Event: Betul ke Ultraman Datang Malaysia ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengar cerita terkini yang Ultraman datang ke Malaysia. Betul ke atau tidak? 

3Kali terakhir KP tengok siaran Ultraman di TV rasanya 2 tahun yang lepas.Dari Facebook dan Instagram rakan-rakan weekend yang lepas katanya Ultraman bukan sahaja dah sampai ke Malaysia tetapi berkampung di Genting Highlands. Rupanya bukan satu sahaja tapi 8 watak Ultraman akan berada di sana,

  • Ultraman Zero
  • Ultraman Ginga
  • Ultraman Tiga
  • Ultraman Seven
  • Ultraman Taro 
  • Ultraman Cosmos
  • Ultraman Mebius.

Semestinya jika ada Ultraman pasti ada watak jahat untuk Ultraman menumpaskannya bukan ? 2 watak jahat iaiyu kaiju Alien Baltan dan Ultraman Belial antara watak yang berada di Genting Highlands bersama 8 ultraman yang lain. Ianya bermula Februari 19  hingga March 20, 2015.  Ini merupakan antara persembahan Ultraman yang terbesar di luar negara Jepun sempena ‘Ultraman Live in Genting 2015‘!
2

Jadi jom tempah tiket menyaksikan Ultraman Live in Genting 2015. Lagi pun cuti sekolah bakal tiba mungkin ini adalah antara aktiviti yang boleh di pertimbangkan bukan? Apa pun selamat menonton yea 🙂

#kitepunye #kitepunyedotcom #ultraman #ultramanlivegentinghighlands #gentinghighlands

 

About The Author

2 thoughts on “Event: Betul ke Ultraman Datang Malaysia ?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top