EVENT

Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan Di Lancarkan Pada 1 Oktober 2016

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan Di Lancarkan Pada 1 Oktober 2016

Edisi terbaru jersi Abstrax Vortex telah diperkenalkan kepada media secara rasminya di Abstrax HQ Shah Alam, hari ini. Menggunakan penjenamaan ABSTRAX Vortex #MYperpaduan, jersi ini merupakan usahasama di antara pihak Abstrax dengan 1Malaysia.com.my. Penghasilan jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan ini merupakan rekaan ke 3 di dalam siri Vortex selepas pelancaran 2 versi awal jersi Vortex yang berorientasikan negeri iaitu Johor dan Selangor baru – baru ini.

Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan Di Lancarkan Pada 1 Oktober 2016
Generasi baru jersi rekaan Abstrax ini merupakan kesinambungan kejayaan keluaran jersi Malaysia Airlines Masterpiece yang merupakan produk paling laris sepanjang tempoh 2 tahun ini yang mencecah penjualan sebanyak 20 ribu helai setakat ini.
Penghasilan jersi ini mengambil masa hampir 5 bulan melalui beberapa siri pertemuan dan perbincangan bersama pihak 1Malaysia.com.my dan diterjemahkan melalui penghasilan jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan ini.Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan Di Lancarkan Pada 1 Oktober 2016


Mengambil pendekatan untuk menyatupadukan masyarakat majmuk di Malaysia melalui program sosial #MYperpaduan, pihak 1Malaysia.com.my dan Abstrax berharap ia menjadi satu wacana baru dalam membentuk masyarakat yang lebih baik , generasi 1Malaysia yang menolak rasisme dan menyokong perpaduan terutamanya golongan muda yang menjadi golongan sasar untuk usahasama ini. Ia diharapkan membantu generasi baru memupuk rasa cinta dan bangga menjadi anak Malaysia dan menjadi satu identiti kekal tidak kira ketika berada di Malaysia mahupun di seantero dunia.

Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan Di Lancarkan Pada 1 Oktober 2016


Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan ini merupakan produk yang dihasilkan berpaksikan kepada penekanan kepada kualiti pembuatan termasuk lah dari segi material yang dipertingkatkan, ringan dan keselesaan. Mengambil idea kepada 8 value (nilai) yang terdapat di dalam
Konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak iaitu :

  • Nilai 1: Budaya Kecemerlangan,
  • Nilai 2: Ketabahan,
  • Nilai 3: Rendah Hati,
  • Nilai 4: Penerimaan,
  • Nilai 5: Kesetiaan,
  • Nilai 6: Pendidikan,
  • Nilai 7: Integriti dan
  • Nilai 8: Meritrokasi
Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan Di Lancarkan Pada 1 Oktober 2016

Kesemua nilai ini diletakkan pada jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan seperti di bahagian belakang jersi, tag dalam jersi serta logo 1Malaysia yang jelas kelihatan di bawah jersi bahagian hadapan. Elemen bendera Malaysia juga turut sama diletakkan di hadapan jersi tersebut dengan jelas.

Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan Di Lancarkan Pada 1 Oktober 2016

Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan boleh didapati di ABSTRAX Concept Store Shah Alam, Bangsar dan cawangan baru yang terletak di Bangi yang dijangka dibuka pada 29 Oktober 2016.

Harga bermula RM 90 (untuk lengan pendek) untuk saiz dewasa

Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan Di Lancarkan Pada 1 Oktober 2016RM 100 (lengan panjang) untuk saiz dewasa

Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan Di Lancarkan Pada 1 Oktober 2016Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan juga boleh didapati untuk saiz kanak-kanak.

Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan Di Lancarkan Pada 1 Oktober 2016

Masing-masing sempat berposing untuk koleksi terbaru

Model kanak-kanak
Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan Di Lancarkan Pada 1 Oktober 2016 Model untuk dewasa dan kanak-kanak

Jersi ABSTRAX Vortex #MYperpaduan Di Lancarkan Pada 1 Oktober 2016Untuk maklumat lanjut, layari

Website Abstrax

Facebook Abstrax

#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #abstrax #abstraxjinggaconceptstore #abstraxjingga #conceptstoreshahalam #shahalam #myperpaduan #1malaysia