BUTIK SITI KHADIJAH KE-40 DI AEON SHAH ALAM, BEST!

BUTIK SITI KHADIJAH KE-40 DI AEON SHAH ALAM, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebut nama Siti Khadijah pastinya terlintas mengenai telekung. Hakikatnya, bukan saja menjual telekung tetapi ada lagi produk lain.

BUTIK SITI KHADIJAH

Tahniah, buat team Siti Khadijah diatas pembukaan cawangan butik Siti Khadijah yang ke-40. Dulu hanya booth di seberang sana tapi kini ‘gah’ dengan butik sendiri.

Siti Khadijah sememangnya tidak asing lagi sebagai pegeluar busana Muslimah dan telekung inovasi pertama di Malaysia. Kini mempunyai 39 butik seluruh negara termasuk di Indonsia.

TAMPIL WAJAH BARU

Bagi memastikan pelanggan merasai pengalaman membeli belah yang selea, butik terbaru ini tampil dengan wajah baru. Ruang jualan lebih luas, selsea dan rekaan dalaman berkonsepkan moden dan mewah.

Rekaan dinding yang berkelik di samping sentuhan warna neutral membangkitkan atmosfera tenang sewaktu shopping.

SEBAGAI PERINTIS BUTIK DI AEON SHAH ALAM

Butik yang berlokasi di Pusat Membeli-Belah AEON Shah Alam dipilih sebagai perintis. Perintis kepada konsep rekaan dalaman terkini dimana saiz ruang jualan dan variasi produk yang terhad sebelum ini.

Selain itu juga berkonsepkan lebih moden dan mewah dimana memberi pengalaman yang luar biasa buat para pelanggan

KOMBINASI WARNA

Merah hati dengan pilihan warna emas dan rose gold menyerlahkan nilai Siti Khadijah yang menyakinkan. Istimewanya butik ini dibuka pada 2017, butik pertama yang dibuka di AEON Malaysia.

Turut hadir sewaktu majlis pembukaan dan pelancaran adalah Encik Mohammad Munzir Aminuddin (Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn Bhd). Puan Munirah Azmi (Pengarah Bahagian Operasi, Pemasaran dan Sewaan -AEON Co (M) Sdn Bhd).

‘Menjadi keutaaman Siti Khadijah untuk senantiasa berinovasi dan memperbaiki mutu pengeluaran. Serta kenyamanan pelanggan dari masa ke semasa’

-kata Encik Mohammad Munzir Aminuddin.

2 BUTIK TERBARU AKAN DI BUKA

Sempat berkongsi tentang pembukaan dua buah butik baru lagi di Kulim Kedah pada 1 Julai 2022. Manakala Ampang Poing akan dibuka pada 15 Julai 2022.

HEGIRA

Sebuah jenama hijab di bawah payung Kumpulan Siti Khadijah bakal melancarkan butik pertama di Pusat Membeli-Belah AEON Kota Bahru pada 1 Julai 2022.

Pelbagai promosi ditawarkan sempena Grand Opening dimana ada cabutan bertuag untuk 5X pengunjung terpilih. Ada juga baucar RM 20 untuk belian RM 250 ke atas.

Website | Instagram | Facebook

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Previous Post

EVOLUSHEIN KOLEKSI TERBARU DARI SHEIN, AMAZING!

Next Post

BERSAMA DIDI & FRIENDS HUJUNG MINGGU INI, PASTI BEST!

Related Posts