Dove 1 Minute Advanced Siri Pertama Perapi Yang Dirumus Khas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dove 1 Minute Advanced Siri Pertama Perapi Yang Dirumus Khas|Kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam permintaan daripada kalangan pengguna menyeru jenama-jenama untuk menghasilkan penyelesaian yang dirumus khas untuk rambut-rambut berbeza untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik. Terbaru adalah Dove 1 Minute Advanced

Menyedari kelompongan dalam industri kecantikan ini, sebagai salah satu jenama penjagaan diri terkemuka di dunia, Dove telah mengambil inisiatif melancarkan siri pertama perapi rambut dengan rumusan khas canggih menampilkan tiga perapi baharu untuk keperluan jenis rambut yang berbeza dengan tahap-tahap kerosakan yang unik.

Siri Advanced 1 Minute ini terdiri daripada perapi Dove 1 Minute Foam, perapi Dove 1 Minute Milk Gel
dan perapi Dove 1 Minute Serum. Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh Edelman Berland, kebanyakan wanita ingin rasa yakin menggayakan rambut dengan cara yang mereka yang tersendiri dan 4 daripada 5 kalangan wanita mengatakan rambut adalah sebahagian daripada identiti mereka. Walau bagaimanapun, hampir 90% produk rambut yang tersedia di pasaran masih diformulasi dan direka berdasarkan satu idea kecantikan
rambut yang sama.

“Kami percaya bahawa menyediakan pelbagai jenis produk untuk memenuhi keperluan rambut-rambut yang berbeza akan membantu meningkatkan keyakinan diri golongan wanita apabila melibatkan gaya dan kecantikan rambut. Kami juga faham pada era hari ini, kehidupan dan gaya hidup yang sibuk serta pantas seorang wanita mendorong kami sebagai sebuah jenama untuk terus menghasilkan produk yang inovatif dan efektif sejajar dengan perubahan masa.”

– Chloe Meng, Pengurus Senior Jenama Dove

Setiap daripada perapi rambut ini telah diformulasi dengan teknologi unik untuk memenuhi keperluan wanita dengan rambut yang halus dan nipis, berminyak dan dengan kerosakan yang teruk. Perapi-perapi ini dengan berkesan memulihkan dan mentransformasikan rambut menjadi lebih lembut, bebas minyak dan lebih tebal dalam hanya satu 1 minit.

Sehubungan dengan itu, Dove Perapi Buih 1 Minit telah direka dengan buih-buih kecil kelembapan yang  pasti sememangnya sesuai untuk membaiki rambut jenis nipis dan halus. Teknologi yang digunakan menjadikan perapi 1 Minute Foam lebih ringan berbanding perapi-perapi biasa yang tersedia di pasaran.

Perapi Dove 1 Minute Milk Gel pula menyasarkkan wanita-wanita dengan rambut berminyak dan rosak menggunakan kompeks penyesuaian mikro memastikan rambut tidak rasa berat, berminyak atau melekit. Perapi 1 Minute Serum juga menyediakan kompleks penyesuaian mikro paling padat dan kelembapan untuk wanita berambut lebat dengan helaian rambut yang kasar atau pernah terdedah kepada kepanasan melampu atau kerosakan akibat pengwarnaan rambut.

“Produk-produk ini dirumus dengan keratin pembaikan aktif, kompleks penyesuaian mikro dan kapsul serum yang berupaya menjadikan rambut selembut sutera ketika sesi rawatan rambut. Kami percaya bahawa perapi rambut tidak sepatutnya bercirikan ‘satu-produk-untuk-semua’ kerana setiap jenis rambut adalah berbeza dan memerlukan penjagaan yang berbeza.

-John Goh dari R & D Deployment Manager Home & Personal Care for Dove Malaysia

Siri baru perapi Dove 1 Minute Advanced kini boleh didapati di semua cawangan Guardian dan Watsons. Harga runcit bagi perapi Dove 1 Minute Foam adalah RM21.20 manakala harga perapi Dove 1 Minute Milk Gel 1 adalah RM18.75 dan perapi Dove 1 Minute Serum pula dijual pada harga RM16.30.



1 thought on “Dove 1 Minute Advanced Siri Pertama Perapi Yang Dirumus Khas”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top