Cahaya Ramadan di Funtasia Bangi Resort Hotel Untuk Ramadan 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cahaya Ramadan di Funtasia Bangi Resort Hotel Untuk Ramadan 2019|Bangi Resort Hotel menyambut kedatangan Ramadan 2019 dengan keplbagaian adat dan tradisi hidangan Malaysia bersama beberapa hidangan kegemaran antarabangsa. Buffet Ramadan akan diadakan di Restoran Funtasia Bangi Resort Hotel. Semarakkan semangat bulan Ramadan di Funtasia bersama keluarga, sahabat handai dan rakan sepejabat yang sememangnya mesra keluarga. 

Funtasia adalah sebuah restoran yang berkonsepkan buffet yang menyediakan pelbagai hidangan dimana chef-chef beraksi didepan mata para pelanggan. Chef-chef menyediakan hidangan yang menyelerakan sekaligus menjanjikan pengalaman luar biasa seperti di alam ‘wonderland’ kulinari. 

Untuk juadah di buffet Cahaya Ramadan kali ini lebih daripada 200 ratus pilihan hidangan Malaysia dan antarabangsa bakal dinikmati. Daripada hidangan pembuka selera yang dipamerkan di ‘Ferris Wheel’ setinggi 12 kaki hingga ke menu seperti kambing golek bakar, satay Malaysia dan BBQ ala Mongolia. 

Selain itu gyoza Jepun, arena sup tulang dan sup kambing, kari kepala ikan Serawa durian

 

nasi goreng robo-wok,

Antara menu utama yang ada seperti

Roti John terbaik

Pizza pun sedap juga

Kerabu .. untuk peminat kerabuPemanis mulut pula dari ais kacang, cendol, kuih ketayap yang di masak dihadapan anda dan juga gelato yang berlainan perisa setiap hari 

Ada juga kids corner. KP pun jadi cam kids kejap

Tahun ini kelainannya adalah ada robot barista baru iaitu ‘Robbie’ yang menyediakan aiskrim dan minumam berasaskan kopi. Jangan risau kerana ianya disahkan halal oleh JAKIM dan pasti dapat memenuhi kepuasan anda. 

Harga bagi buffet Ramadan Cahaya Ramadan adalah: 
Dewasa :  RM120 ++
Kanak-kanak : RM 60++

Potongan harga istimewa bagi tempahan awal melalui online dari 15 April 2019 ialah RM 85+ (dewasa) dan RM 42.50+(kanak-kanak). Tempahan melalui telefon dengan pra-bayar minimum 24 jam ialah RM 90+(dewasa) dan RM45+(kanak-kanak).  Bagi setiap pelanggan dewasa yang menikmati hidangan di sini untuk promosi buffet Cahaya Ramadan , RM 3.50 akan disalurkan ke Tabung Islamic Relief Malaysia.

Untuk membuat sebarang reservation : 038210 2222

Facebook : https://www.facebook.com/BangiResortHotel/



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge