EVENT TERKINI

Breeze Memeriahkan Aidilfitri Kali Ini Dengan Menyumbangkan Baju Raya Kepada 367 Kanak-Kanak

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Breeze Memeriahkan Aidilfitri Kali Ini Dengan Menyumbangkan Baju Raya Kepada 367 Kanak-Kanak

Menjelang tibanya Hari Raya, dan berbekalkan semangat berkongsi dan memberi pada bulan Ramadan ini, Breeze telah menganjurkan sesi membeli- belah istimewa sempena Hari Raya untuk kanak-kanak kurang bernasib baik dari lima rumah anak yatim di Mydin Subang Jaya. Kesemua kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 17 tahun itu diberi layanan istimewa di mana mereka memilih baju Melayu dan baju kurung baharu mengikut pilihan masing- masing. Aktiviti ini diadakan sempena kempen Ramadan Breeze bertujuan untuk mengumpul sumbangan bagi membolehkan 367 kanak-kanak dari rumah anak yatim terpilih memiliki sepasang Baju Raya baharu.

Acara membeli-belah ini disertai 71 daripada 367 orang kanak-kanak dari rumah anak yatim dan mereka telah dibawa ke pasar raya Mydin untuk membeli Baju Raya sempena ketibaan Aidilfitri. Kanak-kanak ini telah diiringi oleh para sukarelawan Unilever Malaysia bagi membantu mereka memilih pakaian Raya masing-masing. Bagi kanak-kanak yang tidak dapat menghadiri majlis ini, Breeze telah membuat penghantaran Baju Raya ke setiap rumah-rumah anak yatim tersebut.

Breeze Memeriahkan Aidilfitri Kali Ini Dengan Menyumbangkan Baju Raya Kepada 367 Kanak-Kanak

“Pada bulan Ramadan yang mulia ini, kita digalakkan untuk menilai semula kebaikan dalam diri kita disamping memperbanyakkan amalan berkongsi dan memberi mengikut erti kata yang sebenar. Menjelang tibanya lebaran, membeli-belah pakaian baharu adalah sebahagian daripada keseronokan menyambut Hari Raya. Oleh itu, kami mahu kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini turut sama merasai kegembiraan membeli pakaian baharu selepas sebulan berpuasa. Kami berharap agar kanak-kanak ini dapat merasai kemeriahan Raya dan kami turut sama gembira apabila dapat melihat mereka tersenyum dan ketawa ketika membeli Baju Raya mereka,” kata Alyssa Low, Pengurus Kanan Pemasaran, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Breeze Memeriahkan Aidilfitri Kali Ini Dengan Menyumbangkan Baju Raya Kepada 367 Kanak-Kanak

Dalam usaha membantu mengumpul sumbangan untuk kempen Ramadan ini, Breeze telah mendermakan RM1 bagi setiap pembelian cecair pencuci pakaian Breeze bermula pada 6 Jun 2016. Sumbangan berkenaan telah digunakan bagi membeli Baju Raya baharu untuk kanak-kanak dari rumah anak yatim terpilih iaitu Rumah Anak-Anak Yatim Shifa’, Rumah Bakti Dato’ Harun, Rumah Anak-Anak Yatim Darul Kifayah, Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash Shakur, dan Rumah Titian Kaseh.

Hajjah Sharifah binti Adlan, Pengasas Rumah Titian Kaseh berkata, “Setiap tahun, kanak- kanak ini sentiasa berharap untuk memiliki sepasang Baju Raya baharu. Saya dapat melihat dengan jelas kegembiraan yang terpancar di wajah mereka apabila mereka menerima pakaian Raya masing-masing dan mereka sangat seronok apabila dibawa membeli-belah. Kami amat bersyukur kerana dipilih untuk menyertai kempen Ramadan Breeze ini. Sekarang, kanak-kanak ini boleh menyambut Hari Raya dengan memakai baju Melayu dan baju kurung moden yang serba baharu dan cantik.”

Breeze Memeriahkan Aidilfitri Kali Ini Dengan Menyumbangkan Baju Raya Kepada 367 Kanak-Kanak

Antara adegan yang sempat di rakam sewaktu membeli belah diadakan buat adik-adik yang berkurang bernasib baik ini

Breeze Memeriahkan Aidilfitri Kali Ini Dengan Menyumbangkan Baju Raya Kepada 367 Kanak-Kanak Pilih jangan tak pilih yaBreeze Memeriahkan Aidilfitri Kali Ini Dengan Menyumbangkan Baju Raya Kepada 367 Kanak-Kanak seronok sudah sebab dapat baju warna pilihan Breeze Memeriahkan Aidilfitri Kali Ini Dengan Menyumbangkan Baju Raya Kepada 367 Kanak-Kanak Siap sampai 2 orang nak membantu si adik nie membeli baju raya tahun ini Breeze Memeriahkan Aidilfitri Kali Ini Dengan Menyumbangkan Baju Raya Kepada 367 Kanak-Kanak Comel nya .. Lihat sahaja gelagatnyaBreeze Memeriahkan Aidilfitri Kali Ini Dengan Menyumbangkan Baju Raya Kepada 367 Kanak-Kanak Breeze Memeriahkan Aidilfitri Kali Ini Dengan Menyumbangkan Baju Raya Kepada 367 Kanak-Kanak Semestinya Breeze mengembirakan anak-anak ini di waktu yang memerlukan iaitu Aidilfitri yang bakal menjelang tibaBreeze Memeriahkan Aidilfitri Kali Ini Dengan Menyumbangkan Baju Raya Kepada 367 Kanak-Kanak

Nor Syahireen Abdullah daripada Rumah Titian Kaseh berkata, “Saya berasa sangat gembira dengan pelbagai pilihan pakaian Raya yang disediakan. Saya berasa sangat seronok kerana dapat memilih Baju Raya mengikut warna kegemaran saya dan mencubanya. Saya serta kawan-kawan berasa amat gembira dan berterima kasih kepada Breeze kerana sudi membawa kami membeli-belah Baju Raya.”

Breeze turut melancarkan sebuah video sebagai sebahagian daripada inisiatif dalam kempen Ramadan ini.

“>Video Kempen Breeze Raya

Video yang menyentuh perasaan itu mengisahkan tentang kepentingan mendidik dan menggalakkan kanak-kanak untuk melakukan amalan yang baik ketika bulan Ramadan. Ingin mengikuti perkembangan terkini jangan lupa layari

Website Breeze

Facebook Breeze

#kitepunye #kitepunyedotcom #wwwdotkitepunyedotcom #breezemalaysia #csrbreezemalaysia