Cinta Buta – Jangan Lupa Syawal Ini Di Astro Rania HD (112)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cinta Buta – Jangan Lupa Syawal Ini Di Astro Rania HD (112)|Kemeriahan Aidilfitiri akan terus diraikan walaupun dalam keadaan norma baharu. Rakyat Malaysia dinasihatkan lebih banyak berada di rumah dan masih mengamalkan penjarakkan sosial. Bertitik tolak daripada itu, Astro Rania HD (112) menyajikan sebuah drama siri popular Indonesia berjudul Cinta Buta untuk tontonan rakyat Malaysia bersempena Syawal ini.

Secara Eksklusif istimewa sempena pada Hari Raya, Episod 1 akan ditayangkan pada Hari Raya  Pertama (24 Mei) dan Episod 2 pada Hari Raya Kedua (25 Mei) pada pukul 4 petang, Bagi episod seterusnya, drama bersiri 1 jam ini akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 4 petang.

Drama Cinta Buta

Drama yang ditunggu ramai ini telah diarahkan oleh Gita Asmara, Cinta Buta membariskan para pelakon yang menjadi kegilaan penonton. Ini kerana penampilan mereka dan populariti yang semakin meningkat; Nikita Willy, Rezky Aditya, Rangga Azof, Jihane Almira Chedid dan Mickella Putri.

Mempunyai 206 episod, Cinta Buta telah mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat Indonesia antaranya tersenarai top 5 Drama Bersiri Pilihan 2019 bagi semua stesen TV di Indonesia.

Bagi saluran SCTV, stesen TV yang dipertanggungjawabkan untuk menayangkan sinetron ini. Setiap episod sentiasa berada di dalam kedudukan  top 3 drama paling popular . Ia mencatat jumlah pegangan penonton sebanyak 18% pada waktu perdana.

Kejayaan itu telah mendapat pengiktirafan dan penghargaan di  Festival Filem Bandung 2019.  Merupakan festival yang berprestij  buat penggiat industri filem dan TV di Indonesia. Tidak cukup dengan itu, Rangga Azof turut merangkul anugerah utama Pelakon Lelaki Pilihan di dalam siri TV.

Sinopsis Cinta Buta

Cinta Buta mengisahkan Aslan (Rangga Azof) yang sangat mengagumi Aulia (Nikita Willy) seorang wanita yang sangat bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang penari dan guru tari yang terbaik sehingga melahirkan bibit-bibit cinta dalam diam oleh Aslan.

Perjalanan kehidupan mereka bergolak apabila terjadi satu musibah pada Aulia. Namun Aslan tetap mencintai gadis itu, untuk menyampaikan hasratnya, Aslan meminta bantuan rakannya Reyhan (Rezky Aditya). Namun sebaliknya berlaku, Reyhan pula jatuh hati pada Aulia. Konflik berterusan berlaku membawa turun naik emosi penonton yang bakal menonton Cinta Buta.

Selain Cinta Buta, pelbagai lagi program-program terkemuka dari Indoneisa bakal disajikan melalui Saluran Astro Rania HD (112) dan Astro Aura HD (113) yang bakal ke udara 23 Mei ini. Astro Rania HD bakal menghimpunkan variasi kandungan hebat. Antaranya drama sinetron popular, filem televisyen (FTV) dan telefilem, program realiti hiburan, travelogue atau kembara, dokumentari.

Antara progeam Astro 

Sebagai pengenalan dan tanda penghargaan sempena musim perayaan Aidilfitri, akses pratonton komplimentari untuk saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD ini juga akan dibuka istimewa buat kesemua pelanggan Astro mulai 23 Mei hingga 30 Jun 2020.

Pelanggan Astro boleh terus menikmati kandungan yang ditawarkan menerusi saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD selepas tempoh pratonton komplimentari tamat dengan melanggan pakej Indo Pek.

Untuk semua pelanggan Pakej Astro (tidak termasuk Pakej Family Pack), caj yuran langganan untuk Pakej Indo Pek masih dikekalkan dengan harga serendah RM12 sebulan. Manakala istimewa buat pelanggan Pakej Value Pack, hanya caj RM8 akan dikenakan. Untuk melanggan pakej ini, sila ke saluran 200 atau layari laman rasmi di www.astro.com.my



About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top