EISAI (MALAYSIA) LANCAR DAYVIGO MEMBANTU RAWAT INSOMNIA, AMAZING!

EISAI (MALAYSIA) LANCAR DAYVIGO MEMBANTU RAWAT INSOMNIA, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Untuk anda yang selalu mengalami masalah tidur mungkin ini berita baik untuk anda!

Dengan keazaman untuk membantu mereka yang mengalami masalah insomnia, Eisai (Malaysia) Sdn Bhd, telah melancarkan rawatan terbaharunya, Dayvigo.

EISAI (MALAYSIA) LANCAR DAYVIGO

Dengan pelancaran Dayvigo, Eisai Malaysia bertekad untuk merawat insomnia. Ini supaya mereka boleh menjalani kualiti kehidupan yang baik.

Pada masa yang sama boleh mengelak penyakit-penyakit kronik lain yang mungkin timbul gara-gara kekurangan tidur.

SEIRING DENGAN HARI TIDUR SEDUNIA

Eisai Malaysia berharap untuk meningkatkan kesedaran tentang cara tidur yang sihat dimana ianya dilancar seiiring dengan Hari Tidur Sedunia.

Ini menitikberatkan kepentingan untuk memberikan rawatan yang efektif untuk tidur pada waktu malam.

BERKONGSI PLATFORM

Saling berkongsi tujuan pentingnya tidur sihat di antara rakyat Malaysia, di mana panel hari ini telah berkongsi memberi pendapat dan maklumat tentang masalah-masalah utama berkenaan insomnia.

Iaitu Prof Ng Chong Guan, Pakar Penasihat Psikiatri dan Bendahari Lembaga Psikiatrik Malaysia dan Dr Hazli Zakaria, Pengasas Alaminda Healthcare Berhad

TIDUR SANGAT PENTING

Bahawa tidur itu penting terutamanya untuk badan kita supaya badan kita dapat berfungsi secara efektif setiap hari tetapi malangnya ramai orang masih mengendahkannya.

“Kami amat gembira untuk membawa masuk Dayvigo ke dalam pasaran, memberikan pilihan rawatan tambahan untuk pesakit.

INSOMNIA

Insomnia ialah isu kesihatan yang parah dan jutaan orang di serata dunia merana kerananya. Kita gagal untuk menyedari betapa parahnya insomnia sehingga sudah terlambat.

Kini masyarakat seharusnya tahu bahawa insomnia boleh berlaku pada fasa-fasa berbeza dalam kitaran tidur.

Boleh akibatkan kesulitan pada siang hari seperti lesu, mengantuk di waktu siang, perubahan emosi, dan simptom-simptom yang lain.

Selepas kajian menyeluruh, pasukan penyelidik dan saintis kami telah bertungkus lumus bekerja untuk mencari cara yang efektif.

Untuk membantu para individu yang menghadapi insomnia supaya mereka memperoleh tidur nyenyak yang diperlukan.

Bagi menambah baik kesihatan mereka secara menyeluruh, dan kami yakin bahawa Dayvigo akan memberikan kesan yang positif kepada kehidupan mereka.”

-kata Kam Ai Teng, Pengarah Urusan Eisai Malaysia

DAYVIGO

Sebagai rawatan Dual Orexin Receptor Antagonist (DORA) di Malaysia, Dayvigo telah melalui siri ujian yang ketat dalam percubaan-percubaan klinikal.

Didapati efektif dalam membantu para individu tidur cepat, dengan kesan yang minimal terhadap kesedaran serta fungsi pada keesokan harinya.

Dayvigo merupakan rawatan kelas baharu yang belum pernah diketahui dan membantu para individu untuk tidur dengan menyekat kecenderungan mereka untuk berjaga.

RAWATAN ALTERNATIF

“Di Eisai Malaysia, kami amat berbangga dalam membantu kesihatan seseorang secara positif.

Komitmen kami menjangkau lebih daripada rawatan inovatif sahaja, malah kami juga memastikan masyarakat dapat memperoleh peluang sama rata dengan penuh manfaat daripada sumbangan kami.

Sehubungan dengan Hari Tidur Sedunia ini, kami bertekad untuk membawa kesedaran tentang insomnia dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kami akan terus mencari jalan alternatif dan bekerja keras bagi meningkatkan akses orang ramai kepada rawatan terbaharu. Pelbagai kondisi kesihatan supaya masyarakat boleh hidup sejahtera,” 

-ungkap Kam.

Sempena Hari Tidur Sedunia ini, ayuh kita semua bangkit untuk kesihatan tidur dan berjuang untuk kehidupan yang lebih sihat!

Website|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge