EVENT

International School Beaconhouse Family Day 2017; Have Fun&Be Charitable

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tanggal 13 Mei 2017, International School Beaconhouse telah mengadakan Beaconhouse Family Day 2017; Have Fun & Be Charitable di sekolah mereka. Agenda sekolah seperti Family Day adalah yang dinantikan oleh para guru mahupun pelajar kerana masing-masing pasti mempunyai idea untuk di tunjukkan pada para tetamu. Kebiasaan di Family Day kita akan lihat para pelajar bertungkus lumus menjaga gerai dan memastikan yang gerai mereka mendapat kutipan yang paling tinggi.

Untuk pengetahuan semua, (Beaconhouse Sri Inai International School dan pre-school ) telah terlibat secara langsung untuk Beaconhouse Family Day 2017 ini dimana bukan sahaja kita berseronok tetapi dalam masa yang sama kita memberi kepada mereka yang memerlukan . Di Beaconhouse mereka percaya yang para pelajar perlu mempelajari tentang mereka yang kurang bernasib baik tetapi juga memberi kepada mereka yang memerlukan

Setiap kupon yang digunakan akan disumbangkan kepada “underprivileged children of Ephrata Home and Rumah Chrestus.”

Image may contain: one or more people

Sebelum apa apa, kena pastikan yang kupon dah ada ditangan ye !!! Family day jarang yang menggunakan duit ringgit semuanya menggunakan kupon. Setiap buku kupon berharga RM 30 satu

Pecahan kupon ini adalah RM 2 dan RM 4, jadi KP andaikan yang paling minimum untuk sebarang pembelian atau transaksi adalah RM 2. OK !!! Kupon dah ada apa lagi jom kite lihat apa yang ada

No automatic alt text available.

Antara gerai mainan yang sempat KP rakamkan sewaktu di Beaconhouse Family Day 2017; . RM4 for 3 hits.. nampak senang tapi agak sukar juga

Untuk anak-anak yang tidak menggemari bermain di gerai mainan ada juga gerai seperti ini iaitu 3D models. Perlu juga membayar RM 2 dan anak anda boleh ‘Build A Model’.

Image may contain: 2 people, people sitting and people standing

Dalam banyak-banyak yang ini memang menarik perhatian KP .

Adakah kerana lukisannya ? Adakah kerana mainannya ?

The Biggest Catch senang sahaja perlu memancing tetapi diberi cuma 3 peluang. Ada sotong ada ikan seperti didalam air. Pancing perlu mengena magnet yang terletak di cup yang ada. Kreatif juga mereka di sini menghias dan memastikan mainan yang dimain mencabar jua menyeronokkan
Image may contain: one or more people

Kalau di sekolah dulu game ” Dunk Me !!!” adalah yang paling seronok . Salah seorang perserta yang bakal duduk di tempat yang disasarkan iaitu Beaconhouse’s Regional Director, Syed Jahanzeb Shah. Apabila kita sasarkan pada tempat yang ditandakan,perserta atau mereka yang duduk diatas palang akan jatuh ke dalam air apabila mengena sasaran. Yang ini memang puas hati jika main. Kalau anda sedang bersedih atau sedang stress cuma main game nie mesti hilang semua tu apabila sasaran mengena

Image may contain: one or more people and people standing

Ada juga “Raffle Lucky Draw” . Untuk ini lebih kepada tuah anda seperti cabutan bertuah . RM4 untuk sekeping ‘draw’. Cabutan di buat setiap 30 minit. Bak kata pepatah; “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Hadiah pun menarik juga

Untuk anak-anak yang kecil , yang suka melukis, tatooo ataupun henna boleh saja ke Beaconhouse Gasing. Pilih yang mana berkenaan di hati , bayar dan segalanya akan disiapkan untuk anda

Antara gerai yang menarik perhatian KP dari mula masuk ke International School Beaconhouse. Warna-warni belon dan gambar pada belon memang menarik untuk membelinya . Jadi kanak-kanak sekejap tak salahkan

No automatic alt text available.

Snippets video Pokemon

 

Bukan sahaja gerai mainan atau jual balloon sahaja yang ada. Ada pelbagai lagi gerai yang ada di sekeliling sekolah ini. Pusing dan pusing dan pusing dan pusing….. Kalau dah asyik main takkan perut tak keroncong??? Perut tak lapar ke? Tak haus ke tekak tu?

So ke kantinlah KP untuk menikmati makanan dan minuman yang ada. Masih lagi menggunakan kupon dan macam-macam ada ye !!!

Nasi Lemak cukup dengan bahan-bahan sampingannya

No automatic alt text available.

Ini adalah cupcakes. Sedap dan pasti comel

No automatic alt text available.

Di sini memang riuh dan kecoh kerana macam-macam ada bak iklan di Astro. Dari set a la carte atau combo layan ajer. Mix muruku, roti canai, teh tarik, vader dan lain lain lagi

Image may contain: 4 people, outdoor and food

Ayam goreng dan kentang goreng antara menu yang mendapat sambutan. Menu untuk kanak-kanak yang WIN sepanjang masa

Image may contain: food

Asyik makan ajer takkan tak beli air. ada juga di jual di sini macam coffee, ice lemon tea . Kalau nak minuman berkotak mahupun minuman bergas ada juga. Pilih yang sejuk atau tidak kemudian bayar menggunakan kupon

Image may contain: 2 people, food

Hidangan pilihan KP

Nasi lemak dari Pulau Ketam , Selangor. Sambal cilinya yang lain kerana menggunakan cili flake

Nasi lemak RM 6 , rasa sambal biasa sahaja 

Satay ayam dan nasi impit yang ditunggu-tunggu 

Dan penutup set combo meal roti canai dan secawan teh tarik 

Overall, KP rasa puas hati sangat dapat berada di International School Beaconhouse Family Day 2017; Have Fun & Be Charitable . Dapat juga mengimbau kembali zaman sewaktu bersekolah dulu sewaktu family day diadakan. Kalau dulu kita menjaga gerai kali ini kita menjadi salah seorang pengunjung pula. Dengan adanya Family Day ini, dapat membuka mata orang ramai yang International School Beaconhouse bukan sahaja mementingkan akademik tetapi juga ko kurikulum dan juga aktiviti kekeluarga dan kebajikan seperti ini. Syabas untuk International School BeaconHouse