EMAS Bukan Hanya Simpanan Tetapi Satu Pelaburan Selamat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

EMAS Bukan Hanya Simpanan Tetapi Satu Pelaburan Selamat|Isu kesihatan dek penularan Covid-19 telah menimbulkan masalah ekonomi yang memberi impak serius terhadap ekonomi secara global. Pasaran stok dan setiap bentuk pelaburan turut terjejas berikutan pandemik yang melanda dan akan berlanjutan. Sehinggalah vaksin berjaya ditemui atau manusia sejagat berjaya mencapai kekebalan imuniti (manusia mengembangkan imuniti mereka daripada penyakit yang dialami).

Ringkasnya, hal ini akan mengambil masa yang lama sehingga kita belajar menyesuaikan diri dalam menjalani aktiviti harian
dengan mengamalkan norma baharu. Berikutan pandemik yang dilanda, Bank Negara Malaysia telah menurunkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas ke rekod paras terendah iaitu 1.75% dan menurunkan kadar faedah simpanan tetap.  (Sumber: www.theedgemarket.com)

Di saat ketidakpastian keadaan ekonomi ketika ini, terdapat satu jalan penyelesaian yang mampu membantu kestabilan kewangan serta menjaminkan pulangan masa hadapan – EMAS.

EMAS

Ia telah menjadi salah satu barangan perhiasan terbaik sepanjang masa. Ianya boleh dijadikan pelaburan mahupun ditukarkan bentuk mata wayng di saat memerlukannya. Ketika platform pelaburan saham yang lain merekodkan kadar pulangan yang rendah, harga emas telah meningkat secara berperingkat sehingga 15% sejak Januari 2019.

(Sumber: www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com)

Bagi pelaburan jangka panjang, ia telah menunjukkan trend positif sejak 20 tahun yang lalu. Keadaan ekonomi semasa memperlihatkannya sebagai satu pelaburan yang menjanjikan pulangan yang berbaloi. Kadar pulangan emas juga stabil dan tidak bersifat spekulatif sebagaimana pasaran saham. Union Bank Switzerland (UBS) telah menjangkakan harga emas akan meningkat selari dengan harga logam sebanyak 0.2% setiap hari untuk tempoh masa yang panjang. (Sumber: www.kitco.com)

EMAS SEBAGAI PELABURAN ATAU SIMPANAN

 

Apa yang lebih menarik, terdapat kesedaran dan maklum balas positif daripada rakyat Malaysia dalam hal berkaitan pengurusan pelaburan mereka. – (Sumber: mypf.my). Emas telah menjadi salah satu bentuk simpanan atau pelaburan tradisional yang terbaik. Jika dilihat dari sudut tradisional, sesebuah keluarga akan memberikan emas kepada pengantin baru sebagai tanda membawa tuah. Para pelabur moden memandang ia sebagai satu pelaburan yang mempunyai risiko yang minimal.

Terutamanya kepada para wanita, barangan kemas bukan sahaja cantik untuk dipakai namun berbaloi dibuat pelaburan. Harga ia tidak meningkat secara mendadak tetapi nilainya sentiasa meningkat pada kadar yang stabil. Meskipun tidak menjamin pulangan wang yang berganda namun tidak mempunyai risiko kerugian apabila pasaran ekonomi terjejas.

FIESTA EMAS di HABIB

Selain penjualan emas dan barangan kemas, Kumpulan Habib turut menyediakan perkhidmatan penilaian dan membeli emas dalam segala bentuk. Habib sedia membantu memberikan khidmat perundingan dari sudut pelaburan mahupun sebagai perhiasan.
Bagi menggalakkan pelaburan dalam logam berharga ini, Kumpulan Habib melancarkan kempen FIESTA EMAS yang berlangsung dari 10 – 19 haribulan Julai 2020. Jongkong emas seberat 1g sehingga 2kg ditawarkan dengan diskaun RM20/- segram.

Di samping itu, Ar-Rahnu Express yang merupakan satu entiti di bawah payung Habib menyediakan penilaian percuma kepada semua logam berharga. Harga semasa yang kini berada di paras tertinggi, para pelanggan yang menginginkan pegangan wang tunai di tangan boleh menukar barangan mereka atau menjualnya di mana-mana cawangan Ar-Rahnu Express. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian hotline kami di 019-2222916.



About The Author

1 thought on “EMAS Bukan Hanya Simpanan Tetapi Satu Pelaburan Selamat”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top