Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cadbury Dairy Milk Bubbly Kini Memasuki Pasaran Malaysia| Saat-saat menikmati snek menjadi lebih menyeronokkan apabila Cadbury Dairy Milk, jenama coklat paling laris di dunia yang juga merupakan jenama di bawah pengeluar konfeksi terkemuka Mondelēz International (MDLZ), memperkenalkan penambahan terbaharu, dalam katalog penawarannya di Malaysia.

Cadbury Dairy Milk Bubbly diilhamkan daripada sisi indah kehidupan dan memperkasakan pengguna kepentingan untuk menikmati saat-saat kebahagiaan kehidupan dengan menyerlahkan pengalaman itu bersama coklat, sekali gus meningkatkan keriangan dan keseronokan pada bila-bila masa. Hari-hari bosan pastinya dilupakan dengan dimana mampu mencipta saat-saat indah penuh keceriaan yang pasti melakar senyuman di wajah.

Dari segi fizikal, Cadbury Dairy Milk Bubbly memecah acuan bar coklat konvensional dengan corak-corak berilhamkan gelembung-gelembung tidak sekata bersama dalaman bergelembung yang memanfaatkan Teknologi Mondelēz Aerimelt, seterusnya membentuk bar coklat bergelembung udara di bahagian dalam dan luar.

 “Adalah penting bagi kami untuk sentiasa mencabar kemampuan dan berinovasi bagi menghasilkan produk-produk yang menyeronokkan dan memberi keriangan kepada para pelanggan. Kami menginginkan sebuah produk yang benar-benar menyerlahkan pengalaman dan di situlah terhasilnya Cadbury Dairy Milk Bubbly. “Kami mahu mengingatkan para pelanggan kami untuk berhenti sebentar daripada kekalutan dan kesibukan harian untuk menikmati saat-saat indah bersama pengalaman coklat yang unik.”

-kata Vikram Karwal, Pengarah Bersekutu Coklat di Asia Tenggara, Mondelēz International

Cadbury Dairy Milk Bubbly, yang sebelum ini dilancarkan di pasaran global seperti United Kingdom, Australia dan India, telah menerima maklum balas menggalakkan. Kini, bersedia untuk meluaskan penawarannya ke pasaran Asia Tenggara menerusi pelancaran coklat terbaharu itu di Malaysia sebagai kemasukan sulung jenama berkenaan dalam kategori coklat berudara, sekali gus mengubah pengalaman menikmati coklat selama ini. “

Kami amat teruja untuk membolehkan rakyat Malaysia merasai pengalaman produk ini kerana kami percaya bahawa tekstur bergelembung baharu yang bergandingan dengan coklat berkualiti tinggi Cadbury Dairy Milk akan menyediakan pengalaman menikmati coklat yang lebih baik yang kepada pelanggan kami, sama ada baharu mahupun sedia ada. “

Sokongan yang diberikan mereka telah membenarkan kami terus maju dari tahun ke tahun dan membolehkan syarikat ini terus berinovasi bagi menghasilkan produk-produk enak.  Sebagai pulangan, kami memberikan pengalaman yang membenarkan mereka benar-benar memahami rasa kegembiraan di luar dan dalam,” sambung Vikram.

Kini boleh didapati di kesemua rangkaian pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh negara pada harga jualan RM8.90 untuk 120 gram dan RM3.30 bagi berat 50 gram.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan  terbaharu, sila layari laman Facebook https://www.facebook.com/CadburyMalaysia dan Instagram https://www.instagram.com/cadbury_my/



1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge