EVENT

‘Hanya Kaw Untukku’ Kolaborasi ‘Lipton Ekstra Kaw’ Sempena “Menanti Februari”

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hanya Kaw Untukku Kolaborasi Lipton Ekstra Kaw Bersama Drama “Menanti Februari”

Hanya Kaw Untukku bakal menjadi trending dengan kolaborasi Lipton Ekstra Kaw bersama drama “Menanti Februari” yang dilakonkan oleh Nur Fathia & Zul Ariffin. Sempena pelancaran uncang teko teh ‘Lipton Ekstra Kaw’, Lipton selaku jenama teh no 1 di dunia yang di usahakan oleh Unliver telah menjalinkan kerjasama kandungan eksklusif bersama platform media terbesar iaitu Rangkaian Televisyen Media Prima. Kerjasama ini bakal mengetengahkan kempen unik iaitu ‘Hanya Kaw Untukku’ yang bertujuan memperkenalkan ‘Lipton Ekstra Kaw’ .

Sedikit informasi tentang ‘Lipton Ekstra Kaw’

‘Lipton Ekstra Kaw’ adalah rangkaian produk teh terbaru yang kaya dengan rasa, aroma dan juga warna demi memenuhi citrasa rakyat Malaysia. Lipton telah ditubuhkan oleh Sir Thimas Lipton pada tahun 1871 untuk memberikan kualiti serta pengalaman teh yang terbaik. Teknologi Pengekstrakan Intipati Teh (TESS) Lipton , membantu menyerlahkan intipati teh yang semulajadi daripada daun teh yang terbaik bagi rasa yang lebih tulen. Penyerapan cepat dan konsisten dalam teko teh menjadikan pilihan terbaik untuk penyedian Teh Tarik kerana peminat teh boleh memperoleh keseimbangan sempurna antara teh dan susu menerusi rumusan terbaharu

Bersama dengan Rangkaian Televisyen Media Prima. Lipton mempersembahkan drama Melayu yang dinanti-nantikan bertajuk “Menanti Februari” di TV3. Drama ini bakal menampilkan pelakon popular sepertu Zul Ariffin dan Nur Fathia. Sebagai lanjutan kepada siri ini , Lipton juga memanfaatkan tarikan personaliti artis-artis ini bagi mempersembahkan kandungan yang dapat memberi insipirasi bertujuan mengeratkan hubungan sesama keluarga hanya melalui secawan teh Lipton

“Siri Drama “Menanti Februari” sangat selaras dengan sasaran jenama dan pelanggan ‘Lipton Ekstra Kaw’ kami. Jalan cerita yang menyentuh hati, pelakon-pelakon popula dan juga kandungan yang kreatif merupakan satu gabungan yang sempurna menjadikan ‘Lipton Ekstra Kaw’ sebagai satu simbol penyampaian kasih dan kepriatinan terhadap keluarga tersayang.”

“Kami percaya teh dapat memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan sesama manusia. Kami yakin bahawa kerjasama kami dengan Rangkaian Televisyen Media Prima adalah platform terbaik untuk memperkenalkan ‘Lipton Ekstra Kaw’ yang berperisa lebih pekat kepada rakyat Malaysia sambil mengeratkan hubungan sesama keluarga.

kata Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever (M)Holdings Sdn Bhd

‘Lipton Ekstra Kaw’ adalah produk yang menarik buat semua rakyat Malaysia dan wajar diberi perhatian untuk mencapai potensi sepenuhnya dalam pasara. Kempen ‘Hanya Kaw Untukku’ menggabungkan tawaran-tawaran kadungan kreatif kami dengan capaian penonton yang meluas untuk membantu menghubungkan Lipton dengan lebih ramai penonton di Malaysia. Mempertahankan kedudkan kami dalam segmen Melayu dengan lebih 5 juta penontin setiap hari menerusi saluran TV3, Rangkaian Televisyen Media Prima terus memegang peranan yang dominan dalam campuran pemasaran hari ini terutamanya untuk jenama barangan pengguna bergerak pantas seperti Lipton.

Nini Yusof selaku Pengarah Pemasaran & Strategi , Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan Rangkaian Televisyen Media Prima berkongsi sewaktu pelancaran.Displaying Photo 5.jpg

Drama “Menanti Februari”

Kehadiran Nur Fathia & Zul Ariffin menarik perhatian tetamu yang hadir kerana mereka berdua adalah tunggak utama dalam drama ini. Ianya mengisahkan Arie (Zul Ariffin) dan Fiza (Nur Fathia) telah berkahwin selama 12 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dinamakan Intan. Arie merupakan seorang jurutera luar pantai yang jarang meluangkan masa bersama keluarga kerana terlalu taksub dengan kerjanya. Pada masa lapangnya, dia lebih gemar bermain jet ski bersama rakan-rakannya.


Pada satu hari, Arie dan rakan-rakannya hilang akibat kemalangan di laut. Operasi cari dan selamat telah dilancarkan, tetapi mereka tidak dapat ditemui. Setahun kemudian, Fiza redha dengan takdir yang menimpa Arie dan mencari ketenangan dalam rakan karib Arie bernama Edi (Afiq Muiz) yang sentiasa memberi sokongan emosi kepadanya. Bagaimanapun, takdir menentukan apabila Arie ditemui selamat oleh seorang aktivis sukarela. Namun semua ingatannya telah hilang…Apa yang terjadi jangan lupa check it out di saluran TV3 slot Samarinda ye

Jangan lupa dapatkan Lipton Ekstra Kaw di cawangan pasaraya yang berdekatan