Duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad – Rozita Che Wan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad – Rozita Che Wan | Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad telah diasaskan pada tahun 1963 oleh beberapa pemimpin tempatan dengan sokongan UMNO Sungai Ara serta Tun Abd Razak Hussain. Koperasi ini telah didaftarkan pada 31.12.1966 di bawah Undang-undang Syarikat Berkerjasama 33/1948. Bilangan pendaftaran 4303 dengan nama Syarikat Berkerjasama Serbaguna Tunas Muda Sungai Ara Dengan Tanggungan Berhad yang kemudiannya dipinda kepada Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad pada 30 September 1980.Matlamat  penubuhan  Koperasi ialah untuk mempertahankan tempat kediaman dan penduduk  di atas tanah kepunyaan Brown Estate di kawasan Sungai Ara, Relau, Sungai Nibong, Sungai Kluang, Sungai Tiram dan Bayan Lepas Pulau Pinang .Perkenalkan Duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad - Rozita Che Wan

Pelbagai anugerah serta pencapaian telah diperolehi oleh Koperasi antaranya Anugerah Kualiti jabatan pembangunan Koperasi, Anugerah Exco Peringkat Negeri Pulau Pinang, Anugerah tempat ke-3 terbaik Seluruh Malaysia Sempena Hari Koperasi Negara dan sebagainya. Koperasi akan membangunkan projek komersial Tunas Boulevard, yang dijangka akan melibatkan nilai jualan RM 328 juta yang terletak di dalam kawasan Kulim Hi Tech Park, Kedah. Projek Perumahan Tunas Homes pula dijangkan akan mencecah nilai jualan RM 522.9 juta teletak di Sungai Petani, Kedah. Sebahagian besar unit-unit kediaman disini akan dijual kepada Anggota Koperasi dengan nilai diskaun yang agak besar.Perkenalkan Duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad - Rozita Che Wan

Sehubungan itu, Koperasi Tunas Muda Sg Ara Bhd telah memilih Rozita Che Wan sebagai Duta yang pertama. Pemilihan Che Ta sebagai duta adalah kerana pada tahun 2018 Koperasi Tunas Muda Sg Ara Bhd akan memulakan projek pertama di Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman.Perkenalkan Duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad - Rozita Che WanPerkenalkan Duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad - Rozita Che Wan

Perkenalkan Duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad - Rozita Che Wan

Rozita Che Wan ata Che Ta adalah merupakan anak jati Kedah yang telah berjaya menempa nama di pasaran tempatan sebagai pengacara, penerbit dan pelakon. Malah isteri kepada Zain Saidin dan ibu kepada 3 orang cahaya mata Ammar, Aniq dan Aaisyah Dhia Rana ini cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaua meletakkan dirinya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita. Beliau juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Bintang Popular serta Pelakon Pembantu TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2008 dan Pelakon TV Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2011 untuk lakonan serisuu dalam drama Masih Ada Harapan dan Wasiat Fitrah . Che Ta juga merupakan pengasas RCW Worldwide Sdn. Bhd yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan yang berkualiti dan selamat .Perkenalkan Duta Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad - Rozita Che Wan

Untuk maklumat lanjut layari :

Facebook Koperasi Tunas Muda Sg Ara Bhd : https://www.facebook.com/tunasmudaberhad/

Website Koperasi Tunas Muda Sg Ara Bhd: www.tunasmuda.com.my



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top