Dapatkan Disney Tsum Tsum X Cathy Doll Dari Guardian Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dapatkan Disney Tsum Tsum X Cathy Doll Dari Guardian Malaysia|Siapa peminat karakter Disney? Macam KP sendiri minat dengan Mickey Mouse manakala Qurratul pula suka pada Elsa ala cerite Frozen tu. Sekarang kan sibuk dok bercerita tentang koleksi Disney Tsum Tsum. Memula mencari-cari juga koleksi ini sebab ramai yang kata lawa. Nasib baik Guardian ada buat kolaborasi dan ada produk ini di outlet mereka

Rangkaian kosmetik kini boleh didapati secara eksklusif di Guardian dimana pelancaran baru dibuat. Koleksi ini termasuk produk  Krim CC, bedak kompak dengan perlindungan SPF 40, Kawalan Minyak Blur Pact, pemerah pipi, pensil kening lembut, penggaris mata Crazy Black, maskara, palet pembayang mata, pemerah bibir dan pipi 2 dalam 1 rona Chiffon Tint dan koktel glos gincu.

Yang menariknya seemua produk ini didatangkan dengan pembungkusan watak popular Disney Tsum Tsum x Cathy Doll seperti Mickey dan Minnie Mouse, Goofy, Donald Duck, Pooh, Piglet, Tigger dan Eeyore dari Winnie the Pooh; Elsa, Anna dan Olaf dari Frozen dan banyak lagi.

Guardian telah menawarkan sesuatu yang istimewa buat pelanggannya. Antaranya adalah seperti hadiah beg tali cerut edisi terhad Tsum Tsum Mickey untuk 100 pelanggan pertama yang berbelanja lebih RM100 untuk produk Disney Tsum Tsum di Atrium Lower Ground Midvalley. Promosi ini adalah sah laku sepanjang waktu tempoh tawaran berlangsung.

Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba diikuti dengan sambutan Hari Valentine, anda juga boleh dapatkan koleksi ini untuk dijadikan hadiah istimewa buat yang tersayang. Lebih mengujakan bermula dari 1 Februari sehingga 28 Februari, 5 unit beg bagasi vintaj edisi terhad bakal ditawarkan kepada pembeli produk Tsum Tsum yang layak berdasarkan cabutan bertuah.

Untuk mengambil bahagian, para pelanggan hanya perlu membeli produk Disney Tsum Tsum X Cathy Doll sebanyak RM150 dan ke atas. Seterusnya layari laman Facebook Guardian Malaysia untuk mengimbas kod QR atau klik pada pautan, muat naik resit pembelian, isi butiran peribadi dan jawab satu soalan mudah.



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top