EVENT

Dissendium Theater, Kini di Melaka

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“The Most Important Thing In Life Is To Stop Saying “I Wish” & Start Saying “I Will” by David Copperfiled

Siapa tidak kenal dengan David Copperfiled diantara ahli silap mata yang terkenal di serata dunia. Ingin KP berkongsi dengan anda semua di mana Dissendium Magic Theater kini berada di Melaka di mana pelbagai ahli silap mata yang berbakat besar akan turut bersama untuk membuat persembahan untuk para pengunjung.

Dissendium Magic Theater Dissendium Magic Theater Dissendium Magic Theater Dissendium Magic Theater
Baru- baru ini KP telah di jemput untuk turut sama menyaksikan antara sedutan persembahan silap mata dari ahli silap mata yang berbakat besar secara live di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Pastinya ada yang tidak mempercayainya tetapi percayalah kerana KP antara saksi yang menyaksikannya. Ini adalah di antara persembahan pertama di Asia Tenggara di mana “The First in South East Asia Bus Levitation Show “ di pra tontonkan.
 Dissendium Magic Theater Dissendium Magic Theater

Bus Levitation adalah keajaiban di mana artis Jenvine Ong memegang bas dengan satu tangan dan terapung jua terbang melalui seluruh bandar Kuala Lumpur dengan beliau bersebelahan dengan sebuah bas. Aksi ini dikatakan terkenal di kalangan semua ahli silap mata. KP terpaku dan termangu sebentar sama seperti pejalan kaki yang menyaksikan dengan mata mereka sendiri. Terkejut, takut dan rasa risau kerana mungkin mereka jatuh sewaktu perjalanan ?

Dissendium Magic Theater Dissendium Magic Theater Tak ke terpegun, termangu sebentar seperti tidak percaya !!! Tetapi bila di pandang dan di lihat dengan jelas memang ianya betul tiada sokongan yang di pasang untuk membuat aksi ini Dissendium Magic Theater Dissendium Magic Theater
Dua aksi ini di antara persembahan silap mata yang dibawakan oleh Dissendium Sdn Bhd menerusi Dissendium Theater, menantikan para pengunjung di sana

Sedikit informasi tentang Dissendium 

Dissendium Magic Theater
 Dissendium Magic ini bakal dipersembahkan di Melaka terletak di Melaka bersebelahan dengan Restoran Nyonya Cuisine mampu memuatkan sehingga 350 pengunjung. Selain daripada keluasan dewan teaternya yang agak luas, ruang parking juga agak besar boleh memuatkan banyak kenderaan. Jadi tidak perlu risau untuk pengunjung mendapatkan tempat meletak kereta.

 Ahli-ahli silap mata ini bakal mempersembahkan kebolehan dan bakat mereka di Melaka. Ianya bakal menggabungkan ahli-ahli silap mata yang terkenal dan terbaik dari negara seperti Jerman, Thailand mahupun Malaysia. Beberapa aksi menarik dari ahli silap mata Dissendium boleh dilihat di bawah
Dissendium Magic Theater
Dissendium Magic Theater Dissendium Magic Theater

Maklumat tentang Dissendium Magic Theater:

Alamat: No.178, Jalan Parameswara, 75000 Melaka
Talian Am: 06-5125 055/088
Tempahan Hotline: 017-260 2088
Dissendium Magic Theater Dissendium Magic Theater Dissendium Magic Theater

Pada yang ke Melaka untuk cuti-cuti nanti, jangan lupa singgah ke Dissendium Theater untuk menyaksikan persembahan magic yang bakal memikat dan memberi kejutan pada anda. Untuk dapatkan informasi terkini, anda bolehlah ke

Website: Dissendium

#kitepunye #kitepunyedotcom #dissendium #magic #buslevitation