Dia Menantu Rahsia Antara Raysha Rizrose dan Ashraf Muslim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dia Menantu Rahsia Antara Raysha Rizrose dan Ashraf Muslim|Tidak mahu lagi dibelenggu permasalahan cinta, Raysha Rizrose nekad menerima lamaran Ashraf Muslim. Raysha tidak mahu lagi diganggu oleh bekas teman lelakinya yang panas baran dan Ashraf mahu melindungi Raysha.

Memang mereka berkahwin secara rahsia, tetapi sekadar di dalam drama yang menggantikan Pujaan Hati Kanda mulai 29 Januari ini, iaitu Dia Menantu Rahsia. Drama yang dibintangi oleh Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama ini diarahkan oleh Pali Yahaya.

Sinopsis Dia Menantu Rahsia

Raysha yang memegang watak sebagai Melissa, kecewa setelah kekasihnya Zamer (Syazuwan Hassan) bertunang dengan orang lain iaitu Doktor Suraya.  Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur bagi merawat hatinya yang luka. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka.

Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Syakir merupakan pemilik Book Cafe tempat Melissa bekerja. Syakir telah melamar Melissa.  Melissa  terkejut dengan lamaran Syakir kerana dia sendiri tidak tahu kenapa Syakir melamarnya.

Syakir memberitahu Melissa bahawa dia cuma mahu melindungi Melissa. Setelah apa yang telah terjadi terhadap Melissa, dia rasa terpanggil untuk melindungi Melissa dari terus menjadi mangsa kekasaran Zamer. Syakir juga tidak mahu fikirannya dibebani dengan permintaan ibunya, Puan Sarah yang inginkan dirinya menerima cinta Engku Kamelia.

Mungkinkah wujud rasa bahagia dan cinta di hati mereka? Dapatkah kehadrian Melissa diterima dalam keluarga Sakir? Ikuti kancah rumah yangga mereka yang turut dibantu oleh Syazuwan Hassan, Mona Allen dan Fazlina Haji Ahmad Daud. Dia Menantu Rahsia merupakan drama 2019 adaptasi novel dengan judul yang sama hasil tulisan novelis Indah Hairani yang diterbikan oleh Syarikat Buku Prima. Drama ini mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge