DOLLA Kini Kembali Dengan Single Ke 2 ‘Impikan’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

DOLLA Kini Kembali Dengan Single Ke 2 ‘Impikan‘| DOLLA bukan baru di industri hiburan ye! Pernah dengar lagu debut ‘Make You Wanna’? Inilah mereka. Berjaya menggegarkan industri muzik Malaysia dengan konsep lagu, penampilan, nyanyian dan tarian setaraf dengan kumpulan wanita antarabangsa.

DOLLA masih baru dalam industri Malaysia. Namun kumpulan wanita ini sudah pun berjaya mengumpul peminatnya sendiri yang menggelarkan diri mereka ‘iDOLLA’. Peluang demi peluang buat kumpulan ini. Antaranya membawa bakat mereka ke arena antarabangsa.

Kolaborasi dalam’HEAL’

Terpilih untuk berkolaborasi dengan artis-artis wanita dari seluruh Asia Tenggara dalam menghasilkan lagu ‘Heal’. Sebuah projek khas kelolaan Star Music, anak syarikat konglomerat media ABS-CBN yang berpusat di Filipina. Lagu ‘Heal’ yang baharu saja dilancarkan pada September lalu merupakan projek yang pertama seumpamanya dirantau ini. Tujuan menyampaikan rasa cinta. Memacu penyatuan warga rantau ini dalam menghadapi suasana tidak ketentuan. Terutama sekali dalam waktu mencabar akibat pandemik Covid-19.

IMPIKAN Single ke 2

DOLLA bakal muncul dengan single kedua mereka berjudul IMPIKAN. Manakala lirik IMPIKAN pula ditulis oleh penyanyi rap, komposer dan penerbit terkenal Malaysia iaitu Luca Sickta dan YonnyBoii.

Turut dilancarkan bersama lagu IMPIKAN ini adalah  lagu versi Bahasa Inggeris yang diberi judul WATCH ME GLOW. Lagu ini adalah ciptaan komposer dan penerbit terkenal dari Sweden. Terdiri dari Ludwig Lindell, Daniel Caesar, Karl Oscar Gummesson yang turut menulis lirik untuk  WATCH ME GLOW.

“Sudah pastinya kami sangat teruja diberikan lagu daripada komposer dan penerbit antarabangsa.  Dimana sebelum ini pernah menghasilkan lagu-lagu hits K-Pop seperti ‘All Night’ nyanyian Girl’s Generation. Dengan peluang ini ianya sedikit sebanyak memberikan kami kelebihan kepada kami.  Untuk membawa konsep muzik yang lebih bercitarasa antarabangsa.”

“Kami berharap lagu ini bukan sahaja mendapat sambutan positif daripada pendengar. Dapat mengukuhkan lagi jenama dan muzik di Malaysia. Malah kami turut menaruh impian lagu ini membuka ruang dan peluang untuk kami menempa nama di luar negara.”

-kata Sabronzo bagi pihak DOLLA berkata bila mengulas tentang lagu ini yang menggunakan khidmat pencipta lagu antarabangsa.

“Sebenarnya kerjasama kami dengan syarikat produksi The Kennel AB dari Sweden ini sudah lama terjalin. Terjalin menerusi beberapa projek untuk artis di bawah Universal Music Group.

Bila kami menerima lagu WATCH ME GLOW dalam senarai lagu yang mereka hantar untuk projek lain, kami merasakan ianya sesuai dengan konsep muzik yang Dolla cuba tampilkan. Setelah berbincang dengan pihak Dolla sendiri, kami bersepakat untuk menjadikan single kedua Dolla.  Dikeluarkan dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa English.”

“Ini merupakan pertama kalinya, Universal Music Malaysia mengeluarkan lagu dalam dua Bahasa sebagai strategi. Kami membawa Dolla menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Walaupun Dolla masih hijau dalam industri muzik, namun kami percaya akan potensi dan bakat mereka untuk melangkah lebih jauh.

Kami berharap lagu ini bukan sahaja disambut baik oleh peminat muzik tempatan dan antarabangsa. Malah lagu ini mampu menjadi pengubah keadaan dalam meletakkan nama Dolla dan Malaysia di peta muzik global,”

-kata Ketua Pemasaran Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar turut menyifatkan kerjasama strategik dengan penggiat seni antarabangsa adalah suatu langkah untuk pemain industri muzik Malaysia mendapat manfaat daripada pemindahan pengetahuan dan kemahiran dalam seni pembikinan muzik popular global.

IMPIKAN / WATCH ME GLOW

Lagu yang cuba mengangkat falsafah pantang menyerah kalah. IMPIKAN / WATCH ME GLOW membawa pesanan untuk sentiasa tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan.

“Lagu ini cuba membangkitkan semangat mereka yang belum mencapai apa yang mereka impikan dalam hidup mereka. Jangan mengeluh dan mudah menyerah kalah. Dengan usaha yang berterusan, apa yang diimpikan pasti boleh dikecapi suatu hari nanti. Lagu ini kami dedikasi khas buat peminat kami yang percaya dengan bakat dan kemampuan kami untuk terbang lebih jauh dalam persada seni.”

-kata  Angelina Chai atau lebih mesra disapa sebagai Angel sewaktu mengulas mesej lagu ini

Lagu terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 30 OKTOBER 2020. Muzik video rasmi juga akan dikeluarkan pada hari yang sama pada jam 9.00 malam.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top