EVENT FOOD PRODUCT

Fonterra Brands Malaysia Sambut Hari Susu Sedunia & Ramadan

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Fonterra Brands Malaysia Sambut Hari Susu Sedunia & Ramadan|  Sempena Hari Susu Sedunia yang disambut pada 1 haribulan Jun semasa bulan Ramadan tahun ini, Fonterra Brands Malaysia memperingati dua peristiwa penting tersebut hari ini dengan berkongsi kebaikan susu bersama masyarakat yang memerlukan. Syarikat pemakanan produk tenusu dari New Zealand ini telah mengedarkan 500 hidangan bubur lambuk yang diperkaya dengan susu Fernleaf UHT dan pek Iftar yang diisi dengan produk tenusu di Surau As Sahabah, Kota Damansara.

Syarikat ini juga telah menyumbang 60 kilogram susu tepung Fernleaf dan Anlene kepada dua rumah kebajikan untuk bekalan kanak-kanak dan orang kurang upaya – Agathians Shelter dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan OKU Mesra – dan mengagihkan
lebih 1,000 pek susu UHT Fernleaf di stesen-stesen LRT di Kuala Lumpur.

“Kami yakin terhadap usaha memperkaya kehidupan insan dan masyarakat di tempat kami beroperasi, sebab itulah kami mahu mengambil berkat Ramadan dan meraikan Hari Susu Sedunia dengan membekalkan produk tenusu kepada insan yang mungkin tidak dapat menikmatinya sebagai sebahagian daripada diet harian mereka. Kami mengalu-alukan penyertaan dan kehadiran ramai keluarga bersama kami di surau untuk menikmati bubur lambuk dan pek Iftar yang telah disediakan oleh pasukan kami. Syarikatnya berbesar hati kerana dapat menyambut Hari Susu Sedunia dan bulan Ramadan dengan menganjurkan beberapa aktiviti yang bertumpukan usaha menyokong kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Sebagai pembekal pemakanan tenusu yang utama di Malaysia, kami menggalakkan semua orang untuk menambah pengambilan susu kerana diet yang seimbang dan sihat penting untuk mengekalkan tenaga dan menjaga kesihatan badan, terutamanya dalam bulan Ramadan. Susu mengandungi pelbagai nutrien penting seperti protein, kalsium, kalium, vitamin B yang boleh mengekalkan tahap tenaga dan menggantikan nutrien yang hilang sepanjang hari berpuasa,”

-kata Cik Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik &Undang-Undang, Fonterra Brands Malaysia

“Kami gembira melihat begitu ramai kanak-kanak dan keluarga datang untuk berbuka puasa dengan menikmati sajian berkhasiat. Kami bersyukur dengan kesudian Fonterra untuk menyediakan bubur lambuk dan pek Iftar dan membekalkan mereka dengan khasiat pemakanan yang sewajarnya sebagai sumber tenaga badan.”

-Tuan Haji Abdul Razak Bin Mohd Isa, Pengerusi Jawatankuasa Surau As Sahabah

Hari Susu Sedunia atau World Milk Day ialah inisiatif anjuran Pertubuhan Makanan dan Pertanian, sebuah badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Hari Susu Sedunia disambut di serata dunia dan mengiktiraf betapa pentingnya susu dan produk tenusu
sebagai sumber pemakanan bagi berjuta-juta orang di seluruh dunia. Semua produk Fonterra Brands Malaysia disahkan Halal oleh JAKIM. Antara yang sempat di rakam sewaktu pemberian bubur lambuk pada mereka yang memerlukan