Carrisa Gallery Kini Beroperasi di Wangsa 118, Wangsa Maju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Carrisa Gallery Di Wangsa 118 Melancarkan Produk ‘HERO’| Carrisa kali ini mengambil se-langkah ke hadapan degan melancarkan Carrisa Gallery di Wangsa 118, Wangsa Maju. Dari Carrisa Boutique yang bermula sejak dari 5 tahun sebelum ini telah meluaskan empayarnya ke industri kosmetik dan dunia kecantikan.

Antara mereka yang hadir untuk memeriahkan majlis adalah Datin Harveen Kaur, Mrs Malaysia World 2017/2018, Pengurus Besar Carrisa- En Amer Ezani dan Pn Zurin Zakaria. Bukan setakat perlancaran ye tetapi juga memperkenalkan produk terbaru iaitu ‘HERO’. Ianya mendapat sambutan yang hangat dari para pengguna.

Carrisa New Skin Foundation 

Mempunyai 3 warna dan ton kulit sesuai buat semua wanita Asia dan peringkat umur. Berasaskan air iaitu “Water Based” dan dikatakan sebagai ‘anti jerawat’. Mengandungi SPF30 dan juga Vitamin C yang bertindak untuk merawat, melembap dan menghaluskan kulit. Sesuai digunakan dalam keadaan cuaca luaran serta dalaman dimana kulit wajah menyerlahan cantik semulajadi.

Carrisa Argan Oil Serum

Ianya 100% tulen dari organis. Bertindak sebagai pelembab kerana ia mudah meresap dan meningkatkan produksi kolagen pada kulit. Kulit anda menjadi lebih ankal, segar dan pastinya awet muda. Argan Oil ini juga dikatakan sebagai ‘Primer’ untuk bedak asad make up sambil menolong mengurangkan jerawat-jerawat halus pada wajah.

Boleh juga digunakan untuk melebatkan rambut terutama pada akar-akar rambut yang baru tumbuh dan mengurangkan ‘split ends’ pada hujung rambut.

Antara produk lain yang di boleh didapati

Selari dengan misi syarikat yang sedia memperluaskan pengetahuan dalam bidang kosemtik dan memberi peluang kepada juru mekap- juru mekap yang berpotensi. Bukan setakat produk baru di perkenalkan tetapi juga menyaksikan ‘catwalk’ dari model-model yang dimekap olej juru mekap professional dari negeri-negeri di Malaysia. Menggunakan produk sendiri seperti Skin Foundation, Lip Matte, Lip Glitter dan sebagainya.

Carrisa juga terlibat dalam program LeFest Tour Sibu 2019 yang bakal bermula pada hujung Ogos 2019 dan di Miri pula pada hujung Oktober 2019. Produk-produk ini boleh didapati di Wangsa 118 atau di SACC Mall Shah Alam. Ikuti promosi terbaru di

Instagram : https://www.instagram.com/carrisa.beauty/



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Scroll to Top