EVENT

Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016 Kembali Lagi

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016

Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016 kembali lagi. Kali ini Nivea Men mengajak para jejaka untuk menyahut cabaran menentang perpeluhan melalui kempen Cool Kick – 3X Dryness. Kempen unik ini bertujuan untuk mencabar para lelaki, sama ada dalam bentuk digital ataupun secara perlawanan on-ground, bermula dari Januari hingga Mac 2016.Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016

 

Direka untuk memenuhi keperluan setiap jejaka masa kini, cabaran ektsrem ini juga adalah medan untuk para jejaka mengekspresikan keyakinan diri melalui permainan yang sungguh menarik dan mendebarkan. Acara ini juga dicipta selaras dengan ciri-ciri lelaki NIVEA MEN masa kini. Di samping itu, aktiviti ini juga turut dijadikan sebagai kempen tahunan di mana para peserta akan diuji dengan hebat akan sejauh mana kemampuan mereka dalam melindungi diri daripada ancaman perpeluhan.Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016

“Cabaran 3X Dryness 2016 ini direka bukan sahaja sebagai satu aktiviti yang menyeronokan, malah ia juga bertujuan untuk mengetengahkan satu permasalahan yang dikongsi oleh ramai lelaki, sekaligus turut menjejaskan keyakinan mereka dalam kehidupan seharian. NIVEA MEN Cool Kick dengan inovasi canggih dengan kuasa kawalan peluh dan formula cool care berupaya untuk memberikan anda 3x kekeringan dan kedinginan maksima. Ini dapat membolehkan para jejaka kekal yakin dan selesa sepanjang hari walaupun ketika berada di dalam cuaca yang panas,” kata Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia dan Singapura di acara kemuncak Cabaran NIVEA MEN Cook Kick 3X Dryness.

Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016

Cabaran ini menggambarkan keperibadian moden NIVEA MEN dan direka mengikut keperluan setiap lelaki. Permainan ini memerlukan dua pasukan dengan tiga orang ahli untuk menyerang pasukan lawan menggunakan bola yang mewakili ancaman yang paling utama di kalangan lelaki terutama sekali yang aktif – peluh – dengan menggunakan bola. Dry shield yang dibekalkan kepada setiap ahli pasukan berfungsi sebagai pelindung. Di akhir permainan ini, pasukan yang berjaya  mempertahankan diri mereka menggunakan dry shield secara efektif akan memenangi perlawanan tersebut.

Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016

Cabaran 3X Dryness ini telah dibuka kepada para pengguna melalui penyertaan digital juga di gelanggang. Pengguna boleh menyahut cabaran tersebut secara digital melalui laman Facebook NIVEA MEN Malaysia di mana pengguna akan turut berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM90,000 bagi cabaran digital atau di tapak perlawanan.

Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016

Acara perlawanan kemuncak telah diadakan di Sunway Pyramid, LG2 Blue Concourse dengan hadiah-hadiah lumayan berjumlah RM30,000. Pengacara radio popular Malaysia Haniff Hamzah dan pelakon merangkap juara Fear Factor Malaysia Hairul Azreen turut sama mengambil bahagian dalam cabaran tahun ini.

Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016

Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016 

Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016

Sebanyak 64 pasukan telah bertarung dalam pusingan penyingkiran pada 26 Mac dan 16 pasukan telah berjaya untuk mara ke pusingan separuh ahkir pada 27 Mac 16 pasukan di peringkat teratas yang telah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir seterusnya bertarung untuk melayakkan diri ke peringkat 4 teratas. Kini, 4 pasukan teratas tersebut akan melengkapkan perjuangan mereka ke Perlawanan Akhir bagi merebut 3 hadiah utama.

Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016

Hadiah Utama bagi Cabaran 3X Dryness ialah wang tunai sebanyak RM 10,000 bagi setiap pasukan manakala hadiah tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM5,000 dan RM3,000 setiap pasukan. Setiap pasukan yang menang turut membawa pulang produk NIVEA berjumlah RM250.

Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016 Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016

Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016 bersama blogger

Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016

Semasa acara kemuncak berjalan, 6 blogger bertuah turut diberikan peluang untuk menyertai Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016 melalui satu perlawanan persahabatan. Pasukan yang berjaya akan berpeluang untuk bertarung dengan pasukan Haniff Hamzah. Di samping itu, setiap blogger yang mengambil bahagian dalam cabaran ini juga mendapat saguhati dari pihak NIVEA MEN dalam bentuk produk bernilai RM150.

Team Girlz Rawk 

Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016 Lihat sahaja kak Ayu beraksi Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016 Kamilah juara tahun ini Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016. Jangan di sangka gegirl tak boleh main tau . Persaingan yang sengit tapi penuh dengan aksi suspen dan melucukan. Apa pun terima kasih sekali lagi atas jemputan dan juga pihak Nivea Men kerana memberi peluang untuk kami turut sama dalam Cabaran Nivea Men 3X Dryness 2016. Ingat Nivea Men ingat 3X Dryness yeaCabaran Nivea Men 3X Dryness 2016

#kitepunye #kitepunyedotcom #niveamen #3xdrynesschallenge2016 #niveamenchallenge