EVENT

THE BEST OF YOU 2016 Kembali Lagi Dengan Paparan & Karya Insipirasi

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

THE BEST OF YOU 2016 Kembali Lagi Dengan Paparan & Karya Insipirasi

Pengeluar biskut terkenal Julie’s, kali ini menganjurkan ‘The Best of You’ dimana ianya merupakan pergerakan sosial yang menggalakkan masyarakat untuk menghargai pengalaman dan insan yang telah berusaha gigih menerapkan nilai-nilai terbaik yang ada di dalam diri mereka.

 

The Best of You 2016 kali ini bertemakan ‘People First’ iaitu mendahulukan insan menerusi penyertaan tujuh personaliti utama dari Malaysia dan Singapura. Kisah-kisah mereka mampu menggalakkan rakyat Malaysia untuk berfikiran positif dan mengubah pemikiran stereotaip di kalangan pelbagai lapisan masyarakat kita.

31

Pergerakan ‘The Best of You’ ini diharapkan dapat menerap budaya penghargaan terhadap usaha murni orang lain serta diri sendiri. “Daripada sering membuat tanggapan buruk yang berfikiran stereotaip, ia lebih bermanfaat jika kita dapat berfikir dari aspek yang baik dan membentuk masyarakat yang saling menghargai,”kata Encik Sai Tzy Hong, konsultan pergerakan’ The Best of You’.

Dalam usaha kita menyesuaikan diri dengan perubahan pantas pembangunan negara yang penuh cabaran, mendahulukan insan (People First) merupakan satu usaha penting dalam membentuk masyarakat majmuk yang harmoni.

“Saya adalah anak jalanan dari Buku Jalanan Chow Kit. Inilah ayat yang saya inginkan kanak-kanak saya dengan bangganya memberitahu semua orang,” jelas Siti Rahayu, pengasas bersama Buku Jalanan Chow Kit, pertubuhan bukan kerajaan yang memberi pendidikan kepada kanak-kanak jalanan. Sepanjang usahanya, Siti mendapati adanya harapan, keyakinan dan semangat di kalangan kanak-kanak ini. Setiap Ahad, dia dan sukarelawannya tidak pernah berputus asa membantu dan mendidik kanak-kanak di kawasan sekitar.

THE BEST OF YOU 2016 Kembali Lagi Dengan Paparan & Karya Insipirasi

“Saya mahu masyarakat menghayati karya seni yang dihasikan oleh saya,” kata Dennis. Dia yang menghidap sindrom Asperger’s tidak meletak kekuranganya sebagai halangan untuk mengejar impiannya. Dennis menghidap sindrom ini pada usia 7 tahun. Namun, dia tetap bersemangat dan berjaya menamatkan pengajian peringkat tinggi dan kini memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis & Seni Reka. Dengan sokongan kuat sistem pendidikan dan kepercayaan utuh kepada Tuhan, dia mampu menzahirkan karya seni yang kreatif.

THE BEST OF YOU 2016 Kembali Lagi Dengan Paparan & Karya Insipirasi

“Tak kira ke mana anda pergi dan apa yang dilakukan, jika anda lakukan kesilapan, jangan lari sahaja,” ulas Phuong warga Vietnam yang bekerja di Malaysia. Menurutnya, keputusan bekerja di negara asing bukanlah satu pilihan yang mudah. Walaupun tidak fasih berbahasa Malaysia, dia tetap berusaha menempuh pelbagai dugaan tanpa gentar. Dia amat bersyukur atas segala pertolongan rakan-rakan dan majikan baru yang dikenali sewaktu bekerja di Malaysia. Kesemua ini menyebabkan Phuong berasa dia memiliki keluarga kedua di Malaysia.

Kisah seorang pendidik yang berinspirasi hinggalah kesanggupan pekerja asing menjadikan Malaysia rumah keduanya menonjolkan pelbagaian cabaran yang perlu ditempuhi oleh individu daripada latar belakang yang berbeza. Kisah Siti, Dennis dan Phuong adalah mengenai perkongsian nilai kemanusiaan dalam masyarakat majmuk. Kisah mereka mewakili perbezaan golongan masyarakat. Mereka adalah individu yang patut dihargai dalam pergerakan ‘The Best of You’.

The Best of You 2016 kali ini mendapat sambutan hangat di Malaysia dan Singapura. Di Malaysia, pihak penganjur  telah menerima hampir 4,000 penyertaan menerusi beberapa siri pameran yang berlangsung di Universiti Kuala Lumpur, AEON Bukit Tinggi, AEON Shah Alam dan Gurney Plaza, Pulau Pinang pada tahun ini. Pameran-pameran ini memaparkan kisah dan karya seni peserta yang telah memberi inspirasi kepada pengunjung. Pengunjung menunjukkan penghargaan dan tanda sokongan mereka dengan menulis kisah penghargaan mereka serta kata-kata semangat untuk dipamerkan.

Antara yang sempat KP rakamkan sewaktu berada disini

Insipirasi khas dari mereka yang tersayang ( kisah benar)

THE BEST OF YOU 2016 Kembali Lagi Dengan Paparan & Karya Insipirasi

Lukisan abstrakTHE BEST OF YOU 2016 Kembali Lagi Dengan Paparan & Karya Insipirasi Lukisan abstrak – gambar gajahTHE BEST OF YOU 2016 Kembali Lagi Dengan Paparan & Karya Insipirasi Antara insipirasi The Best Of You

THE BEST OF YOU 2016 Kembali Lagi Dengan Paparan & Karya Insipirasi Comel kucing tu THE BEST OF YOU 2016 Kembali Lagi Dengan Paparan & Karya Insipirasi Suka yang ini THE BEST OF YOU 2016 Kembali Lagi Dengan Paparan & Karya Insipirasi Sedang meletakkan ucapan di tempat yang disediakanTHE BEST OF YOU 2016 Kembali Lagi Dengan Paparan & Karya Insipirasi Ini dari KP buat Irfan dan QurratulTHE BEST OF YOU 2016 Kembali Lagi Dengan Paparan & Karya Insipirasi

Bagi meraikan kisah dan karya yang diterima, pameran finale ‘The Best of You’ 2016 akan diadakan di ruang concourse AEON Bandaraya Melaka dari 19 hingga 23 Oktober 2016. Pameran ini mengetengahkan kisah yang menyentuh hati dan karya-karya seni karyawan tempatan dan luar negara, serta bakat dan personaliti yang mendapat inspirasi dari pergerakan ini. Fahrin Ahmad, Adibah Noor dan Chui Ling adalah artis tempatan yang akan menghadiri pameran ini. Turut hadir sama ialah kumpulan Sada Borneo, Workaholic Dickson dan ramai lagi.THE BEST OF YOU 2016 Kembali Lagi Dengan Paparan & Karya Insipirasi

Marilah menyertai pameran The Best of You 2016. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pergerakan ini sila layari laman Website The Best Of You

#juliesthebestofyou