EVENT

Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017)

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Mengangkat inspirasi warna-warni dunia fesyen Islamik dan sebagai usaha mengembangkan lagi industri tersebut, AIFW Event dengan segala hormatnya membawakan kepada anda acara kegemilangan fesyen Islamik Asia yang pertama di Malaysia – Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017). Ia merupakan acara dagangan yang direka khusus untuk mempersembahkan gabungan kesantunan fesyen dengan gaya terkini yang tidak lari daripada konteks Islamik.Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017)

Malaysia bersedia menjadi tuan rumah buat acara yang julung-julung kali diadakan ini bermula 30 Mac – 2 April 2017. Industri runcit ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang berprestij selama (4) empat hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari, untuk semua pihak mendekati dan memiliki trend mutakhir dalam persalinan busana, aksesori, kosmetik dan sumber yang berinspirasi Islam.

Bertemakan ‘Memperkenalkan Asia Sebagai Pusat Global Fesyen Islamik’, #AIFW2017 bercita-cita untuk menjadi ruang pasaran bagi fesyen dan gaya hidup Islamik berpengaruh di Asia, dengan menyediakan medan bagi komuniti bisnes fesyen Islamik bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan.Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017)

Ujar pengasas dan pencetus #AIFW2017, Fuza Umar

“Kami dengan rasa bangga mengalu-alukan semua peserta pameran, pereka, pembeli dagangan dan pengunjung dari seluruh dunia untuk menjadi sebahagian daripada acara yang hebat ini. “Lebih daripada 10,000 pengunjung, 180 peserta pameran, 100 pereka, 200 pembeli dagangan antarabangsa, pencetus pengaruh fesyen, eksekutif bisnes, jurugambar fesyen dan keseluruhan pengamal media dari lebih 20 negara dijangkakan mengambil bahagian dalam #AIFW2017,” .“Lebih membanggakan lagi, kami dengan besar hatinya ingin mengumumkan kerjasama kami dengan destinasi fesyen Online Asia, Zalora, selaku rakan E-dagang (E-commerce Partner). Dengan kehadiran di Singapura,Indonesia, Malaysia serta Brunei,Filipina, Hong Kong dan Taiwan, kami percaya bahawa ZALORA merupakan platform online terbaik untuk mempromosikan industri fesyen Islamik di seluruh Asia.”Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017)

Malah Asia Islamic Fashion Week ini akan turut menyaksikan beberapa pereka fesyen dan jenama terlibat antaranya Dian Pelangi, Cosry, Karina Ng, Mimpi Kita, Eja Shahril, Sawdaa, Uniqlo, Inayah UK, Phewiit by Amy Search, Mumu Scarf, Ash & Annas, Telekung Siti Khadijah, Insaniyah dan banyak lagi. Malah produk kosmetik Adania turut akan berada di AIFW kelak.

“Kami juga turut berbangga untuk mengumumkan tiga ‘fashion influencers’ #AIFW2017;”

Dian Pelangi –

pereka fesyen serba boleh dari Indonesia, pemenang anugerah, entrepreneur berjaya dan merupakan salah seorang ikon fesyen berpengaruh dalam komuniti Islamic Global dengan memilki 4.4 juta pengikut di laman Instagram.Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017)

– Mizz Nina –

salah seorang ikon Malaysia yang dipandang tinggi dan dihormati kerana usahanya dalam dakwah,fesyen dan kerja-kerja kemanusiaan.Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017)

– Melanie Elturk –

salah seorang pakar dalam industri fesyen, penyumbang tetap untuk majalah ELLE.Com dan merupakan Ketua Pegawai Eksekutif salah sebuah jenama terbesar di Amerika Syarikat untuk fesyen modest dengan misi untuk memperkasakan pemakaian hijab di dunia.

Credit pic: googleAsia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017)

 

kolaborasi bersama :-

1. ISLAMIC FASHION & DESIGN COUNCIL (IFDC)

Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017)

– Salah sebuah council mewakili ekonomi Islam dan mempunyai pejabat di 10 buah negara (ibu pejabat di New York, Amerika Syarikat, Itali, Afrika Selatan, Turki, Rusia, Kanada, Pakistan dan beberapa cawangan di UAE. Alia Khan selaku pengasas dan Pengerusi IFDC, " Setiap inisiatif yang besar bermula dengan visi. Mereka yang terlibat di belakang AIFW telah menarik perhatian saya dengan keikhlasan mereka terhadap mesej yang #AIFW2017  mengiringi fesyen modest. Mereka sama-sama sedar akan makna dan sebab yang mendorong nilai-nilai dan prinsip-prinsip Islam. Saya percaya mereka mempunyai formula untuk menggabungkan kedua-dua faktor yang sangat cantik, ke dalam AIFW, yang merupakan sebuah acara yang tidak syak lagi, mempunyai kedudukan yang baik untuk memberi ganjaran komersial dan peribadi kepada semua yang mengambil bahagian.”

https://www.ifdcouncil.org

2. ZALORA

Asia Islamic Fashion Week 2017 (#AIFW2017)

– destinasi fesyen dalam talian di Asia ini adalah rakan e-dagang untuk #AIFW2017. Dengan kehadirannya di Singapura, Indonesia, Malaysia, Brunei,Filipina, Hong Kong dan Taiwan, kami percaya bahawa ZALORA adalah platform terbaik dalam talian untuk membantu mempromosikan industri fesyen Islam di seluruh Asia

3. iHALALMAS

– Institut Pengurusan Halal dan Sains, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Universiti Teknologi MARA ditubuhkan untuk terus menyokongpertumbuhan halal, bukan sahaja dalam negara, tetapi juga untuk menyokong agenda halal global. Dengan kesedaran mengenai hubungan bagaimana halal untuk kemampanan dan keselamatan, halal telah menjadi satu agenda penting untuk semua masyarakat, perniagaan dan sektor industri.

http://www.imhalal.org

#AIFW2017 turut disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia.

Jadi tandakan tarikh di kalendar anda ye