EVENT FESYEN

Butik Maqilla Kini Beroperasi Di Jalan Pahang

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Butik Maqilla kini beroperasi di Jalan Pahang. Yes.. Sekarang anda tidak perlu risau dan gusar di mana anda boleh mendapatkan pakaian muslimah dari butik Maqilla di Jalan Pahang (di bangunan KPJ Tawakal lama) . Alhamdulilah, KP di beri kesempatan untuk turut serta dalam majlis pelancaran yang gilang gemilang dihadiri oleh beberapa VVIP seperti YB Mas Ermiyati , Fara Fauzana dan tetamu jemputan . BUTIK MAQILLA nama diberi adalah nama gabungan dari 2 pemilik butik ini.  Butik Maqilla Kini Beroperasi Di Jalan Pahang

Informasi tentang Butik Maqilla


Ianya tertubuh daripada dua sahabat baik iaitu Datin Nur Aqilah Datuk Khalil dan Wan Irmawati Idayu Rosli dimana mereka berdua amat meminati fesyen. Idea tercetus untuk membuka apabila mereka berdua merupakan salah seorang pelanggan setia House of Cosry. Ini juga diantara sebab mengapa mereka menubuhkan butik Maqilla dan telah mendapat bantuan dari Putra Aziz iaitu Creative Director House of Cosry. 

Pakaian muslimah antara koleksi yang di pertengahkan di Butik Maqilla. material , fabrik mahupun design yang di reka adalah ekslusif hanya terdapat di sini. Setiap helaian di reka dengan penuh ketelitian agar si pemakai nampak cantik, selesa mahupun elegan apabila menggayakannya. Tidak semestinya yang muda sahaja boleh memakainya malah kami -kami yang di pertengahan usia ini pun sesuai . Dari cardigan, seluar, palazzo, skirt labuh, blouse , tudung/shawl ,jubah dan pelbagai lagi koleksi ada di sini.

Seperti blouse labuh
Blouse Tudung /Shawl

Koleksi pakaian muslimah Butik Maqilla

Antara koleksi yang diperagakan oleh model untuk tatapan kami para tetamu ialah

Warna pastel digabungkan dengan warna hijau dari jauh sudah menarik perhatian Seluar seakan skirt menarik perhatian KP untuk shopping Baju untuk raya pun ada.  Yang ini memang menarik hati KP seawal model ini masuk . Top berwarna hijau dipadankan dengan seluar putih memang kombinasi cantik Pakaian muslimah yang direka memang nampak selesa. Oh ya untuk anda yang free hair pun boleh sahaja memilikinya Model Tuti sedang mengayakan (kalau tak silap baju kedah) .. 

Jadi kalau tanya KP memang berbaloi untuk membeli pakaian muslimah di sini. Size nya pun ada untuk kite yang bersaiz comel. Yang penting ialah kombinasi warna yang di gunakan pada rekaan memang vavavooom…. KP dah sempat sambar 1-2 helai anda tak nak ke ????


So kalau nak ke sini ini alamatnya:

Butik Maqilla
Address :  KPJ TAWAKKAL HEALTH CENTRE, Kuala Lumpur
 (Bangunan KPJ yang lama berdepan dengan Jalan Pahang)
IG : https://www.instagram.com/maqilla_rtw/
Contact no : +603 4031 1785
Operation hours : Dibuka setiap 10am – 7pm (kecuali hari rabu)