ahli keluarga mereka berpeluang untuk beramah mesra dengan selebriti terkenal yang juga merupakan seorang ibu iaitu Scha Alyahya dan anaknya Lara Alana di dalam satu acara jamuan teh (hi-tea). Semua pemenang juga akan membawapulang sebuah kamera instan untuk merakamkan kenangan manis bersama-sama keluarga mereka. Selain itu, 250 penyertaan yang pertama pada setiap minggu akan menerima hadiah tunai bernilai RM50 (bagi setiap penyertaan) dari 1 Ogos hingga 30 September 2016.Untuk maklumat lanjut tentang kempen “Mak Kata, Saya Anak Bijak” dan butiran peraduan, sila layari

Website Dutch Lady  Smart Moment Dutch Lady Malaysia

#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #DLMakkata

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge