EVENT

“Confident Swimming Babies & Water Safety” Workshop Bersama Bryan Yap

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

“Confident Swimming Babies & Water Safety” Bengkel Bersama Bryan Yap

Tahukah anda dimana kanak-kanak memang gemar bermain air tidak kira usia mereka . Tanpa pengawasan ibu-bapa pelbagai kejadian boleh berlaku sekelip mata walau dimana berada tidak kira didalam bilik air, kolam renang, air terjun ataupun mana-mana kawasan air. Bercakap tentang bengkel “Confident Swimming Babies & Water Safety” sebenarnya ia dapat membantu para ibu-bapa tentang keyakinan untuk baby berenang dan juga sentuhan tentang keselamatan didalam air

"Confident Swimming Babies & Water Safety" Workshop Bersama Bryan Yap

Hujung minggu yang lepas KP berkesempatan bersama rakan blogger yang lain menyertai bengkel ini. Bengkel ini telah diadakan di The Parenthood Sunway Pyramid berkolaborasi bersama Cheekaaboo. Mr Bryan Yap sebagai penceramah bakal berkngsi dengan para tetamu yang hadir hari ini. Untuk pengetahuan anda semua, Bryan Yap (BY) adalah salah seorang tenaga pengajar dalam keals renang dan mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman.

"Confident Swimming Babies & Water Safety" Workshop Bersama Bryan Yap

Sebelum bermula bengkel , KP sempat meninjau pakaian renang keluaran Cheekaaboo untuk melihat sendiri kualiti yang digunakan seperti yang diceritakan oleh rakan-rakan lain"Confident Swimming Babies & Water Safety" Workshop Bersama Bryan YapAnak anda masih baby lagi takut tiada size unuk pakaian renang?? Anda sebenarnya silap dimana ada sahaja saiz untuk mereka. Seperti yang ini untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahin ke bawah . Comel design pada pakaian ini dan warna pun terang. Seperti ingin sahaja KP memilikinya"Confident Swimming Babies & Water Safety" Workshop Bersama Bryan Yap

Di alam persekolahan anak-anak mempunyai peringkat pembelajaran yang perlu dilalui mengikut umur. Begitu juga dengan sukan renang. Tidak semestinya usia anak anda dibawah setahun, mereka tidak boleh mempelajari kelas renang. Pelajaran akan diajar mengikut berperingkat agar tidak terkena “cultural shock”.
"Confident Swimming Babies & Water Safety" Workshop Bersama Bryan Yap

Di bengkel yang ceria ini kami berkongsi tips bagaimana untuk memupuk minat / mengetahui sama ada anak anda berminat untuk mempelajari kelas renang atau tidak. Satu demi satu lanhkaj diperkenalkan agar para tetamu memahaminya. 

Pepatah ini telah dikongsi oleh BY sendiri dimana

“Teach your children the right thing at the right time”

Kena ada perasaan yakin untuk mereka mencuba berenang. Seperti contoh

  • Untuk usia baby kenalkan dengan bunyi air . Persekitaran perlulah dalam keadaan suhu bilik. Masa ditanya suhu bilik untuk bayi berapa ,masing masing kelihatan pandang kiri mahupun kanan. Ini kerana kebiasaan yang kita tahu ialah 37c untuk dewasa dan 32c pula untuk anak-anak.
    "Confident Swimming Babies & Water Safety" Workshop Bersama Bryan Yap
  • Kata-kata sokongan atau dorongan . Ini memang wajib ada dan perlu dilakukan oleh setiap ibu atau ayah kerana apabila kita memberi kata-kata ini secara tak langsung ianya merapatkan hubungan antara kekeluargaan
    "Confident Swimming Babies & Water Safety" Workshop Bersama Bryan Yap
  • Tips lain yang di kongsikan adalah seperti

Contohnya dengan menggunakan sebuah cawan kita jirus muka bayi seperti langkah berikut:-

  1. Isikan air dalam satu bekas/cawan – jangan terlalu panas atau terlalu sejuk
  2. Tunjukkan cawan atau alatan yang bakal digunakan pada baby
  3. Mulakan dengan kata-kata seperti (nama anak), sedia , mula…. !!!
  4. Tuang atau jiruskan air didalam cawan/alatan tadi ke muka bayi dengan perlahan-lahan

*Kelihatan rakan blogger dan para tetamu mencuba langkah-langkah yang ditunjuk ajar oleh BY
"Confident Swimming Babies & Water Safety" Workshop Bersama Bryan Yap

Water Safety atau keselamatan air seperti pastikan bermain dikawasan yang sepatutnya. Pastikan ada barier/had kurungan agar anak anda tidak terlepas ke kawasan tinggi atau terlepas pada kawasan dewasa.
Selain itu Mr Bryan Yap juga menunjukkan cara melakukan CPR (teknik pernapasan) kepada bayi. Cara memberi tekanan dan hembusan yang betul. Ianya perlu dilakukan cara yang lembut. Dengan hanya menggunakan 2 jari tekan di bahagian dada (ditekan secara lembut dan konsisten), dan hembus nafas (udara) secara perlahan di mulut.
Selain daripada itu, ibu bapa juga perlu prihatin tentang kawasan anak mereka bermain air. Samada di dalam rumah (bilik air) mahupun di luar rumah seperti kolam mandi, air sungai, air laut dan sebagainya. Ini terutama dari segi isu klorin, kebersihan dan lain-lain. Perlu juga awasi anak-anak ketika mereka bermain air. Sekiranya kelibat mereka hilang terus buat carian didalam kawasan air kerana ditakuti mereka akan lemas.
"Confident Swimming Babies & Water Safety" Workshop Bersama Bryan Yap

Jadi jangan lupa untuk layari

Facebook Cheekaaboo : https://www.facebook.com/Cheekaaboo/