Ekspo Durian di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort Meriah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ekspo Durian di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort Meriah|Siapa tak kenal dengan Raja Buah? Buah yang penuh dengan duri-duri dan paling sedap di makan. Kini bukan lagi setakat ulas buahnya saja tetapi telah dikomersialkan dengan pelbagai menu atau resipi. Seperti contoh serawa durian, durian crepe, ais krim durian dan sebagainya. Jadi Raja Buah yang disebut-sebut adalah Durian !

Durian telah diiktirag sebagai raja segala buah-buahan di Malaysia dan menjadi antara buahan kegemaran di sini. Ini KP kongsikan dimana Ekspo Durian Kuala Lumpur 2019 sedang berlangsung dari 26 hingga 28 Julai 2019 pertama kali di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Turut hadir En Akhbar dari Tourism Malaysia memberi sepatah dua kata tentang Ekspo Durian

“Ekspo ini disokong oleh Pelancongan Malaysia dan Jabatan Pertanian dimana menyaksikan perhimpunan professional dan juga penggemar durian terbesar. Masing-masing dari Malaysia dan ada juga yang dari luar negara. Semuanya bakal berkumpul di sini selama 3 hari berturut-turut. Ekspo ini juga ada mengamalkan seminar dan simposium”

-kata En Paul Ng, Pengarah Urusan Bukit Kiara Gourmet Sdn Bhd

Pengunjung yang hadir dapat berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis durian secra buffet ataupun secara ala carte di tapak ekspo. Spesis durian terkenal seperti Musang King dari Pahang dan Black Thorn dari Pulau Pinang antara yang bakal menjadi tumpuan di ekspo durian ini nanti.

Anda yang datang ke sini bukan setakat makan durian ye tetapi dapat juga mengetahui tentang pelbagai produk durian serta destinasi lawatan jua resort ladang. Bagi peserta perdagangan dan perniagaan bakal mempunyai peluang untuk menambah kenalan dan berkongsi pendapat.

Tidak menggemari durian tetapi ke sini kerana ahli keluarga menggemarinya, anda tidak perlu risau kerana di sini anda boleh merasai pesta buffet makanan Malaysia seperti hidangan Melayu, Cina , India dan sebagainya.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti :

  • Demo masak dan tandatangan buku oleh alumni Master Chef UK Zaleha Kadir Olpin (Jumaat 26 Julai jam 4ptg)
  • Pusat maklumat oleh Project Pteropus yang menjalankan penyelidikan berterusan tentang peranan kelawar buah dalam pendebungaan bunga durian
  • Perunding Durian dan perladangan Lim Chin Kee bercakap tentang “Perniagaan Durian dan Memulakan Ladang Durian Anda”
  • Penulis blog durian Lindsay Gasik menumpukan tentang ” Jelajah Virtual Durian di Pulau Pinang dan Pahang”
  • Mohd Ali Hanafiah bin Mazlan dari Jabatan Pertanian mengenai ” Kaedah & Pegurusan Geraf Durian”
  • Chong Le Cho, Pengarang bersama ” Kerajaan Durian, Panduan Raja Buah Pulau Pinang” yangjuga pengarang makanan dan minum Malaysia. Juga Editor Majalah “City Eye” bakal mengadakan seminar dalam Bahasa Mandarin

Kemasukan disini adalah percuma melainkan menikmati buffet durian, ala carte durian mahupun seminar dikenakan bayaran. Ekspo durian bermula jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari . Untuk maklumat lanjut layari

Website: www.durianexpo.com



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge