EVENT

Anlene MoveMax Bersama ‘SINARAN’ Sheila Majid

oleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Anlene MoveMax bersama “SINARAN” Sheila Majid adalah promosi terbaru dari Anlene. Pada yang biasa mendengar tentang susu Anlene pastinya tahu yang ia berkait rapat tentang tulang. Tulang perlu dijaga seawal yang boleh kerana apabila usia makin meningkat, tulang didalam badan mungkin makin rapuh dan sakit. Seiiring dengan promosi terbaru ini, Anlene telah melancarkan kempen “Anlene MOVE AS YOUNG AS YOU FEEL INSIDE Bersama Sheila Majid” baru-baru ini di IOI City Mall Putrajaya. Kempen ini bertujuan untuk mengajak orang ramai untuk selalu bergiat aktif sambil mngamalkan gaya hidup yang sihat dengan memakan makanan yang bernutrisi an9

Sedikit informasi tentang Anlene MoveMax

an1Didalam susu Anlene ini ia mempunyai nutrisi kalogen bersama nutrisi-nutrisi yang lain seperti kalsium,protein. magnesium , zink serta Vitamin B6, B12, C , D mahupun E. Kebaikan nutrisi dalam Anlene MoveMax ini menjaga otot dan kesihatan dalam badan kita. Pastikan tulang dijaga seawalnya boleh untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik iaitu tubuh badan yang sihat dan bertenaga

an6

Mr. Jose Miguel Porraz Lando, Managing Director of Fonterra Brands Malaysia, berkata

“With the remake of Sinaran we hope to excite and inspire more Malaysians to embrace their youthfulness with movement. Sheila is an inspiration to many as she lives an active lifestyle and believes in taking care of herself and her family with the right nutrition such as Anlene,”

am_3311

Bagi Puan Megawati Suzari, Director of NEw Product Developement, Science and Reguatary Affairs pula ,

“Movement is an integral part of keeping the bones, joints and muscles healthy. And giving the right nutrition is important to support our overall movement. This is the reason we have enhanced our Anlene formula; apart from added calcium for bones, we have also included collagen, and protein to support your overall movement” am_3335

Tahun ini genap 30 tahun Sheila berada didalam dunia seni nyanyian dan masih lagi bergiat aktif. Dengan melancarkan lagu SINARAN yang diberi nafas baru merupakan sesuatu yang begitu bermakna kerana lagu ini antara lagu yang menjadi hit suatu ketika dulu. Lagi lebih bermakna dimana Shiela dapat berganding bersama anaknya Kayda untuk mendendangkan lagu ini . Lihat sahaja pada Sheila, cukup bersemangat dan selalu ceria bagai memberi insipirasi kepada orang ramai untuk mengamalkan hidup sihat. Sheila sempat berkongsi dengan hadirin, mengingatkan tentang kita perlu menikmati kehidupan yang ceria agar kita memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas

an5

Sheila Majid berkongsi,
“Mungkin ada yang ingin kelihatan cantik dan kurus sehingga terpaksa melalui rutin yang agak ekstem tetapi ianya boleh membahayakan . Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan cergas caranya mudah, hanya dengan mengambil makanan bernutrisi kaya khasiat. Ini apabila kita tidak ada masalah kesihatan, kita akan sentiasa cergas untuk melakukan aktiviti  yang sihat sepanjang hari. Contohnya berbasikal, berjalan-jalan di taman dan sebagainya. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti produktif seperti ini  mampu mengekalkan tubuh badan yang dikehendaki sekaligus memelihara kesihatan paling terbaik.”

an8Persembahan dari Shiela Majid dan Kayda sewaktu pelancaran mencuri perhatian orang ramai. Bagaikan irama dan lagu , 2 anak beranak ini menyanyikan lagu dengan sempurna dari melodi dan lagu. am_3454 “Move as young you feel inside” dan jangan biarkan peningkatan umur menjadikan kita terasa begitu tua dan tidak bersemangat. Serlahkan pesona diri dari dalam, hidup secara aktif dan sihat. Itu antara yang sentiasa diingatkan oleh Sheila Majid, lagenda ratu Jazz yang cukup popular di Malaysia. am_3464
Selain pelancaran terdapat beberapa aktiviti di jalankan seperti pemeriksaan kesihatan dan tubuh badan,

an4Semakan densiti tulang dan banyak lagi. am_3210
Pada mereka yang belum merasa susu Anlene MoveMax, ada sample diberikan pada para pengunjung, juga dengan produk terbaru mereka yogurt. Promosi produk daripada Anlene juga dijual kepada para pengunjung yang hadir disini sewaktu promosi berlangsung dari 1- 4 Disember 2016an7
Yogurt Anlene pula terdapat 4 perisa yang lazat iaitu; “plain”, mangga, strawberi dan buah beri.
Video Klip “SINARAN” Anlene Movemax Bersama Shiela Majid & Kayda

Hmm… nampaknya KP pun kena bermula dari sekarang untuk menjaga tulang dan kesihatan tubuh badan agar menjadi lebih sihat dan cergas. Pastikan mengambil makanan yang berkhasiat sambil membuat senaman. Dan yang paling penting sekali ialah Hidup mesti ceria barulah boleh hidup sihat . Gerak dulu ye nak pi bersenam

#anlenemovemax #AnleneMY