DAPUR LATINO SEPANJANG RAMADAN DI RTM, BEST KE? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bulan Ramadan pastinya rancangan memasak antara yang dinantikan dan dicari. Jadi Radio Televisyen Malaysia tidak lepaskan peluang.

DAPUR LATINO

Dapur Latino yang menampilkan hos Cef Nik Micheal memasak pelbagai jenis masakan Latin Amerika.
Termasuklah daripada Brazil, Cuba, Peru, Venezuela, Chile, Argentina, Mexico, dan Columbia bersama personaliti tempatan.

Menghidangkan resipi yang dibawakan khas daripada negara-negara tersebut. Selain itu hos bakal berkongsi pengetahuan am artis undangan tentang asal usul negara menu yang dipilih dalam setiap episod.

KONGSI RESIPI ISTIMEWA

Sedang bersiaran mulai 4 April, Isnin hingga Rabu, pukul 11.30 pagi di TV Okey. Cef Nik Micheal berkongsi resipi istimewa dan tarikan antaranya hidangan Churrasco atau Brazillian Steak yang dipanggang.

Kemudian Cef Nik akan mengolah menu masakan tersebut mengikut kreativiti beliau yang diberi nama Picanha Bakar dengan Air Asam bersama dengan selebriti jemputan iaitu Adam Lee di Dapur Latino.

Cef Nik juga membuat minuman resepi iaitu Caipirinha Halia untuk berbuka puasa bersama Adam Lee.

ADA JUGA HIDANGAN DARI CUBA

Seterusnya Cef Nik memasak hidangan dari Cuba iaitu Ropa Veija . Mengolah masakan tersebut yang diberi nama Pasta Ropa Veija Pedas bersama dengan selebriti jemputan iaitu Fify Azmi.

Sebelum beliau memasak, beliau akan menguji Fify Azmi dengan menyuruh Fify Azmi memotong cili padi sebelum memasak.

PERU DAN VENEZUELA

Ikuti perkongsian Cef Nik yang turut memasak hidangan dari Peru iaitu Lomo Saltado. Olah masakan tersebut yang diberi nama Char Kuay Teow Aji Amarillo bersama dengan selebriti jemputan iaitu Riena Diana.

Sebelum beliau memasak, beliau akan menguji Riena Diana dengan menjawab soalan tentang Peru.

Cef Nik seterusnya bersama dengan tetamu dari Venezuela iaitu Andreina untuk memasak hidangan dari Venezuela iaitu Patacones.

Masakan kali ini diberi nama Burger Ayam Patacones bersama dengan selebriti jemputan iaitu Syazwan Zulkifli. Ada lagi celebriti lain antaranya Oktovia Manrose, Fendy Bakry, Riz Amin, Fimie Don,Jay Iswazir, Eyka Farhana, juga Nafiz Muaz

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik atau RTM Mobile.

Website RTM Klik |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge