EVENT

GINTELL Memperkenalkan Hi5 Rental Plan Untuk Anda

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

GINTELL Memperkenalkan Hi5 Rental Plan Untuk Anda| Kini, semua orang mampu menikmati urutan kelas pertama di rumah, tanpa had kredit dan tanpa sebarang faedah! GINTELL memahami situasi pelanggan yang mungkin berhadapan isu had kredit. Pelan ini membolehkan mereka membayar pada kadar yang sangat rendah, kemudian menjelaskan baki bayaran dengan kad kredit atau kad debit (melalui ansuran 36 bulan).

GINTELL Memperkenalkan Hi5 Rental Plan

Hi5 Rental Plan yang baharu membuka peluang kepada semua untuk memiliki kerusi urut impian di rumah. Pelan ini adalah skim pembayaran yang mudah dan fleksibel dengan matlamat untuk memperkasakan setiap individu daripada semua lapisan masyarakat untuk menjalani gaya hidup sihat dengan mudah. GINTELL Hi5 Rental Plan dirangka untuk memperbetul tanggapan ramai bahawa hanya golongan berpendapatan tinggi yang mampu membeli kerusi urut. Kami mahu setiap keluarga, tanpa mengira latar belakang kewangan mereka, untuk memiliki kerusi urut istimewa ini agar semua dapat menikmati kesihatan yang baik.

Hi5 Rental Plan melibatkan pembayaran ansuran selama 36 bulan. Hanya dengan 5 langkah mudah dan 5 ganjaran hebat, impian untuk menikmati kesihatan yang unggul di rumah kini dapat direalisasikan oleh semua! 5 ganjaran hebat termasuk hadiah percuma, waranti 3 tahun, tiada had kredit, tanpa sebarang faedah kad kredit dan pelan naik taraf fleksibel. Buat masa ini, pelan ini hanya boleh dinikmati untuk penyewaan kerusi urut dan sofa urut terpilih

Lazimnya, ramai yang percaya bahawa kerusi urut adalah satu produk mewah, dan kaedah yang biasa digunakan untuk membelinya adalah melalui bayaran tunai atau kad kredit (ansuran). Oleh itu, GINTELL mengambil inisiatif dengan menyediakan pelan sewa pembayaran mudah, agar kesihatan yang baik dapat dinikmati oleh semua.

Pelanggan pelan sewa juga boleh mendapat hadiah percuma seperti pelanggan lain. Walau bagaimanapun, pelanggan biasa hanya menikmati waranti 1 + 1, iaitu 2 tahun waranti. Tetapi di bawah pelan ini, pelanggan pelan sewa boleh menikmati waranti 3 tahun, yang bermaksud bahawa pelanggan tersebut tidak perlu menanggung
sebarang kos untuk membaiki apa-apa kerosakan semula jadi semasa tempoh waranti, termasuk barang-barang ganti. Sepanjang tempoh waranti, jika pelanggan menghadapi sebarang masalah berkaitan kerusi urut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan GINTELL dengan segera untuk mendapatkan bantuan teknikal secara percuma.

“Apa yang penting ialah isu had kredit kini dapat diselesaikan dan tiada sebarang faedah kad kredit dikenakan. Selepas bayaran pendahuluan dijelaskan, ansuran bulanan akan dibuat melalui auto-debit setiap bulan. Pelanggan kini boleh menikmati urutan kelas pertama di rumah tanpa risau akan had kredit atau faedah kad kredit.”

Pada masa yang sama, selepas membayar keseluruhan jumlah sewa dan setelah tamat tempoh sewa 3 tahun, pelanggan hanya perlu membayar sejumlah token bernilai RM1 untuk membeli kerusi urut. Jika pelanggan ingin memiliki kerusi urut model baharu, sewaan boleh dilakukan untuk model baharu dengan diskaun istimewa, sebagai kelebihan daripada pelan naik taraf Hi5 yang fleksibel.

“Buat masa ini, pelan ini adalah terhad untuk model kerusi urut dan sofa tertentu. Pelanggan boleh membeli kerusi urut atau sofa urut mini yang selesa mengikut keperluan dan kemampuan, pada kadar sewa bulanan antara RM88 hingga RM388. Inilah yang membentuk prinsip utama Hi5 Rental Plan kami – bayar mudah, hidup selesa.”

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari
Website GINTELL:  www.gintell.com,

talian khidmat pelanggan kami di 1800-88- 6332 atau 03-6277 9333.