EVENT

Chichi & Chacha Musim ke-3 Kembali 18 Mac 2017

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Chichi & Chacha Musim ke-3 Kembali 18 Mac 2017Siri animasi 3D ‘edutainment’ pertama di Asia untuk kanak-kanak, Chichi & Chacha kini kembali lagi untuk menghibur sambil mendidik kanak-kanak dengan kandungan yang lebih hebat dan lebih menarik untuk musim ketiga bermula 18 Mac 2017 jam 9.30 pagi di slot Bananana TV3. Chichi & Chacha yang dicetuskan untuk menarik perhatian minda kanak-kanak menggabungkan pelbagai elemen hiburan dan pendidikan menampilkan empat hos selebriti muda yang berinteraksi dengan watak-watak animasi 3D yang hidup di hutan magika sambil memperkenalkan nilai-nilai kehidupan dan pengetahuan am.

Chichi & Chacha Musim ke-3 Kembali 18 Mac 2017

Disasarkan pada kanak-kanak tadika hingga sekolah rendah (6 – 8 tahun), Chichi & Chacha bertujuan untuk mewujudkan kandungan cerita 360 darjah di pelbagai platform disamping melengkapkan penonton dengan kemahiran hidup dan tanggungjawab yang diperlukan untuk menghadapi cabaran harian di dunia hari ini.

“Rancangan televisyen memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Justeru itu, adalah sangat penting untuk semua pihak memainkan peranan masing-masing di dalam konteks pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang akan menjadi generasi pelapis masa depan negara. Selaras dengan nawaitu kami iaitu ‘Nurturing Future Leaders’, Chichi & Chacha memilih untuk memperkasakan peranan kami dengan menawarkan satu rancangan kanak-kanak yang berkonsepkan ‘edutainment’ yang holistik dan bukan hanya memberi tumpuan pada nilai-nilai komersil,”

Chichi & Chacha Musim ke-3 Kembali 18 Mac 2017

“Chichi & Chacha menawarkan peluang pembelajaran kepada kanak-kanak melalui persekitaran pembelajaran yang bermakna menerusi main dan keseronokan. Asas kepada penghasilan Chichi & Chacha adalah menerusi nilai-nilai teras FIKIR – FUN, INTEGRITY, KNOWLEDGE, INSPIRING & REVOLUTIONARY.”

ujar Puan Farah Mahami, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Educate to Learn Sdn. Bhd.

Setelah berjaya mencapai 6.1 juta penonton di seluruh negara dengan Chichi & Chacha Musim ke-2, Big Fish Media kini menawarkan siri ini untuk penonton TV3 bagi capaian penonton yang lebih meluas dan kandungan yang lebih relevan untuk penonton muda di slot Bananana. Dengan suntikan kandungan ASEAN yang memperkenalkan budaya dan gaya hidup negara-negara ASEAN, penampilan tetamu khas dalam setiap episod dan penampilan hos baru, Shada; Chichi & Chacha.

Chichi & Chacha Musim ke-3 Kembali 18 Mac 2017

Musim ke-3 ini turut meraikan kemajuan dan pencapaian belia muda Malaysia. Bukan itu sahaja, tahun 2017 adalah tahun bagi Chichi & Chacha mengembangkan kandungannya ke luar kotak televisyen. Siri ‘edutainment’ 10 episod Chichi & Chacha Musim ke-3 bukan sahaja boleh ditonton melalui televisyen, Big Fish Media dengan sukacitanya memperkenalkan sebuah portal atau kedai atas talian (www.chichidanchacha.com.my) yang merangkumi video eksklusif Chichi & Chacha, saluran YouTube berkonsepkan seni dan kraf serta kit pembelajaran untuk kanak-kanak.

Jangan lupa untuk menonton siaran perdana Chichi & Chacha Musim ke-3 pada hari Sabtu, 18 Mac 2017, jam 9.30 pagi hanya di Bananana TV3

Website Chichi & Chacha : www.chichidanchacha.com.my

Facebook Chichi & Chacha: https://www.facebook.com/chichiandchacha