EVENT

Inisiatif The School Jaya One & Sekolah Eco Tentang Pemuliharaan Ikan Yu

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Katakan TIDAK untuk SHARK FIN aka SIRIP IKAN YUf1

Hujung minggu yang lepas, KP sempat turun padang untuk bersama-sama pihak The School Jaya One dan Kelab Leo di Selangor untuk menjayakan inisiatif dari WWF tentang pemuliharaan ikan yu. Umum sudah tahu bukan di mana ikan yu dibunuh untuk dimasak sup yang boleh mencapai semangkuk berharga ratusan ringgit. Ikan yu makin pupus dan perlu di tangani sebaik yang mungkin. Ini adalah sebahagian dari perancangan untuk memberi kesedaran tentang ikan yu. Acara dimulakan dengan para pelajar dari Kelab Leo mengambil bahagian dalam mewujudkan model ikan yu daripada bahan kitar semula.

f6 Sekolah Eco turut hadir untuk melaksanakan dan menjalankan bengkel eko-gendang bagi mereka .f5Persembahan gendang dimainkan oleh para pelajar sekolah Eco
f2Sementara menunggu selesai, para pelajar dari sekolah dan kolej yang lain telah pergi di sekitar pusat membeli belah untuk turut serta dalam ikrar kepada inisiatif dimana saya My Fin My Life: Katakan Tidak untuk makan sirip ikan yu.  f3

 

Miss Jessica Yeoh dari Tetap Tiara (M) Sdn Bhd Sekolah berkata “My Fin in My Life” adalah inisiatif oleh Worldwide Federation. Malaysia (WWF) untuk mengubah dan menghentikan penggunaan sirip ikan yu di Malaysia. Inisiatif ini mengajak orang ramai untuk turut serta berikar agar tidak memakan sirip ikan yu mahupun menggunakan produknya.

f7

Selaras dengan inisiatif ini, pihak The School Jaya One mengorak langkah dengan mengadakan pertandingan pemuliharan ikan yu melalui fotografi. Tidak sangka penyertaan pertandingan ini mendapat respons yang baik dimana lebih dari 30 fotografi telah mengambil bagagian .Ini adalah pemenang fotografi : Patrick Ong. Captionnya iaitu : “When the buying stops, the killing stops”.

f10Apabila pembelian dihentikan secara automatik pembunuhan juga akan berhenti. Sebagai pemenang utama Patrick membawa pulang Nikon Keymission 360 . Seramai 5 orang pula terpilih sebagai pemenang hadiah saguhati seperti
– Chan Hoi Yee
– Nicole Ng
– Felix Gohf12
– Ahmad Fathullah Bin Marzuki
– Adam Hewf9

Miss Jessie Chew dari WWF Malaysia berkata “Jika kita mempunyai lebih ramai rakan kongsi untuk menyokong inisiatif dalam pemuliharaan ini lebih bagus. WWF berhasrat untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran tentang ikan yu. Pemuliharan ikan yu ini patut dikongsikan bersama generas omuda agar mereka dapat mengatakan tidak untuk hidangan Sup Ikan Sirip Yu aka Shark Fin di restoran-restoran tidak kira di Malaysia ataupun seluruh duniaf11

Selain itu,, lawatan ke pusat kitar semula di pusat membeli-belah untuk mempelajari cara yang inovatif dalam proses kitar semula automatik. Untuk menjadi seorang wira yu dan berikrar untuk menyokong perjuangan ini, apa kata layari MyFinMyLife Website   hari ini.

#myfinmylife #theschoolmy #jayaoneInisiatif The School Jaya One & Sekolah Eco Tentang Pemuliharaan Ikan Yu