EVENT

Burger Kat Mane , Laman Web Portal Buat Penggemar Burger

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Burger Kat Mane? Apa tu, persoalan atau pertanyaan? Dedua pun bukan kerana buat anda penggemar burger kini ada laman web portal terbaru. Pelancaran rasmi laman web Burger Kat Mane?,www.burgerkatmane.com.my  kini siap sedia menerajui usaha pengusaha burger untuk menaikkan taraf bisnes ke tahap yang lebih tinggi.

Laman ini menawarkan pelbagai kebaikan dan juga peluang buat para pengusaha burger. Antaranya adalah pengusaha yang berkemampuan boleh mengadakan publisiti mahupun tawaran kepada pelanggan melalui laman web Burger Kat Mane?. Ini dapat membantu mereka dalam menjimatkan masa,tenaga,mahupun kos jika menggunakan social media sendiri.

Pengurus Jualan UFS Malaysia iaitu Angeline Ho berkata:

“Selain dari ciri B2B, aplikasi unik ini membolehkan orang ramai untuk mengambil bahagian dengan ciri ciri mudah guna. Pengusaha mahupun pelanggan senang mendaftarkan diri.Pelanggan boleh menggunakan aplikasi canggih ini untuk mengunjungi pilihan burger tempatan atau bereksplorasi mencari sendiri kerana laman ini berdasarkan lokasi berpeta.

Para pelanggan boleh menilai dan memberi pendapat melalui Facebook di laman Burger Kat Mane selepas menikmati hidangan

Bagi Nusrat Perveen, Ketua Negara UFS berkata:

“Menikmati hidangan burger sudah menjadi satu gaya hidup untuk ramai rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Pengusaha burger juga sering mempamerkan kreativiti dan inovasi mereka untuk membuat persembahan burger yang bukan sahaja lazat tetapi unik dalam membezakan dari pesaing lain.

Bahan-bahan seperti Lady’s Choice MayoMagic digunakan dalam burger untuk menggalakkan penyediaan makanan yang membawa kepada gaya hidup sihat dari sumber sumber yang segar dan berkualiti

Unilever Food Solutions adalah sebuah syarikat berinspirasi global terdiri daripada tenaga kerja yang berbakat, profesional dan bersifat keusahawanan serta bekerjasama dengan cef dan rakan kongsi pengedaran setiap hari.

Dalam budaya positif dan terbuka ini kita mencari inspirasi setiap hari, memberi kuasa kepada pihak majikan dan setaf untuk membuat perbezaan yang lebih besar di setiap peringkat dalam organisasi. Jadi jangan lupa untuk mencuba dan memberi pendapat selepas menggunakan Burger Kat Mana