EVENT

HappyFresh & Tesco Malaysia Berkerjasama Melalui Online Platform

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

HappyFresh & Tesco Malaysia Berkerjasama Melalui Online dimana ini adalah satu berita baik buat mereka yang selalu onlinde tak kira masa atau tempat. HappyFresh, platform pembelian barangan runcit atas talian yang pertama dan paling pantas berkembang di Asia Tenggara, dan Tesco Malaysia, peneraju pasaraya besar di negara ini telah mengumumkan usahasama terkininya dengan tujuan untuk memperkembangkan perkhidmatan penghantaran belian barangan runcit atas taliannya sepantas satu jam sahaja kepada lebih ramai pengguna yang kesuntukan masa di Lembah Klang.hf-x-tesco_image-a

Para pembeli atas talian yang sentiasa sibuk menguruskan kerja dan keluarga akan dapat menikmati manfaatnya kerana kini mereka boleh membeli-belah di HappyFresh dengan hanya beberapa klik dan menerima produk-produk tersebut berdasarkan slot masa atau lokasi pilihan mereka. Usahasama ini juga membolehkan mereka untuk memilih barangan daripada lebih 12,000 jenis produk dari barangan makanan ke bukan makanan yang dijual di pasaraya besar Tesco Malaysia yang paling dekat dengan lokasi mereka termasuk produk jenama Tesco.

Kata Opal Wu, Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia.hf-x-tesco_image-b

“Usahasama dengan Tesco Malaysia membolehkan HappyFresh mara satu langkah lagi ke hadapan untuk mencapai misi menggembirakan lebih ramai pelanggan dengan teknologinya untuk membuat pilihan makanan yang lebih baik dan membantu mereka dengan perkhidmatan penghantaran sepantas satu jam kami yang lancar. Dalam dunia yang sedang melalui revolusi teknologi ini, kami yakin usahasama dengan Tesco Malaysia ini akan menyokong visi utama kami iaitu menawarkan penyelesaian yang mudah, lancar dan boleh dipercayai kepada para profesional di bandar di mana mereka boleh menggunakan platform kami untuk mendapatkan barangan kegemaran mereka yang paling segar dari pasaraya besar ini yang boleh dihantar ke mana sahaja mereka mahukannya, sementara mereka menguruskan aspek-aspek lain di dalam kehidupan mereka,

Berucap di upacara tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie berkata,hf-x-tesco_image-c

“Sebagai peneraju pasaraya besar di Malaysia, kami berusaha bersungguh-sungguh untuk menggembirakan para pelanggan sama ada di kedai atau di atas talian. Kami menggunakan maklum balas dari para pelanggan untuk menjadikan pengalaman membeli-belah mereka lebih mudah, bagus dan cepat. Dengan meluaskan capaian pelbagai saluran kami melalui HappyFresh, kami dapat menjadikan pengalaman membeli-belah atas talian untuk para pelanggan kami lebih lancar dan menyeronokkan disamping memenuhi kehendak mereka.”hf-x-tesco_image-g

Sejak bermulanya usahasama dengan Tesco Malaysia, lebih daripada 2,500 pengguna telah menerima pesanan mereka dari pasaraya besar tersebut yang dihantar melalui HappyFresh. Pengguna yang memesan barangan runcit melalui aplikasi ini bukan sahaja menerima penghantaran tersebut sepantas satu jam dalam keadaan paling segar dari pasaraya pilihan mereka, barangan tersebut juga dipilih sendiri oleh pembeli peribadi terlatih HappyFresh untuk memastikan pengguna mendapat barangan runcit yang paling berkualiti dari barangan kering, sejuk beku hinggalah produk-produk kegunaan harian rumah.hf-x-tesco_image-e

Mula jimatkan masa dan lakukan perkara-perkara yang anda sukai dan biar HappyFresh menguruskan pembelian barangan runcit anda melalui laman web rasmi atau aplikasi mudah alih dengan memuat turunnya melalui Google Play Store dan Apple App Store.