Cawangan BreadTalk & Toast Box Di Buka Di Ibu Pejabat UMLand

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cawangan BreadTalk & Toast Box Di Buka Di Ibu Pejabat UMLand|BreadTalk sebuah rangkaian butik bakeri utama di Asia manakala Toast Box adalah rangkaian kedai kopi Nanyang Singapura. Kini cawangan terbaru telah dibuka di ibu pejabat UMLand di Suasana Bukit Ceylon, Kuala Lumpur.

Majlis perasmian untuk kedua ini telah disempurnakan oleh YBhd Tun Musa Hitam- Pengerusi UMLand YBhg ,Dato’ Ng Eng Tee -Naib Pengerusi Eksekutif UMLand , Mr.Dennis Ng Yew Khim -Pengarah Urusan Kumpulan UMLand dan Mr.Freddie Lee – Pengarah Eksekutof UML Lifestyle Sdn Bhd.

Kedai-kedai ini adalah kedai kopi dan kedai bakeri pertama di Suasana Bukit Ceylon yang bakal memenuhi permintaan dari wargakerja dari pejabat berhampiran. Ini juga buat penduduk sekitarnya dan pelancong asing. Pengunjung boleh mendapatkan secawan kopi seawal 7pagi hingga 10 malam pada hari berkerha dan 9pagi hingga 10 malam pada hujung minggu mahupun cuti umum.

“Kami merasa amat gembira di tahun 2018 dimana empat kedai baru di Lembah Klang iaitu Toast Box Paradigm Mall, Toast Box Subang Skypark, Toast Box Zenith Lifestyle Centre di Johor Bahru dan kedai konsep BreadTalk pertama di Avenue K. Di awal tahun ini kami berjaya membuka beberapa kedai lagi menjadikan ianya sembilan kedai untuk BreadTalk & Toast Box di lokasi seperti di bawah Suasana Bukit Ceylon, Plaza Low Yat, IOI Mall Puchong, Gateway @KLIA2 kecuali UMLand Seri Austin, Johor Bahru hanya Toast Box”

Saya amat teruja kerana di separa tahun kedua Q2 2019, kami akan membuka kedai flagship di Star Bolevard, Jalan Yap Kwan Seng yang bakal menampilkan dua jenama kami iaitu BreadTalk & Toast Box. Fokus kami tahun ini adalah untuk mengembangkan jenama BreadTalk di Malaysia”

-kata Freddie Lee, Pengarah Eksekutif UML Lifestyle.

Kedua kedai yang berlokasi di Suasana Bukit Ceylon bakal menjadi pusat latihan untuk perkerja baru di BreadTalk & Toast Box dimana mempunyai fasiliti untuk R&D kedua jenama ini

Sempena pembukaan rasmi BreadTalk & Toast Box ada tawaran istimewa . Manakala di  Jika anda membeli lebih dari RM 15 BreadTalk & Toast Box, anda akan menerima baucer tunai bernilai RM5.

Untuk BreadTalk – promosi “Beli Tiga Percuma Satu”. Antara yang ada di BreadTalk

Kalau ingin mencari lokasi untuk minum petang, KP rekomenkan Toast Box. Toast Box pula menawarkan secawan kopi Nanyan dengan harga RM 1.90 sehingga 28 Februari 2019. Antara yang ada

Mee Siam

Singapore Laksa

Mee Rebus

Kari Ayam

Roti Bakar dan Peanut butter

Jadi jangan lupa untuk singgah dan mencuba menu yang ada



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge