EVENT

BYOB2 (Bring Your Orange Bag) 2016 Guardian Kembali Lagi

oleh

Assalamualaikum dan Salam SejahteraBYOB2 (Bring Your Orange Bag) 2016 Guardian Kembali Lagi

 

BYOB2 (Bring Your Orange Bag) 2016 Guardian kembali lagi dan kali ini dengan design yang menarik dan tertarik untuk para pengguna sempena dengan Hari Alam Sekitar 2016 di mana ianya masih mengekalkan warna Guardian iaitu warna oren. Beg guna semula ini boleh didapati di semua gedung Guardian dari 29 Oktober hingga 31 Disember 2016

 

BYOB2 (Bring Your Orange Bag) 2016 GuardianBYOB2 (Bring Your Orange Bag) 2016 Guardian Kembali Lagi

Kali ini BYOB2 (Bring Your Orange Bag) mendapat sentuhan dan direka khas oleh bekas peragawati Perancis yang kini terkenal dengan fesyennya. Siapa yang tidak kenal dengan Sydonie Apparel iaitu milik Marie Sydonie. Sempena pelancaran, Miss Sydonie sempat berkongsi tentang inspirasi BYOB2 (Bring Your Orange Bag) . Di jemput juga Pengarah Program EcoKnights, Fadly Bakhtiar, untuk memberikan penerangan lanjut tentang program ‘Daripada Sampah kepada Taman’ kendalian pertubuhannya.

BYOB2 (Bring Your Orange Bag) 2016 Guardian Kembali Lagi
“Di Guardian, kami sentiasa berusaha untuk membawa pengalaman membeli-belah yang terbaik menerusi produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi serta kakitangan yang berdedikasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik. Kami juga mengambil berat terhadap alam persekitaran serta ekosistem. Atas sebab itu, kami menggalakkan pelanggan kami menggunakan beg guna semula Guardian yang bergaya serta tahan lasak berbanding beg plastik,” ujar Pengarah Pemasaran Guardian, Christina Low.
 BYOB2 (Bring Your Orange Bag) 2016 Guardian Kembali Lagi
Menurut Low, beg oren Guardian dihasilkan daripada dana yang dikumpulkan menerusi kempen ‘Hari Tiada Beg Plastik’. Pada tahun ini, sejumlah 25,000 beg disediakan untuk pelanggan Guardian yang prihatin terhadap alam sekitar. Penerima sumbangan daripada kempen BYOB tahun ini ialah Dignity for Children Foundation, badan kebajikan pilihan pereka fesyen Sydonie; manakala Guardian memilih EcoKnights, sebuah NGO yang berkhidmat kepada masyarakat menerusi program berasaskan pembangunan yang memberi tumpuan terhadap alam sekitar,termasuk program pendidikan dan kesedaran, penyelidikan, program melibatkan orang awam serta rundingan. Untuk setiap beg yang ditebus, Guardian akan menyumbang RM1 kepada setiap satu daripada pertubuhan-pertubuhan tersebut.
 BYOB2 (Bring Your Orange Bag) 2016 Guardian Kembali Lagi
Inisiatif BYOB telah julung kali dilancarkan oleh Guardian pada tahun lepas dengan tiga siri beg guna semula yang direka khas untuk melambangkan tiga aspek penting dengan nilai-nilai Guardian yang di beri nama Trust (Kepercayaan), Passion (Kesungguhan) and Inspiration (Inspirasi).
“Guardian sentiasa mencari jalan untuk menawarkan pengalaman kesihatan dan kecantikan terbaik kepada pelanggan kami menerusi kempen yang bermakna. Lebih penting lagi, kami ingin membantu rakyat Malaysia kekal sejahtera, tampak cantik dan hidup sihat. Kami akan terus membawakan pengalaman beli-belah unik menerusi produk dan kempen promosi kami,” tambah Low

Cara mendapatkan BYOB2 (Bring Your Orange Bag)

BYOB2 (Bring Your Orange Bag) 2016 Guardian Kembali Lagi
Para pelanggan Guardian di seluruh negara yang mempunyai kad CIMB berpeluang memiliki satu beg oren secara percuma dengan pembelian bernilai RM120 dan ke atas di dalam satu resit. Bagi para pelanggan yang memiliki kad bank selain daripada CIMB juga turut berpeluang memiliki beg oren ini secara percuma dengan hanya membuat pembelian sebanyak RM180 ke atas didalam satu resit.
BYOB2 (Bring Your Orange Bag) 2016 Guardian Kembali Lagi
Lihat sahaja design beg yang cantik di reka khas oleh Miss Sydonie
BYOB2 (Bring Your Orange Bag) 2016 Guardian Kembali LagiSenang dan mudah BYOB2 (Bring Your Orange Bag) kerana ianya boleh dilipat kemas dan dibawa didalam tas tangan mahupun ditinggalkan didalam kereta. Ia bukan sahaja digunakan di Guardian tetapi boleh sahaja diguna dimana-mana terutama sekali pada hari Sabtu . Hari Tiada Plastik Sedunia
BYOB2 (Bring Your Orange Bag) 2016 Guardian Kembali Lagi
Jadi pada anda semua apa lagi jangan lupa dapatkan BYOB2 (Bring Your Orange Bag) 2016 kali ini. KP pun nak ke Guardian shopping agar dapat beg kitar semula ini . Tak payah lagi nak bayar RM 0.20 untuk plastik dan dijamin barang tak jatuh melainkan tali putus kan .
#kitepunye #kitepunyedotcom #bringyourbag #byob2 #guardian