EVENT

Citta Mall Menyambut Tahun Baru 2017 ’16 Going To 17′

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

c9

Citta Mall bakal menyambut tahun baru 2017 dengan tema ’16 Going To 17′. Para pengunjung yang datang bukan sahaja menyambutnya dengan riang dan gembira tetapi dengan kemeriahan bunga api sewaktu jam menunjukkan 12 tengah malam. Sambutan kali ini bakal dimulakan dari jam 8 malam dan pelbagai karnival jualan ada di buka sewaktu sambutan tahun baru diadakan. Dengar cerita harga yang ditawarkan harga runtuh dan bakal dimiliki oleh anda semua jadi kena bawa duit lebih ye
c11 KP dan rakan media yang lain dijemput hadir pada malam media sempena tahun baru di Citta Mall . Ingin KP kongsikan dengan anda dimana New Year Countdown Party di Citta Mall bakal dimeriahkan dengan pelbagai artis Malaysia dari jam 8malam  hingga tengah malam. Dari mereka yang pakar dalam beatbox, penari, penyanyi malah pengacara yang terkenal antara mereka yang terlibat. Bakal berlangsung di tempat letak kereta Citta Mall pastinya dapat memuatkan lebih dari 1,000 pengunjungc8Di malam itu juga dikatakan ada cabutan bertuah .. Mungkinkah handphone yang bakal anda menangi ataupun percutian mahupun voucher ? Semua bakal terjawab pada malam tersebut. Semua selebriti dan artis yang bakal ada pada malam tersebut  turut hadir bersama pada malam bersama media. Mereka ialah Dina Nadzir, Shawn Lee, Baki Zainal, An Honest Mistake, Alvin Lee dan Rejuvenate Dance Crew. Jom kenali mereka dengan lebih dekat nak !!c10

Selebriti yang hadir

Rejuvenate Dance Crew

Team atau kumpulan penari yang berbakat dalam pelbagai jenis tarian . Kumpulan ini juga sudah memenangi beberapa pertandingan tarian bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara juga. Ditubuhkan pada tahun 2010, memastikan persembahan yang terbaik dari mereka dan antara pencapaian yang telah dimenangi pada tahun ini

2016
Astro Battleground 1st Runner-Up
DongZhen Street Dance Showcase Champion
Gatsby Asia Pacific Dance Competition 2015 Champion & Malaysia Represent to Tokyo, Japan
ELITE International Dance Competition Manila 2016
3rd Runner-Up

2012
Rock! Just Dance Competition, Champion
BeatStreet Dance Championship, Champion
Super Dance Group Competition, 2nd Runner-Up
c4

Alvin Lee

Alvin Lee adalah antara artis Youtube yang popular dan dikatakan mempunyai suara yang merdu dan lunak bakal mencairkan hati wanita-wanita diluar sana . Betul ke ?

c5

Baki Zainal,

Siapa yang tidak kenal dengan Baki Zainal adalah satu kerugian!! Yang penting Baki akan mengacarakan New Year Countdown Party dengan tema 16 Going To 17. Pada yang mengenali Baki, pastinya anda tahu yang beliau boleh berbahasa Melayu. English dan Cina  Yang menarik di mata KP ialah petuturan bahasa cina yang disebut dari Baki seolah-olah beliau adalah seorang berbangsa Cina sedangkan beliau berbangsa Melayu. Mempunyai cara yang tersendiri untuk mengacara dan akan memastikan para pengunjung yang hadir akan bergembira sepanjang malam. Boleh sahaja google Baki Zainal dan pastinya anda setuju dengan apa yang KP katakan

c7 Shawn Lee

Mempunyai keunikannya tersendiri dimana boleh membuat beatboxing. Kalau nak dengar kenalah turun ke Citta Mall pada 31 Disember 2016 nanti. oh ye Shawn Lee antara Top 4 in Beatbox Battle World untuk tahun 2012

c2 Dina Nadzir,

Pertandingan Malaysian Idol 2004 , beliau berjaya mendapat naib johan dan disini bermula titik kariernya. Walaupun kekadang nampak kasar tetapi tahukah anda yang beliau telah memenangi 2 x Annual World Championships of Performing Arts) di Los Angeles. Pada malam New Year Countdown Party di Citta Mall nanti, beliau bakal menyanyikan beberapa lagu dan mungkin juga single terbaru beliau. Buat anda yang tertanya- tanya siapakah dia beliau juga adalah penyiar di radio Era FM.
c1

Malam bersama media bukan terhenti disini sahaja. Disajikan dengan hidangan dari Mr, Dakgalbi & Flickers dimana hidangan ini adalah yang best dan sedap. Yes … buat anda yang nak meminati makanan Korea Mr Dakgalbi ada sahaja di Citta Mall ini
c12

Tteok-bokkic14 signature cheese ring dakgalbi with octopusc17 Spaghetti Aglio Olio dari Flickers

c13

Untuk anda semua digalakkan hadir awal supaya mengelak dari kesesakan lalu lintas ye.

Maklumat terkini, klik sahaja di : Facebook Citta Mall

Jom layan video khas ini dari para selebriti yang bakal hadir

PS: CITTA Challenge bakal diadakan pada 30 Disember 2016  sehingga 1 Januari 2017. Senang sahaja dimana  terdapat stesen mainan sebelum layak untuk membuat pusingan roda untuk memenangi hadiah menarik termasuk la barangan menarik dari Harvey Norman.