CORN STRIPS, SNEK JAGUNG TERBAHARU DARI MISSION FOODS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Corn Strips, Snek Jagung Terbaharu Dari Mission Foods | Snek anda pastinya ‘gempak’ dengan cip jagung pelbagai perisa keluaran terbaharu Mission Foods. Cip tortilla baharu ini didatangkan dalam bentuk jalur panjang dan pastinya akan ‘menghangatkan’ deria rasa anda dengan 3 perisa baharu – Tom Yum, Peri Peri, dan Spicy Szechuan Seafood. 

Mission Foods, salah satu pengeluar cip jagung di dunia telah menggembirakan pelanggan- pelanggan di Malaysia selama bertahun-tahun dengan pelbagai perasa tortilla yang menarik. Menurut Constantino Flores, Naib Presiden Operasi, Mission Foods Asia, bentuk dan perisa baharu cip ini memperkenalkan cara yang berbeza bagaimana anda menikmati snek bersama- sama.

“Bentuk jalur ini menjadikannya lebih mudah untuk dimakan dan dicelup, pengalaman yang menjadi idaman ramai. Kami juga ingin memberikan cip jagung berperisa yang tidak terduga dan disukai ramai kepada pengguna – perisa yang boleh dirasai nikmatnya terus daripada bungkusan dan dengan ini pelanggan tidak lagi perlu ‘mencelup’ bersama-sama,”

-kata Constantino pada majlis pelancaran snek

. Mission Tom Yum Corn Strips dengan rasa sensasi yang disukai dalam makanan Thai – manis, masam, masin dan pedas. Dengan hanya satu gigitan anda akan merasai makanan laut yang dimasak dengan cili, limau purut, lengkuas, jus limau dan sos ikan. Pastinya ia memuaskan hati apabila anda teringin untuk menikmati semangkuk tomyam panas!

Mission Peri Peri Corn Strips yang berperisa hirisan limau purut dan limau nipis pastinya membuatkan anda tidak akan berhenti menikmatinya. Peri Peri sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia yang sukakan rasa cili yang menyengat dan setiap keping cip disalut dengan perisa yang membuatkan anda ‘ketagih’. 

Sekiranya anda seorang yang gemarkan rasa gabungan rempah ratus, anda pastinya suka Mission Szechuan Spicy Seafood Corn Strips. Kepingan sempurna yang bersalut gabungan rasa pedas lada Szechuan, cili, makanan laut, dan campuran pelbagai rempah ratus yang pastinya membuatkan anda ‘terangkat’. Anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa dan merasai setiap lapisan tekstur dan rasanya. 

Kepingan jagung terbaharu ini masih lagi mengekalkan tekstur yang ringan serta rangup, dan menjadi pilihan ramai kerana ia mengandungi 30 peratus kurang minyak daripada kerepek kentang dan ia diperbuat daripada 100 peratus jagung tanah. Selain itu, snek ini bebas daripada bahan pengawet dan warna tiruan! 

“Kerangupannya merupakan muzik kepada mereka yang sedang lapar,”

-kata Constantino sambil tersenyuman pada majlis pelancaran snek tersebut di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis pelancaran itu turut dilancarkan Kempen #RipStripSkiptheDip yang menampilkan penyanyi rap terkenal Sophia Liana (DeFam), Juzzthin, dan Loca B, dan dihoskan oleh penyanyi rap terkenal Hunny Madu. Ketiga-tiga penyanyi rap ini tidak ketinggalan membuat persembahan dengan menyanyi rap di mana lirik mereka berdasarkan setiap perasa snek yang dilancarkan pada hari tersebut.

Persembahan dimulakan oleh Sophia yang mewakili perasa Szechuan. “Spicy Szechuan gon’ turn the heat up with the media. When I got it you guys be like “Better call Sophia”. Put your tastebuds on a joyride. So tasty, it makes your mouth open wide. The combination of both might just trigger your pulse.” 

Ia kemudiannya disambut oleh Juzzthin yang mewakili perasa Peri Peri . “It’s a hot thing, in the making. Legendary. What we talkin’ bout here, Peri Peri. Your tongue gets reborn soon as you taste the corn. It just gets better for the soulfood we on.” 

Persembahan diakhiri dengan nyanyian Loca B yang mewakili perasa Tom Yam. “Tom Yam Brings That Heat, And It’s Spicin’ Up This Beat. My Mama Getting Mad – Lotsa Chips In One Receipt!”

Kempen #RipStripSkipTheDip memperlihatkan penyanyi-penyanyi rap ini bersama-sama dengan influencer lain berkongsi kegembiraan snek jagung baharu ini dengan pengikut- penngikut mereka di media sosial masing-masing.  Rangkaian perasa snek jagung terbaharu ini kini boleh didapati dalam pek 120g di semua pasaraya terkemuka. Hashtags #MissionCornStrips #MissionFoodsMY #RipStripSkipTheDip untuk mengikuti kempen ini. 

Untuk maklumat lanjut layari

Website : www.missionfoods.com.my

Facebook https://www.Facebook.com/missionfoodsmalaysia/ 



About The Author

1 thought on “CORN STRIPS, SNEK JAGUNG TERBAHARU DARI MISSION FOODS”

  1. Pingback: PERADUAN #PERFECTTOGETHER2020 MISSION FOODS

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top