Event: 100PLUS Outrunner dan Race Against the Machines

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

100PLUS_Outrunner_RATM5

100PLUS, jenama minuman isotonik no. 1 di negara ini, mencipta sejarah pertama dengan kempen barunya, 100PLUS Outrunner, iaitu acara larian yang merangkumi tiga perlumbaan. 100PLUS Outrunner yang dianjurkan di Putrajaya hari ini merupakan acara larian pertama 100PLUS yang dianjurkannya, dan dipromosikan melalui landasan platform digital. Seramai 10,000 peserta telah mendaftar untuk tiga perlumbaan 100PLUS Outrunner dalam jangka masa yang singkat, iaitu dua minggu – 7,000 peserta untuk acara lumba lari 9km dan 12km dan 3,000 untuk larian Race Against the Machines (RATM). Sambutan yang memberangsangkan ini menyebabkan pendaftaran ditutup lebih awal daripada tempoh satu bulan yang diberikan.

Route 6km

Larian jarak jauh sentiasa mencabar daya ketahanan fizikal pelari dan 100PLUS telah membawa cabaran ini ke satu lagi tahap baru dengan mempertarungkan manusia dengan mesin dalam satu acara larian yang unik. Larian RATM sejauh 6km adalah acara larian pertama di dunia yang membabitkan pesawat dron secara aktif dalam perlumbaan. Ia adalah seperti permainan video dalam persekitaran hidup sebenar – para peserta terpaksa mengelak, menyembunyikan diri dan menewaskan pesawat dron kawalan jauh yang dilepaskan untuk “memburu” mereka dalam kegelapan malam. Larian RATM yang menjanjikan keseronokan, bersama larian 9km dan 12km dalam segmen perlumbaan, dilepaskan dari Istana Keadilan di Presint 3, yang diselubungi suasana karnival.

100PLUS_Outrunner_RATM2

Pelari yang mendaftar untuk larian sejauh 6km ini diberi kod bar untuk dipaparkan pada bib perlumbaan masing-masing,dan tiga “Nyawa”. Objektif mereka adalah untuk sampai ke garisan penamat dengan baki sekurang-kurang satu Nyawa. Dengan empat pesawat dron mengejar mereka, larian untuk menyelamatkan diri bukan satu tugas yang mudah. Setiap pesawat dron dilengkapi lampu sorot dan kamera video definisi tinggi, dengan enam kipas atau berkuasa elektrik untuk membantunya terbang hingga 57km/j. Pelari akan kehilangan satu Nyawa setiap kali kod bar mereka diimbas atau“dirakam” semasa perlumbaan manakala mereka yang membawa 100PLUS botol baru lebih cengkaman sepanjang perlumbaan diberi satu Nyawa sebagai bonus.

Larian RATM telah menarik 3,000 peserta dan bukan it sahaja. Ia juga membenarkan peserta beraktif di rumah dandigelar sebagai “Drone Master”. Drone Master diberi peluang untuk mengendalikan kamera pesawat dron di Putrajaya dalam keselesaan rumah merekasendiri. Setiap Drone Master mempunyai 25 peluang untuk melepaskan “tembakan” kamera atau pengimbas ke arah pelari dan mengambil sebanyak mungkin gambar kod bar tercetak pada baju pelari. Seramai 100 pelari pertama yang sampai ke garisan penamat dalam keadaan masih “hidup” menerima hadiah misteri, pingat dan sijil manakala 30 Drone Master terbaik juga akan menerima hadiah.

100PLUS_Outrunner_RATM6 (1)

100PLUS_Outrunner_RATM4

“100PLUS sentiasa menggalakkan rakyat Malaysia melangkah keluar dari zon keselesaan mereka, untuk mengatasi segala-galanya. Untuk larian RATM, kami mengambil keputusan untuk memberi peluang kepada peserta kami menyertai satu-satunya perlumbaan yang unik dengan berlari menyelamatkan nyawa mereka daripada pesawat dron yang memburu mereka, di sepanjang laluan perlumbaan,” kata Leong Wai Yin, Pengurus Pemasaran 100PLUS. “Kami benar-benar menghargai sambutan dan sokongan yang diberikan oleh pengguna kami terhadap perlumbaan ini. Kami berharap 100PLUS telah memberikan pengalaman yang sukar dilupakan dan berhasrat untuk menganjurkan acara yang serupa pada masa yang akan datang,” tambahnya.

100PLUS_Outrunner_RATM7

Baru-baru ini, ia memperkenalkan 100PLUS botol baru lebih cengkaman, yang direka bentuk untuk gaya hidup aktif. Botol baru ini lebih langsing dan juga lebih ringan dengan penggunaan plastik yang lebih rendah, iaitu sebanyak 17%. 100PLUS adalah satu daripada jenama terkenal di bawah naungan F&N di Malaysia. Ia dikeluar dan diedarkan oleh F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, pengeluar dan pengedar minuman ringan yang terbesar di Malaysia. Untuk maklumatlanjut tentang acara 100PLUS Outrunner dan Race Against the Machines, sila ke laman web www.100plus.com.my/ratm.

#kitepunye #kitepunyedotcom #100plus #raceagainstmachine

About The Author

1 thought on “Event: 100PLUS Outrunner dan Race Against the Machines”

  1. Pingback: F&NHB Pledges To Support 10,000 Families This Ramadan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top