Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ephyra Treasure Hunt: Kami Menang Tempat ke 3 | Bertempat di bangunan Puspanitapuri Precint 10 Putrajaya , kami seramai 27 blogger telah berkumpul seawal jam 8 pagi bersemangat untuk menyertai Treasure Hunt anjuran Ephyra. Disinilah kami bekumpul sementara menunggu yang lain sampai


ephyra_treasure_hunt (12)

Kebetulan pula KP berada di hospital menemani little princess selama 5 hari yang lepas, bila dapat pelunag ini KP tanpa berlengah setuju untuk menyertainya. Perkara pertama yang terlintas ialah siapalah team member dalam group KP nanti?. KP tidak boleh memilih siapa team member yang KP nakkan.

Poster-Ephyra-Treasure-Hunt-2014

Sedikit informasi tentang Ephyra Treasure Hunt. Ephyra dan team Denaihati berkolabarasi bersama untuk menjayakan treasure hunt hari ini. Oceanlife Marketing Sdn Bhd selaku pengedar produk Ephyra adalah sponsor t-shirt untuk hari itu.. Terima kasih buat abang Fendy dan Kak Nur Ain yang menumpangkan KP ke sini. Kalau KP drive seorang diri agaknya pukul 10 pun belum tentu sampai sebab KP memang tak biasa dengan area Putrajaya .Sebelum berlepas bergambr bersama team dan juga Pn Amiza.image

Gambar kenangan bersama Pn.Amiza. Dengar kata bru sahaja berhijrah, compare gambar yang sebelum dan selepas KP lagi suka dengan gambar selepas berhijrah nampak ayu lagi jelita. (sorry lari topik)image

Pengagihan team member, 7 kumpulan dan setiap kumpulan ada 4 team member. Ada juga satu team yang cuma 3 team member kerana seorang darinya tidak hadir. Alhamdulilah team kami EPHYRA TEAM 5  terdiri daripada Ejam, ciklilyputih dan emily  Ejam selaku driver dan Ketua kami. KP lak merangkap PA  Ejam ( katanya, mana tak on behalf upload insta while ejam drivin supaya boleh fokus pda pemanduan ).Emily dan Cik lily memang seronok  berganding bahu dengan mereka.  Hahahahaaaa…..imageSarapan pagi disediakan nasi goreng, air mineral, air soya YEOS dan semestinya Ephyra

image

Bergambar adalah wajib sebelum makanimagePengasas Ephyra iaitu Puan Amiza memberi sepatah dua kata dan juga objektif treasure hunt ini. Untuk memberikan kelainan pada treasure hunt kali ini, Pn. Amiza menggunakan nama bahan yang terdapat di dalam ramuan produk Ephyra. Semestinya untuk kumpulan kami, mohon yang paling senang di ingati dan disebuti dan diberi TOMATO. 5-taklimat-ringkas-kak-amiza-500x375

Task pertama

setiap ahli perlu membuat INSTAVIDEO tentang Ephyra. Readers boleh melihat INSTAGRAM untuk setiap instavideo blogger yang menyertai Ephyra Treasure Hunt di #Ephyratreasurehunt. Silalah ke Instagram @kitepunye ye untuk melihat video

Task ke dua

KP dan team perlu ke Taman Botani. Terlepas simpang dan perlu membuat satu pusingan sebelum masuk ke Taman Botani. Di Putrajaya ini, kalau tersilap lorong atau terlepas simpang kenalah pusing satu pusingan barulah boleh sampai ke destinasi.Di sini, semua jawapan perlu di cari di pokok-pokok ang berada disini. Berlarilah kami ke kiri ke kanan untuk mencari jawapan. Di tanya nama spesis pokok, nama tempatan dan juga nama saintifik. Dalam yang sama juga kami juga di perlukan ntuk mengupdate via social media sharing dan perlu mengupdate paling kurang 100 sepnajang treasure hunt di langsungkan. Jadi layankan sahaja gambar KP dengan board Ephyra ya10382745_10152223538473370_326768002453251038_n

imageSempat lagi ciklily candid kan .. Board Ephyra wajib ada di setiap gambar yang di ambil.. untuk social media sharing dan juga untuk kenang-kenangan

10390102_10203576584645626_5815901064046455043_n

Task ketiga,

KP dan team wajib berselfie di billboard Ephyra di tepi highway. Malu???……Malu letak ke tepi disebabkan ingin selesaikan tugasan yang di beri. Bukan senang tau, tengah panas mencari spot yang terbaik dan dengan hon -hon kereta sewaktu pengambaraan mini selfie berlaku

image

KP dan team menghala ke KLIA2. Wahh.. best sebab ini kali pertama KP menjejakkan kaki di sini. Kalau tidak kerana Ephyra Treasure Hunt mungkin ada di antara kami tidak berkesempatan untuk menjejaki kaki di sini.

image

Pemandangan yang sempat di ambil dari kereta. Cantik dan luas rupanya. Teruja nak masuk ke dalam dan lihat apa yang menarik

image

Task ke empat

Kami perlu ke Starbucks di KLIA2. Di sini kami berjumpa dengan organizer Eizil, MB dan juga Anarm. Untuk tugasan kali nie smuanya perlu dilakukan di dalam KLIA sahaja.

  • Bergambar di sign KLIA2

8-bergambar-di-klia2-500x375

  • Bergambar bersama pelancong asing

9-bergambar-dengan-pelancong-di-klia2-500x375

  • Perlu menerangkan tentang produk Ephyra kepada seorang lelaki melayu berbaju biru.

image

  • Perlu menerangkan tentang produk Ephyra kepada seorang perempuan berambut panjang berbaju turquiose

image

Selfie bersama team di KLIA 2image

  • Perlu buat cheer tagline TOMATO di hadapan 3 pelancong asing. Kebetulan ada pelancong dari Indonesia jadi team Tomato pun mempersembahkannnya. Siap dengan prop tomato ok. (idea KP, sorry geng jangan marah)

image

  • Perlu membawa makanan yang paling pedas di KLIA2. KP dan team cadangkan Shaolin Taiwan XXL Crispy Chicken with extra chili powder

10298794_10203576991175789_2963517030548587597_n

Sebelum bergerak kita ber-wefie dulu

Wefie-ephyra-klia2

Selesai sahaja task di sini, ke semua blogger bergerak sekali ke Petronas untuk menikmati makanan tengahari bersama sebelum meneruskan Task yang terakhir. Alhamdulilah sekali lagi , nasi ayam di hidangkan buat kami bersama air mineral dan juga air soya YEOS dan moga pihak organizer di murahkan rejeki.

10359254_10203185161084285_6225525486093297485_n

Seterusnya ke PICC pula untuk mengambil shuttle bus ke Karnival Jom Heboh. Berpusing juga mencari parking tapi tak jumpa juga.

image

Sementara menunggu team lain menghubungi pihak organizer kerana tak jumpa parking, ber selfie lagi di depan shuttle bus pula..Pihak organizer mengatakan tak perlu gunakan shuttle bus terus sahaja ke booth Ephyra

image

image

Kebetulan parking tiada dan oleh kerana penat segaa-galanya KP dan team sepakat untuk mencari parking mana yang kosong dan berjalan kaki ke booth. Penat juga menapak ada dalam 30 minit siap lagi kami berselfie dan juga melalui khemah Hari Belia, Khemah IM4U yang kebetulan di adakan di kawasan yang sama.

imageTeam Ephyrateam 5

Sampai sahaja di booth Ephyra

Task terakhir,

Bermain bola sambil menutup mata. Cara permainan kalah mati siapa yang goal dialah pemenang. KP dan Cililyputih mewakili team Ephyra 5. Sementara menunggu keputusan jom lah bergambar bersama Duta Ephyra Norman Hakim dan Memey
image

Keputusan sudah di kira dan berada di tangan Pn. Amiza. Memang di jangkakan Team Gluthatione memenangi tempat pertama. Hadiah sebanyak RM 2000 di menangi dan bersama produk Ephyra

pemenang-pertama-treasure-hunt-ephyra-1

Team Acai Beri memenangi tempat ke dua. Saingan sengit buat team kami.. Tahniah …Berdebar juga siapa yang dapat tempat ketiga
pemenang-kedua-treasure-hunt-ephyra-2

Kamilah yang memenangi tepat ketiga. Alhamdulilah berbaloi juga segala apa yang di lakukan pada hari ini. Kudos to Ephyra Team 5. Suka bangat dengan kamu semua.

pemenang-ketiga-treasure-hunt-ephyra-3

11-pemenang-tempat-ke-3-500x375

Selesai sahaja acara penyampaian hadiah para blogger pun ber – wefie. salah satu acara wajib

Wefie-ephyra

imagebergambar bersama “mock cheque”

Pada readers yang belum atau ingin mengetahui tentang Ephyra, silalah click di link di bawah

Website Rasmi Ephyra : oceanlife2u.com

Facebook Rasmi Ephyra : facebook oceanlife2u

Instagram Rasmi Ephyra :ephyra2u

Twitter Rasmi Ephyra : ephyra2u

EPHYRA

ephyra_ingredient2_20140227092355

Ephyra sesuai untuk di minum oleh
  •  Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahunkeatas)
  • Ibu menyusu dan hamil (6 bulankeatas)
  • Mereka yang pentingkan kecantikan, kesihatan luar dan dalam

Antara khasiatnya

  • Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  • Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  • Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  • Melegakan kesakitan sendi dan arthritis

Memang best bertreasure hunt besama blogger, dapat merapatkan silaturahim dan juga dapat melihat tempat orang. Harap dapat join lagi event ni di masa akan datang

credit picture : team denaihati, shakiddo, ciklilyputih. ejam dan others

artikel 2014. kenangan

#ephyratreasurehunt, #ephyrateam5,

logo

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge