EVENT MOVIE/TEATER

Jessie Chung Kembali Dengan Album Terbaru “Be Strong”

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jessie Chung kali ini kembali dengan album terbaru beliau “Be Strong” beberapa bulan selepas perlancaran album terdahulu beliau “There You Are”. Album “There You Are” telah dilancarkan pada bulan August 2016 dan mendapat sambutan hangat dari para peminat, membuatkan Jessie Chung kembali dengan album English bertajuk “Be Strong” dimana album ini sepenuhnya dihasilkan dari Australia.

Cerita Tentang Perlancaran Album “;There You Are”
jc7Gary Scallan, CEO of Future Entertainment and Music Group Australia telah datang ke Malaysia untuk turut bersama-sama dengan Darren Choy, Managing Director of Warner Music Malaysia and Singapore dalam pelancaran album “Be Strong”.
jc13

Gary Scallan, CEO of Future Entertainment and Music Group Australia berkata

“We see in Jessie an incredible potential in the pop-rock genre,” said Gary. “Jessie is, and will, become the new-generation Princess of Rock,” he added. Formerly known as “Detox Princess”, Gary believes that Jessie will live up to her new “Princess of Rock” titlejc10 Bagi Darren Choy Managing director of Warner Music Malaysia pula berkata

“She is not afraid to be herself, and that is what fascinates us the most. She made her mark in the music scene by her own hard work, and is now striving towards the pinnacle of her career. Jessie performed astoundingly in the pop-rock scene, and I’m sure she well-deserved the ‘Princess of Rock’ title.” jc5 “Be Strong” music video telah dirakamkan di Pinnacles Desert dan Lancelin, Australia. Banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi diantaranya kulit beliau terbakar ‘sun burn’ sewaktu merakamkan music video “Be Strong” di padang pasir Pinnacles Desert jc11

Pelancaran Album “Be Strong”

jc1 Sewaktu pelancaran album, Gary & Darren sama-sama menyampaikan sebuah gitar elektrik buat Jessie Chung. Tahukah anda yang Jessie Chung bukan mendapat gitar elektrik biasa tetapi bertatahkan belian !!!  jc3

Beliau juga dipakaikan mahkota pada waktu tersebut dan beliau dikini digelar sebagai “Princess of Rock” .!!jc2Album kali ini sepenuhnya dihasilkan di Australia. “Be Strong” merangkumi tujuh trek dan beliau bersedia untuk memberi  pengalaman  baru buat peminat yang sedia ada mahupun yang baru. Jessie bakal memulakan penjelajahan dunia ke Taiwan, Australia, London, New York, Kanada, Jepun, Hong Kong, Singapura, China, Filipina, Thailand, Indonesia, dan lain-lain untuk mempromosikan persembahan terbaru beliau . Tidak lupa juga di Kuala Lumpur, Malaysia .jc6

Video Klip “There You Are”

Untuk pengetahuan semua album “There You Are” telah menjadi salah satu hit album yang terjual .Menjadi satu-satunya penyanyi dari Malaysia yang memasuki carta Taiwan’ Five Music International Chart dan berada di kedudukan yang kedua selepas Lady Gaga amat membanggakan beliau dan pihak produksi . Manakala music video beliau telah melebihi 3 juta pengunjung di You Tube dalam masa 2 bulan sahaja selepas album di lancarkan .  jc12

Pencapaian yang amat mengagumkan dan membanggakan buat beliau dan juga Malaysia. KP mendoakan yang Jessie Chung akan meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian dan senantiasa suksess dalam bidang ini. Ini KP kongsikan video klip lagu “Be Strong” buat anda semua

Video Klip “Be Strong”