EVENT

eCurve Meraikan Kanak-kanak Dari Angel Children’s Home Sempena Krismas

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari Krismas tinggal beberapa hari sahaja lagi dan eCurve mengambil insiatif untuk meraikan kanak-kanak dari Angel Children’s Home sempena hari perayaan yang bakal tiba. Kanak-kanak ini menerima layanan istimewa hari ini dimana pihak eCurve meraikan kunjungan mereka sempena kempen Hari Krismas yang bertemakan Misty Belle dan her BFF’s Come to Life

Seramai 17 orang kanak-kanak Angel Children’s Home bersama dua penjaga mereka sebaik melihat teruja dan gelak ketawa kedengaran apabila masing-masing bergilir-gilir mempertontonkan gaya mimikan seperti anak patung sesama kanak-kanak lain, daripada seorang

fesyenista – Style Goddesse4

Social Butterflye10 penggemar makan – Social Foodie
e8

penggemar gadget – Gadget Geek

e11

Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Kompleks eCurve berkata, “Memandangkan kempen kami pada tahun ini mengetengahkan persaudaraan dalam meraikan sambutan bersama, kami amat berbesar hati berkongsi suasana keriangan sambil bermain dengan kanak-kanak kurang bernasib baik yang didatangkan khas pada hari ini agar mereka juga boleh merasai satu keraian yang tidak akan dilupakan. e9Kami turut seronok dapat melihat senyuman di wajah mereka dan amat gembira kerana dapat berkongsi kemeriahan musim perayaan ini bersama mereka. Kami berharap agar setiap kanak-kanak Angel Children’s Home ini bergembira dengan program-program istimewa yang kami sediakan hari ini!” sebelum melancarkan kempen Misty Belle dan her BFF’s Come to Life

e2

Selesai sahaja pelancaran, kanak-kanak ini dihiburkan dengan persembahan dari Misty Belle dan her BFF’s.

Kanak-kanak terpesona dengan persembahan penuh imaginasi yang mengisahkan anak-anak patung comel itu menyambut musim perayaan ini, di samping paparan kostum-kostum penuh warna-warni dan gerak tari serta alunan muzik yang berjaya menarik penonton untuk turut menari bersama.e5

Tawa riang diteruskan apabila setiap kanak-kanak menerima sebuah beg hadiah, sumbangan eCurve. Kunjungan itu diakhiri dengan sajian makan malam berupa ayam goreng ala Korea yang enak, ditaja bersama oleh Pelicana Chicken.e12

Lihat sahaja muka kegembiraan kanak-kanak apabila mereka diraikan e6

 

Peraduan Instagram

Para pengunjung ke eCurve berpeluang untuk merasai kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan sempena sambutan Hari Krismas dari 25 November 2016 hingga 1 Januari 2017. Sepanjang kempen berlangsung, para pengunjung yang berbelanja minimum RM200 dalam maksimum dua resit dari mana-mana kedai di eCurve layak membawa pulang seekor mainan lembut Chistmas Cuddly Bear. Kesemua penebusan tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

e3

Inginkan maklumat lanjut jangan lupa layari di

Website eCurve

Facebook eCurve