Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Duta MIFFest ke 3 Menyaksikan Gandingan Bront Palarae & Sinje Lee| Festival Filem Antrabangsa Malaysia (MIFFest) dan Anugerah Global Golden Malaysia (MGGA) telah sempurna dilancarakan di Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Cik Sinje Lee masih kekal menjadi duta selain Bront Palarae yang sudi menerima undangan dan bersetuju untuk menjadi duta MIFFest ke 3 dan (MGGA) . Mereka berdua akan berganding dan menyokong perjuangan anugerah ini. 

Ini adalah kali pertama bagi Bront untuk mengambil peranannya sebagai duta acara anugerah. Sebagai pelakon. pengeluar dan pembuat filem bakal berkongsi perjalananya dalam pembuatan filem bersama media dan tetamu yang hadir. Bagi Sinje pula , perasaan gembira dan penuh semangat apabila acara-acara ini memasuki edisi ketiga. Berharap mendapat lebih banyak sokongan daripada orang awam dan jabatan kerajaan tahun ini

Acara kali ini disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), FINAS, Kementerian Pelancongan Kesenian & Kebudayaan (MOTAC) dan juga Jabatan Kebudayaan Taiwan. MIFFest ke 3 mengumumkan tarikh yang akan diadakan dari 14 Julai hingga 19 Julai 2019. Untuk Anugerah MGGA pula akan diadakan di Istana Budaya pada 20 Julai 2019. 

Tujuan MIFFest dan MGGA adalah untuk membina platform komunikasi bagi pembuat filem global dan untuk mempromosikan industri filem, persembahan seni dan budaya Malaysia ke dunia.

Kemanusiaan sebagai tema dan mesj utama untuk MIFFest dan MGGA , lebih-lebih lagi The Journey adalah konsep yang diwujudkan untuk mewakili tumpuan dalam film and filmmaking journey. Tujuan untama Festival Filem Antarabangsa Malaysia adalah untuk membawa filem-filem terbaik di seluruh dunia yang mempunyai perasaan kemanusiaan sejati kepada para penonton. 

“Acara ini meraikan keunikan dan kemanusiaan. Untuk mengenali dan menghormati kecemerlangan manusia melalui filem – filem yang memberi insiprasi dan menerangakan semangat manusia. MIFFest dan MGGA membantu mempromosikan pelancongan dan kepelbagaian seni dan budaya Malaysia kepada penonton global. Ia juga bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab kreadtif utama filem dan panggung wayang di rantau ASEAN

– kata Joanne Goh, Pengerusi MIFFest dan MGGA

Untuk menemui pembuat filem muda yang punyai bakat tersembunyi, festival ini menganjurkan Pertandingan Filem Pendek Ketidah MIFFest. Pertandingan ini dibuka kepada peserta yang berumur 18 tahun ke atas pada waktu penyertaan. Filem pendek yang memenangi dan mengambil bahagian akan diberi peluang untuk menayangkan filem mereka semasa MIFFest di pawagam TGV terpilih.

Untuk maklumat lanjut layari

Website MGGA : http://www.mgga.com.my

Website MIFFest : http://www.miffest.com.my



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge